2 Resepi Sayur Campur Goreng

Sayur Campur Goreng ialah hidangan ringkas yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditumis bersama bawang, bawang putih, dan perasa.

Antara sayur yang sering digunakan dalam resipi ini termasuk kubis, lobak merah, kacang panjang, brokoli, bunga kubis, dan jagung muda. Selain itu, bahan tambahan seperti cendawan, lada benggala, dan taugeh boleh dimasukkan untuk menambah rasa serta tekstur.

Hidangan ini biasanya dimasak dengan sedikit minyak, ditumis bersama bawang putih, kemudian ditambah kicap, sos tiram, atau perasa lain mengikut cita rasa. Ia sesuai dinikmati sebagai lauk sampingan bersama nasi putih dan sambal belacan.

1. Resepi Sayur Campur

Bahan-bahan Sayur Campur

  • Seikat kacang buncis (atau 12 btg)
  • 1 batang carrot
  • Bunga kobis
  • 2 biji Tauhu. 1 biji dipotong 9
  • 5 ekor Udang size M

Bahan tumbuk

  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7 tangkai cili merah/api
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 cm belacan yg telah dibakar
  • gula1/2 sudu teh

Bahan lain

  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu teh perasa ayam maggie
  • 1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
  • 1 senduk minyak masak

Cara nak buat Sayur Campur

  1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yang disenaraikan.
  2. Goreng tauhu dan ketepikan
  3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur.
  4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi ’empuk’. masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng tadi.

Sumber: RESEPI MUDAH

2. Resepi Sayur Campur Goreng Daging

Bahan-bahan Sayur Campur Goreng Daging

  • 300 g daging batang pinang, hiris nipis*
  • 1 inci halia, ditumbuk halus*
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus*
  • 1 camca serbuk lada hitam (disatukan dan perap 30 minit)
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar kicap cair
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 200 g brokoli, dipotong sekuntum2
  • 1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan potong serong setiap belahan
  • 6 – 7 biji putik jagung, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air, kacau rata
  • Sedikit garam jika perlu

Cara nak buat Sayur Campur Goreng Daging

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap cair, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan masak hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.
  2. Masukkan lobak merah dan jagung, kacau rata dan masukkan brokoli. Kacau rata dan tuang bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan minyak bijan dan masak hingga sayur lembut. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam secukup rasa

Sumber: RESEPI MUDAH

Selain Sayur Campur Goreng, Apa Lagi Resepi Sayur yang Mudah Nak Buat

Terdapat banyak lagi resei sayur yang mudah dan cepat dimasak yang anda boleh cuba. Jika tiada idea, beriku adalah beberapa resepi sayur mudah untuk idea masakan anda.

1. Kangkung Goreng Belacan

Resepi ini menggunakan kangkung yang ditumis bersama bawang putih, bawang merah, dan belacan yang telah dihancurkan. Cili merah atau cili padi ditambah untuk memberikan rasa pedas. Cara memasaknya sangat ringkas. Mula-mula, belacan ditumis bersama bawang putih dan cili hingga naik bau. Kemudian, kangkung dimasukkan dan digaul sebati. Masak sekejap sahaja supaya kangkung kekal segar dan tidak terlalu layu.

2. Sayur Lemak Labu

Hidangan ini mempunyai rasa manis semula jadi dari labu dan sedikit rasa masin daripada ikan bilis. Untuk memasaknya, labu dipotong kecil dan dimasak dalam santan bersama bawang merah, bawang putih, dan sedikit ikan bilis untuk menambah rasa. Bagi yang suka pedas, boleh masukkan cili merah atau cili padi.

3. Bayam Tumis Air

Hidangan sayur yang ringkas dan sihat. Untuk memasaknya, bawang putih dan bawang merah dihiris halus, kemudian ditumis dengan sedikit minyak. Air ditambah bersama sedikit garam dan serbuk perasa, diikuti dengan bayam yang telah dibersihkan. Jika mahu lebih rasa, boleh masukkan ikan bilis atau udang kering.

4. Masak Lemak Pucuk Ubi

Resepi ini mempunyai rasa lemak santan dan sedikit pedas. Untuk memasaknya, pucuk ubi terlebih dahulu direbus hingga lembut untuk menghilangkan getahnya. Kemudian, santan dimasak bersama bawang merah, bawang putih, serai, dan cili padi yang ditumbuk. Setelah kuah mendidih, pucuk ubi yang telah direbus dimasukkan dan dimasak.

Leave a Comment