Bubur Ayam ala McD adalah bubur nasi yang dihidangkan dengan kepingan ayam yang dipotong halus, bersama hirisan halia, daun bawang dan bawang goreng. Menu ini popular di restoran makanan segera McDonald’s di Malaysia dan merupakan pilihan popular untuk sarapan pagi.

Bahan-bahan utama termasuk beras, stok ayam, kepingan daging ayam, halia, daun bawang, bawang goreng, dan rempah ratus. Cara penyediaan dimulakan dengan memasak beras hingga menjadi bubur, kemudian dicampurkan dengan stok ayam. Selepas itu, bubur dihiasi dengan kepingan ayam dan ditabur dengan hirisan halia, daun bawang dan bawang goreng.

1. Resepi Bubur Ayam McD Homemade

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Beras
  • Halia
  • Carrot (optional)
  • Garam
  • Pati kiub ayam

Bahan-bahan lain

  • Bawang kecil – dihiris dan digoreng
  • Bawang putih – dihiris dan digoreng
  • Daun bawang – hiris
  • Telur masin – rebus dan belah 2 (optional)
  • Minyak bijan

Cara buat Bubur Ayam McD Homemade

  1. Rebus ayam hingga empuk, air rebusan ayam jangan buang.
  2.  Basuh beras dan masukkan air rebusan ayam tadi dan masak di atas api sederhana dan kerap kacau untuk nampak hasil bubur yg cantik.
  3. Masukkan kiub pati ayam.
  4.  Apabila bubur nak masak tu, boleh masukkan halia yang telah ditumbuk lumat, isi ayam yang telah disiat dan carrot yg telah disagat.
  5. Last letak separuh dari bawang yang telah digoreng ke dalam bubur & dah siap.
  6. Dah siap letak dalam mangkuk then letak minyak bijan sikit, dan taburkan daun bawang & bawang goreng dan letak telur masin.
  7. Boleh add on serbuk blackpepper atau lada sulah untuk penambah rasa.

Sumber: Tiha Nnisa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Asli Bubur Ayam McD

Bahan-bahan

Bahan bubur

  • Beras hancur jasmin
  • Dalam periuk cuci beras
    (Masukan air masak suam
    Tujuan nak cepat masak)

Bahan ayam

  • Rebus hirisan ayam
  • Bersama peranan halia tadi dan 500mlm air rebus sampai masak

Bahan topping bubur McD

  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili Merah
  • Minyak bijan
  • Sukatan 1 sb

Cara buat Bubur Ayam McD

Bahan bubur

  1. Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata.
  2. Pada 10 minit ke 2 masukan halia hiris 1 sb.
  3. Pada 10 minit tambah air masak.
  4. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukan stok ayam brand Maggie 1/2 cup dalam bubur, 10 minit terakhir sebelum paking dalam mangkuk.

Bahan ayam

  1. Ayam hiris nipis perap dengan halia (tujuannya sedap dan tidak bau hanyir).
  2. Rebus hirisan ayam.
  3. Bersama peranan halia tadi.

Sumber: Azielah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bubur Ayam McD

Bahan-bahan

  • Beras 1 cwn (cuci /toskan)
  • Air (5cawan)
  • Halia (hiris)
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Kiub ayam 1
  • Minyak masak (3 sudu)
  • Garam/ perasa

Cara buat Bubur Ayam McD

  1. Masakkan beras macam biasa atas api, kacau sampai lembik, kalau kurang tambahkan air sampai jadi bubur.
  2. Panaskan kuali masukkan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Masakkan sampai garing.
  3. Kemudian tuangkan bahan yang goreng tadi dalam periuk bubur, masukkan ayam & kiub pati ayam dan kacau sampai masak serta masukkan perasa.
  4. Tutup api, letak bubur dalam mangkuk, hiaskan dengan daun bawang, daun sup & bawang goreng.
  5. Kalau nak pedas letak lada sulah & cili merah potong.

Sumber: Azwa Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Bubur Ayam Ala McD

Bahan-bahan

  • Ayam 1/4
  • Beras 2 pot
  • Halia hiris
  • Stok ayam 2 sb
  • Minyak bijan 2 sb
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Lada sulah

Cara buat Bubur Ayam Ala McD

  1. Tanakkan beras + air + halia + ayam (leburkan sekali).
  2. Masukkan kiub ayam dan garam.
  3. Bila tengok ayam dah masak boleh keluarkan ayam.
  4. Teruskan masak beras biar sampai hancur.
  5. Masukkan minyak bijan.
  6. Masak bubur kena kacau selalu supaya tidak hangit. Anggaran bubur masak dalam 1j15m.
  7. Siat ayam, boleh terus masuk dalam bubur atau  tabur pada  atas bubur bila nak makan bersama daun bawang, bawang goreng, cili merah dan lada sulah.

Sumber: Ibu Uwais- Ameenah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Menu Bubur Lain Yang Popular?

Selain Bubur Ayam ala Mcd, banyak lagi variasi bubur yang enak dan popular. 5 antaranya adalah:

1. Bubur Lambuk

Bubur Lambuk adalah bubur nasi yang dimasak dengan santan, daging lembu cincang dan pelbagai rempah ratus. Hidangan ini sangat popular terutamanya di bulan Ramadan dan mempunyai rasa yang kaya dengan gabungan rempah ratus tempatan.

2. Bubur Nasi

Bubur Nasi adalah hidangan asas yang dimasak dengan beras dan air atau stok ayam. Ia boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam, telur rebus, dan sayur-sayuran, serta ditambah dengan kicap dan lada sulah mengikut citarasa.

3. Bubur Ikan

Bubur Ikan adalah bubur yang dimasak dengan isi ikan segar, halia dan daun bawang. Hidangan ini biasanya menggunakan ikan siakap atau ikan kerapu yang memberikan rasa manis semulajadi kepada bubur.

4. Porridge with Century Egg

Hidangan ini adalah bubur nasi yang dihidangkan dengan telur pindang, hirisan halia dan daun bawang. Ia popular di restoran dim sum dan kedai makan Cina di seluruh Malaysia.

5. Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam adalah hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada beras pulut hitam, santan dan daun pandan. Hidangan ini mempunyai rasa manis dan merupakan pencuci mulut tradisional yang digemari ramai.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply