Bubur gandum ialah sejenis bubur yang diperbuat daripada gandum yang dikisar halus dan dimasak bersama susu atau air. Bahan-bahan asas termasuk gandum, susu, gula, garam secukup rasa dan boleh ditambah dengan buah kering, kacang, atau madu mengikut citarasa.

Cara masak yang mudah adalah dengan mencampurkan gandum dan susu ke dalam periuk dengan nisbah 1:3, kemudian masak dengan api sederhana sambil dikacau sehingga pekat. Tambah gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sebati. Boleh dihidang dengan topping pilihan.

1. Resepi  Bubur Gandum

Bahan-bahan

Tepung

  • 3 cwn tepung gandum
  • 1 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam halus

Kuah

  • 5 cawan santan sederhana pekat
  • 3 keping nisang/gula melaka
  • 3-4 sd bsr gula pasir @ secukup rasa
  • 1/2 sd teh garam
  • 2 helai daun pandan-di simpul

Cara buat bubur gandum

  1. Tepung, satukan semua bahan-bahan tepung. Kacau rata.
  2. Didihkan air. Tekan bancuhan tepung di atas acuan berlubang dgn senduk ke dalam air. Kacau supaya tidak melekat. Bila sudah timbul, angkat dan toskan.
  3. Rendam di dalam air supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  4. Kuah, satukan semua bahan-bahan di dalam periuk. Kacau sentiasa hingga mendidih dan gula larut. Masukkan tepung yang telah di masak tadi. Kacau rata dan tutup api.

Sumber: Nor Al Fatihah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Bubur Gandum Jejeh

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • Air
  • 1 keping gula kabung
  • 2 senduk kecil gula putih
  • Sehelai daun pandan
  • Santan RM 2
  • Sedikit air

Cara buat bubur gandum jejeh

  1. Didihkan air rebusan dalam periuk atau kuali.
  2. Gunakan senduk yang berlubang untuk acuan bubur.
  3. Masukkan adunan dalam senduk tadi dan lenyekkan biar adunan masuk dalam air rebusan. Buat sampai habis kemudian basuh dengsn air dan toskan.
  4. Masukkan bubur dalam periuk letak gula kabung, gula putih, daun pandan dan sedikit air.
  5. Bila dah mendidih baru masukkan santan. Tambah air lagi supaya bubur tidak pekat. Biar bubur betul masak baru tutup api.

Sumber: Mazidah Majid dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Bubur Gandum Jagung

Bahan-bahan

  • 1 pct terigu (gandum)
  • 2 cwn jagung manis
  • 1/2 cwn sagu mata ikan (rendam sekejap bagi kembang)
  • 1 tin susu cair
  • Gula anaw @ gula melaka @ gula merah (masak dulu dengan sedikit air)
  • Daun pandan 3 helai
  • Secubit garam
  • Santan pekat secukupnya
  • Air bertapis (coway @ beyond water @ mineral)
  • Gula perang @ gula pasir

Cara buat bubur gandum jagung

  1. Rebus terigu @ gandum dengan air mineral terlebih dahulu sehingga kembang sedikit.
  2. Masukkan jagung dan sagu mata ikan dan daun pandan. Jangan bagi kering dan tambah air.
  3. Masukkan santan dan secubit garam.
  4. Masukkan air gula merah tadi (tapis dulu) rasakan manisnya.
  5. Suka manis boleh tambah gula perang @ gula putih.
  6. Masukkan susu cair 1 tin.
  7. Bubur jangan terlampau cair atau terlampau pekat. Biar sedang-sedang sahaja.
  8. Dah siap boleh dihidangkan.
  9. Sedap juga dimakan ketika sejuk.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bubur Gandum (Jeput Tohok)

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Sedikit air kapur
  • Air
  • Santan pekat
  • Garam
  • Gula nisan (Gula merah)
  • Santan cair

Cara buat jeput tohok

  1.  Adunkan tepung gandum, sedikit iar kapur dan air. Jangan keras sangat jangan lembik sangat agak-agak adunan melekat pada tangan.
  2. Santan pekat di tambah sedikit air panas letak sedikit garam (untuk di letak semasa hendak makan bubur).
  3. Untuk kuah, santan gula nisan (atau gula merah) sedikit garam dan daun pandan.
  4. Masukkan santan cair dalam periuk, letak nisan gula, masak sampai gelegak, cubitkan adunan tepung tadi buat sampai habis (adunan melekat pada tangan kerap basuh tangan @ celup tangan dalam bekas yang ada air).
  5. Masukkan santan pekat (guna api slow), daun pandan, sedikit garam dan kacau sehingga gelegak dan siap.
  6. Bila nak makan masukkan sedikit santan mentah tadi.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Aneka Bubur Untuk Minum Petang.

Terasa sangat tenang apabila menyuap bubur sambil ditemani angin petang dan teh o panas. Selain bubur gandum, beberapa jenis bubur ini juga menarik untuk dicuba.

1. Oatmeal

Oatmeal adalah bubur yang diperbuat daripada oat yang diproses. Ia boleh dimasak dengan air atau susu, dan biasanya dimakan dengan pelbagai topping seperti buah-buahan, kacang, madu atau sirap maple. Ia merupakan pilihan popular kerana kandungan fiber yang tinggi dan boleh mengenyangkan.

2. Cream of Wheat

Cream of Wheat adalah bubur yang diperbuat daripada biji gandum yang dikisar halus. Ia mempunyai tekstur yang lebih halus berbanding bubur gandum biasa dan boleh dimasak dengan susu atau air. Biasanya dihidangkan dengan sedikit mentega, gula atau madu.

3. Bubur Jagung

Bubur jagung adalah sejenis bubur yang diperbuat daripada jagung yang dikisar halus. Ia dimasak dengan air atau susu sehingga pekat dan lazimnya ditambah dengan gula dan sedikit garam untuk menambah rasa. Boleh dihidangkan dengan potongan jagung segar.

4. Quinoa Porridge

Quinoa Porridge adalah bubur yang diperbuat daripada bijirin quinoa. Ia kaya dengan protein dan nutrisi, serta boleh dimasak dengan susu atau air. Boleh ditambah dengan buah kering, kacang, atau madu untuk menambah rasa.

5. Millet Porridge

Millet Porridge adalah bubur yang diperbuat daripada bijirin millet. Ia mempunyai rasa yang ringan dan nutty, serta kaya dengan zat besi dan mineral. Biasanya dimasak dengan susu atau air dan boleh ditambah dengan pelbagai topping untuk menambah rasa.Copy

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply