Ayam Geprek ialah hidangan ayam goreng yang ditumbuk atau dihempap sehingga penyek, kemudian dihidangkan dengan sos cili yang pedas. Hidangan ini berasal dari Indonesia dan kini popular di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah kepak ayam, tepung gandum, telur, cili padi, bawang putih, garam dan minyak masak. Cara penyediaannya: Marinat ayam dengan garam dan bawang putih, balut dengan tepung dan goreng sehingga garing. Selepas itu, tumbuk ayam goreng tersebut sehingga penyek dan hidangkan dengan sos cili yang telah ditumbuk.

1. Resepi Ayam Geprek Berempah Extra Spicy

Bahan-bahan

  • 15 btg Cili padi
  • 2 btg Cili besar
  • 3 biji Bawang putih
  • 6 biji Kacang gajus (ikut selera masing)
  • olive oil
  • Tauhu
  • Gula
  • Garam
  • Timun

*grill cili padi,cili besar,bawang putih dan kacang gajus

Ayam Geprek Berempah

  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil gula
  • secubit garam
  • 1/2 inci halia
  • 3 helai cili kering
  • 1 sudu kecil jintan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil tepung gandum

Cara-cara buat Ayam Geprek Berempah Extra Spicy

  1. Blend semua bahan diatas kecuali tepung.
  2. Perap ayam dalam 30min sebelum goreng.

Sambal geprek

  1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung.
  2. Lumatkan semua bahan tu guna lesung.
  3. Masukkan cili besar, gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat.
  5. Gaul rata.
  6. Masukkan ayam berempah yang dah digoreng. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
  7. Siap.

Sumber: Puteri Hana Sofia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Ayam Geprek Mudah

Bahan-bahan

Ayam goreng salut tepung

  • Secawan tepung bestari spicy
  • Secawang tepung beras
  • Secawan air

Sambal

  • 5btg lada merah besar
  • Segenggam cili api/cili burung
  • Bawang putih 2ulas
  • Garam sikit

Cara buat Nasi Ayam Geprek Mudah

Ayam goreng salut tepung

  1. Satukan semua bahan dan masukkan ayam.
  2. Dalam tuppeware bertutup, masukkan secawan tepung bestari spicy, secawan tepung beras dan secawan tepung jagung.
  3. Ayam yg dicelup dalam bahan gam diatas tadi, masukkan pulak dalam tupperware berisi 3jenis tepung. Tutup dan goncang sampai ayam semua bersalut.
  4. Sediakan periuk dan minyak yang banyak. Goreng ayam dalam minyak yang panas.

Sambal

  1. 4 sudu besar minyak masak panas bekas goreng ayam tadi.
  2. Tumbuk semua bahan kecuali minyak panas, dah siap tumbuk, masukkan minyak panas, dan gaul.
  3. Ayam goreng tadi lenyekkan dengan anak lesung. And lastly, sendukkan sambal ke atas ayam goreng lenyek. Siap.
  4. Boleh di makan bersama kobis dan petai.

Sumber: Zara Zulfa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Geprek

Bahan-bahan

 Perap Ayam

  • 4 bahagian whole leg ayam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau

 Salut Ayam

  • Tepung Bestari
  • 2/3 biji telor

Sambal Geprek

  • 15-20 biji cilipadi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat Ayam Geprek

  1. Bersihkan ayam dan perap selama 15 minit.
  2. Didalam bekas lain, masukkan tepung bestari
  3. Celupkan ayam dalam adunan telur, kemudian dalam adunan tepung dan goreng didalam minyak yang banyak sampai masak dan crispy. Angkat dan tos kan
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan goreng bahan sambal geprek sehingga beraroma kemudian angkat.
  5. Tumbuk kasar tambah garam dan sedikit gula dan curahkan diatas ayam goreng tadi.
  6. Ayam geprek sedia untuk dinikmati bersama ulaman kegemaran nasi putih, sup kosong, tempe dan tauhu goreng.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Geprek Versi Che Nom

Bahan-bahan

  •  1ekor ayam potong 4

Sambal

  • 7bjj cili padi merah..agak pedas..kalau nk kurg guna sikit je..kepak2 atau hiris kasar.supaya x meletop semasa goreng nanti
  • 2bji cabai besar msk. Potong kasar jugk
  • 3bji bwg putih belah 2 je
  • 1bji bwflg merah. Belah 2 juga
  • 1bji tomato.belah 4.

Cara buat Ayam Geprek Versi Che Nom

Ayam

  1. Cuci bersih dan tos.
  2. Perah asam limau sikit dan lumur pada ayam selepzs ditoskan.
  3. Perap 10minit.
  4. Kemudian ambik tepung kfc atau tepung bistari lumur pada ayam.
  5. Sediakn air sejuk, tuang dalam mangkuk besar untuk rendam ayam selepas disalut tepung.
  6. Mula salut tepung.
  7. Kemudian rendam dalam air.
  8. Salut tepung kembali.
  9. Sedia untuk digoreng.
  10. Guna minyak yang banyak bagi tenggelam ayam sikit.
  11. Goreng hingga garing.

Sambal

  1. Semua bahan digoreng sekejap.
  2. Angkat toskan minyak.
  3. Kemudian ambil lesung batu, giling hingga lumat.
  4. Masuk 2sdm gula.
  5. Sedikit secukup rasa dan sedikit garam
  6. Gaul dan tuang 2sdb minyak bekas goreng tadi masuk dalam sambal, gaul rata.

Bahan lain 

  1. Timun
  2. Daun salad

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Apa Hidangan Lain Yang Popular?

Selain Ayam Geprek, terdapat juga hidangan ayam goreng bervariasi berbeza. Antaranya adalah:

1. Korean Fried Chicken

Ayam goreng gaya Korea ini digoreng dua kali untuk mendapatkan kulit yang rangup dan dilitupi dengan sos manis pedas. Bahan utama termasuk ayam, tepung jagung, tepung beras, bawang putih, halia dan sos Korea.

2. Chicken Butterfly

Hidangan ayam yang dibelah dan diratakan, kemudian dipanggang atau digoreng dengan perapan rempah. Bahan-bahan asas termasuk ayam, lada hitam, garam, serbuk paprika, dan minyak zaitun.

3. Chicken Popcorn

Hidangan ayam yang dipotong kecil-kecil, dilitupi tepung dan digoreng rangup. Bahan-bahan yang diperlukan ialah dada ayam, tepung gandum, telur, serbuk lada hitam dan garam.

4. Ayam Gunting

Hidangan ayam yang dipotong menggunakan gunting selepas digoreng, popular di gerai-gerai jalanan Malaysia. Bahan-bahan termasuk ayam, tepung gandum, serbuk kari, bawang putih dan halia.

5. Chicken Katsu

Hidangan ayam gaya Jepun yang menggunakan serdak roti untuk mendapatkan lapisan yang rangup. Bahan-bahan utama termasuk dada ayam, tepung gandum, telur, serdak roti dan minyak masak.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply