Ayam percik Kelantan ialah hidangan ayam panggang yang disalut dengan sos yang diperbuat daripada santan, cili, bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan rempah-ratus lain. Bahan-bahan utama untuk membuat ayam percik Kelantan ialah ayam kampung atau ayam biasa, santan, cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, serai, gula, garam, dan rempah-ratus lain seperti jintan manis dan ketumbar.
Untuk membuat ayam percik Kelantan, ayam perlu direbus atau dikukus sehingga hampir masak, kemudian disalut dengan sos yang telah dimasak sehingga pekat. Ayam kemudiannya dipanggang atau dibakar sehingga kulitnya menjadi rangup dan keperangan, manakala isinya kekal lembut dan berair.
1. Resepi Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan untuk perap ayam
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- Halia skit
- Garam secukup rasa
Bahan untuk kuah
- 6 ulas bawang merah
- 4 tangkai cili kering
- Santan pekat
- 1 batang serai
- Halia
- Garam
- Gula
- Asam keping
Cara buat ayam percik Kelantan
- Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
- Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
- Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
- Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat.
- Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
- Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
- Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
- Siap!
Sumber: Nur Fariha dan Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ekor ayam (potong 4)
Bahan Perap
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- Perasa
Kisar kering semua bahan di atas, perap bersama ayam selama 30 minit
Bahan Sos Percik
- 5 biji bawang merah*
- 2 inci halia*
- 4 batang serai*
- 2 sudu besar cili kisar / 5 tangkai cili kering*
- 500ml santan pekat*
- 1/2 cawan gula kabung
- 3 keping asam keping (keluarkan dari kuah jika dah masam)
- Perasa (garam, gula secukup rasa)
Bahan bertanda () perlu dikisar
Cara-cara
- Kisar bahan bertanda (*) untuk sos percik.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk/pan dengan api sederhana.
- Masukkan gula kabung dan asam keping, kacau hingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan perasa secukup rasa.
- Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuah percik, balikkan ayam dan biarkan hingga suku masak.
- Keluarkan ayam dan bakar tanpa minyak dalam pan/kuali, bakar hingga ayam nampak garing sedikit.
- Apabila ayam sudah nampak garing, letakkan ayam dalam pan, tuang sos atas ayam dan bakar dalam oven atau air fryer pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
- Sementara itu, masak semula sos percik tadi selama 5 minit.
- Setelah siap dibakar, tuang lagi sos percik atas ayam. Boleh cicah ayam dengan lebihan sos percik.
Sumber: Sharla Rose dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ayam Percik Kuah Putih Kelantan Style
Bahan-bahan
- Ayam separuh@lebih kurang 10 ketul ayam
- 2 ulas bwg pth (tumbuk)
- 2 inci halia(tumbuk)
- Sedikit serbuk ketumbar
- Sedikit jintan manis
- Garam
- Kunyit
- Gaul semua bahan dan perap dalam sejam
Bahan kuah percik
- *6 ulas bwg merah
- *1 ulas bwg putih
- *1 inci halia
- 2 batang serai(ketuk)
- 1 sudu besar cili boh(cili kering kisar)
- 1 asam keping
- 1 kotak santan kara
- 1 cawan air
- Garam
- Gula
- 1 sudu besar tepg jagung (kacau dgn sedikit air)
Cara buat ayam percik Kelantan kuah putih
- Ok sediakan kuah percik dulu.
- Kisar bahan bertanda *. Kemudian tumis bersama serai dan cili boh sehingga naik bau. Bawang betul-betul masak.
- Masukkan santan dan air serta asam keping. Kacau sebati sehigga mendidih.
- Masukkan pula air tepung jagung.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Buang semula asam keping takut terlebih masam.
- Rasa masin manis. Biar terlebih manis barulah jadi ayam percik kelate dan ngam rasa dgn ayam bakar yang masin.
- Ok berbalik kepada ayam tadi. Ayam yangg diperap kita bakar sampai separuh masak.
- Kemudian dah hampir masak. Curahkan kuah percik ke atas ayam.
- Balikkan ayam dan curah kuah percik ke atas ayam di sebelah bahagian lagi sehingga ayam masak.
- Ok. Angkat ayam dan curahkan lebihan kuah percik. Siap.
Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Maksud Ayam Percik Kelantan Original?
Ayam percik Kelantan original merujuk kepada hidangan ayam percik yang disediakan mengikut resepi tradisional atau cara asal yang dipraktikkan oleh masyarakat Kelantan. Hidangan ini menekankan penggunaan bahan-bahan dan kaedah penyediaan yang asli, tanpa sebarang pengubahsuaian atau penyesuaian moden.
Dalam konteks ayam percik Kelantan original, ayam kampung selalunya menjadi pilihan utama berbanding ayam biasa yang dibeli dari pasaraya. Ini kerana ayam kampung dipercayai mempunyai tekstur yang lebih liat.
Selain Ayam Percik, Apa Makanan Kelantan yang Popular?
Selain Ayam Percik, terdapat pelbagai makanan Kelantan lain yang juga popular. Antaranya 4 masakan Kelantan yang terkenal adalah seperti berikut:
1. Nasi Kerabu
Nasi kerabu ialah hidangan nasi yang diwarnakan dengan bunga telang, memberikan warnanya yang biru yang unik, dan dihidangkan dengan pelbagai ulam-ulaman, ikan goreng atau ayam goreng, serunding ikan atau ayam, acar timun, dan sambal belacan.
2. Nasi Dagang Kelantan
Nasi dagang Kelantan ialah hidangan nasi yang dimasak dengan santan, memberikan rasanya yang lemak, dan dihidangkan bersama-sama dengan gulai ikan tongkol, acar timun, dan hirisan telur dadar.
3. Laksam
Laksam ialah hidangan mi yang diperbuat daripada tepung beras dan dipotong nipis, kemudian dihidangkan dalam kuah santan yang kaya bersama-sama dengan ulam-ulaman, ikan goreng atau ayam goreng, dan sambal.
4. Budu
Budu ialah sejenis sos ikan yang diperbuat daripada ikan kecil yang ditapai dan dibiarkan merendam dalam air garam selama beberapa bulan. Budu mempunyai rasa yang masin dan aroma yang kuat, dan sering digunakan sebagai perasa dalam masakan Kelantan.