Ayam Kam Heong adalah hidangan ayam yang popular di Malaysia yang menggabungkan rasa pedas, manis dan savouri. Masakan ini dipengaruhi oleh masakan Cina-Malaysia dan terkenal dengan penggunaan sos tiram, cili kering, daun kari, dan beberapa rempah ratus yang memberikan aroma yang kuat.

Bahan-bahan utama termasuk ayam yang dipotong kecil, bawang putih, halia, cili padi, daun kari, sos tiram dan kicap manis. Cara memasaknya mudah – pertama goreng ayam hingga keperangan, kemudian tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, masukkan ayam dan perasakan dengan sos-sos yang diperlukan, akhir sekali masukkan daun kari dan gaul rata sehingga masak.

1. Resepi Ayam Kam Heong Pedas

Resepi ini juga boleh ditukar menggunakan udang, ketam atau sotong.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar/holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau (dibelah dua)
  • 2 sudu makan rempah kari ayam (dibancuh)
  • 2-3 sudu sos tiram
  • 2-3 sudu sos cili
  • 2-3 sudu kicap manis
  • Garam dan gula

Cara buat ayam kam heong

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan ayam.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Ain Ariffin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Ayam Kam Heong

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil/sederhana)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Gula
  • Garam
  • 10 ulas bawang putih (didadu)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili api (dihiris kecil)
  • 2 sudu besar rempah kari daging (dibancuh pekat)
  • 3 tangkai daun kari

Cara buat ayam kam heong

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan separuh daun kari sehingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan cili api.
  4. Biarkan rempah tumis pecah minyak, masukkan sos tiram, gula, garam dan perasa.
  5. Tambahkan 3 sudu air.
  6. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan kacau sekejap.
  7. Masukkan lebihan daun kari tadi dan biar sebentar.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Maina Mohamad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ayam Kam Heong Mudah

Bahan-bahan

  • 500g ayam (dipotong sedang)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 sudu besar serbuk kari (dibancuh)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (belah 2 atau 4)
  • 5 helai daun kari
  • Garam
  • Gula

Cara buat ayam kam heong

  1. Gaul ayam dengan garam dan tepung jagung. Goreng sehingga masak dan ketepikan. *jangan terlampau garing, nanti ayam keras
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan kacau sekejap.
  4. Tuangkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Boleh tambah air jika pekat.
  5. Masak sebentar dan taburkan garam.
  6. Masukkan ayam goreng, cili padi, cili merah dan daun kari.
  7. Tambahkan gula dan gaul lagi. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Norashikin Yusoff dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Ayam Kam Heong

Bahan-bahan

  • 1kg ayam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Tepung jagung
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia
  • 4 tangkai cili kering
  • Cili padi
  • Daun kari
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 1/2 sudu belacan dan udang kering

Cara buat ayam kam heong

  1. Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap, serbuk kari, telur dan tepung jagung.
  2. Perap selama 2 jam dan goreng.
  3. Dadukan atau cincang bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan cili padi.
  4. Panaskan minyak, masukkan bahan cincang, belacan, udang kering dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan serai dan serbuk kari. Perlahankan api dan tunggu sehingga bahan masak.
  6. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan renjis sedikit sos tiram dan kicap.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Taburkan cili padi, daun kari dan bawang putih sedikit.
  8. Masak sebentar dan tutupkan api.

Sumber: Kalaivani Krishnasamy dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Ayam Yang Popular?

Selain ayam dimasak Kam Heong, ayam juga boleh dipelbagaikan cara masakan. 5 lagi menu ayam yang popular adalah:

1. Black Pepper Chicken

Hidangan ayam yang dimasak dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas. Masakan ini menggunakan lada hitam yang dikisar kasar sebagai rempah utama, bersama bawang putih, halia dan sos tiram untuk menghasilkan rasa yang kuat dan menggugah selera.

2. Butter Chicken

Hidangan ayam yang digoreng dan disalut dengan sos mentega yang krim dan manis. Masakan ini menggunakan campuran rempah yang halus, susu pekat manis, dan serbuk kari untuk menghasilkan rasa yang unik dan menyelerakan.

3. Sweet and Sour Chicken

Hidangan ayam yang popular dengan gabungan rasa manis dan masam yang seimbang. Masakan ini menggunakan sos tomato, cuka, nanas dan lada benggala untuk menghasilkan rasa yang menyegarkan.

4. Szechuan Chicken

Hidangan ayam yang terkenal dengan rasa pedas dan berbumbu khas dari rempah Szechuan. Masakan ini menggunakan lada Szechuan, cili kering, dan berbagai rempah untuk menghasilkan rasa pedas yang unik.

5. Ginger Chicken

Hidangan ayam yang dimasak dengan halia segar sebagai ramuan utama. Masakan ini menggunakan halia yang dihiris halus, bawang putih, dan daun bawang untuk menghasilkan rasa yang segar dan wangi.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply