Ayam goreng mamak ialah hidangan ayam goreng yang popular di restoran mamak di Malaysia. Ia adalah ayam yang dimasak dengan campuran rempah seperti serbuk kunyit, serbuk kari, garam, lada hitam, dan bawang putih yang dikisar halus.

Cara memasaknya ialah dengan memerap ayam bersama campuran rempah selama 2-3 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap. Kemudian, ayam digoreng dalam minyak panas sehingga garing dan keemasan. Biasanya dihidang dengan sos cili.

1. Resepi Ayam Goreng Mamak Style

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ayam, bersihkn..
  • 2 cawan Tepung Jagung *
  • 3 sdb Tepung Beras *
  • 1 sdb serbuk Kari Daging *
  • 1 sdb Jintan Manis *
  • 1 sdb Jintan Putih *
  • 1 sdb Maggi Cukup Rasa *
  • 2 biji Telur *
  • 2 inci Halia – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • Garam & Ajinomoto *
  • Sedikit Air *
  • Pewarna oren & merah
  • Beberapa helai Daun Kari

Cara baat Ayam Goreng Mamak Style

  1. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan yang bertanda (*) & bahan-bahan kisar gaulkan sebati dengan air sedikit jangan pekat sangat jangan cair sangat.
  2. Masukkan ayam & perap lebih kurang 10-15 minit.
  3. Panaskan minyak, boleh mula goreng ayam masuk ayam sekali masuk 6 helai daun kari goreng sampai garing & wangi.
  4. Angkat ayam & daun kari sekali.
  5. Masuk lagi ayam & daun kari, goreng garing & wangi.
  6. Ulang goreng sampai ayam habis.

Sumber: Har Ryea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Goreng Mamak Marvelous

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 200 g
  • Tepung jagung 300g
  • Tepung beras 100g
  • Sedikit kapur
  • Halia blender
  • Bawang putih blender
  • Serbuk cili/ boleh pakai cili blender
  • Kunyit serbuk
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk kari
  • Telur
  • Garam
  • Perasa pakai tumix
  • Aji
  • Daun kari
  • Pewarna oren ( dlm gmbar)

Cara buat Ayam Goreng Mamak Marvelous

  1. Ice ketul beberapa ketul jangan banyak sebab kita nak perapan still pekat (masukkan dan gaul dalam perapan sampai ice cair sebelum menggoreng untuk effect rangup dan krispy.
  2. Perap paling kurang 15 minit.
  3. Kalau perap sejam lagi sedap sebab bahan rempah perapan dah masuk dalam ayam.
  4. Nak lagi effect rangup masa nak goreng masukkan ice beberapa ketul dalam perapan ayam.
  5. Gaul ice dalam perapan sampai ice cair (ini untuk effect rangup dan crispy) barulah digoreng.

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara buat Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih

  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Sumber: Qhamcyahh Hidayat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Daun Kari
  • Tepung Jagung
  • Tepung Beras
  • Serbuk Kari
  • Lada Sular
  • Cili Powder
  • Telur 1 biji
  • Garam dgn Aji

Cara buat Ayam Goreng Mamak

  1. Gaulkan semua bahan di atas dan perap selama 1-3 jam.
  2. Siap.

Sumber: Hiền Sang dari

 

Aneka Menu Berasaskan Ayam.

Selain digoreng mamak style, ayam antara bahan utama yang sangat mudah dipelbagaikan rasa. Antara menu sedap yang menggunakan ayam sebagai bahan utama adalah:

1. Ayam Masak Butter

Ayam yang digoreng rangup dan disalut dengan sos mentega yang manis dan creamy. Hidangan ini menggunakan rempah campuran, susu tepung, dan mentega untuk menghasilkan rasa yang unik.

2. Ayam Masak Merah

Hidangan ayam yang dimasak dengan sos merah yang dibuat daripada cili kering, bawang, dan rempah ratus. Rasanya pedas dan manis, serta popular di seluruh Malaysia.

3. Ayam Tandoori

Ayam yang diperapkan dengan yogurt dan campuran rempah tandoori, kemudian dibakar dalam tandoor atau ketuhar. Rempah yang digunakan termasuk jintan putih, kunyit, dan garam masala.

4. Chicken Tikka

Hidangan ayam yang dipotong dadu, diperapkan dengan yogurt dan rempah ratus, kemudian dipanggang. Rasa yang kompleks terhasil daripada gabungan rempah seperti jintan, ketumbar, dan garam masala.

5. Ayam Varuval

Hidangan kari ayam yang berasal dari dapur India Selatan. Menggunakan rempah seperti cili kering, lada hitam, ketumbar, dan daun kari untuk menghasilkan rasa pedas yang kuat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply