Terung pipit (Solanum torvum) juga dikenali sebagai terung rembang atau terung manggul adalah sejenis ulam yang tumbuh liar atau ditanam di kawasan kebun tetapi lazimnya ia terdapat di hutan Malaysia.
Terung pipit mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, ferum, serat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan pelbagai nutrien berfaedah. Dari sudut perubatan, jus atau air rebusan buahnya digunakan untuk merawat demam, selesema dan masalah pencernaan. Dalam masakan tradisional, terung pipit sering dimasak sebagai sambal tumis bersama ikan bilis dan dimakan dengan ubi rebus atau nasi.
Resepi Terung Pipit
1. Resepi Sambal Pipit
Bahan-bahan
- Terung pipit
- Ikan bilis
- Tempoyak sesudu
- Cili padi
- Bawang merah & putih
Cara nak buat Sambal Pipit
- Goreng ikan bilis dah garing masukkn terung pipit goreng sekejap dan angkat.
- Tumbuk cili padi bawang merah & putih.
- Tumis sampai pecah minyak masukkan tempoyak sesudu bubuh air panas setengah cawan bagi mendidih masukkan ikan bilis dan pipit yang digoreng tadi.
Sumber: Nor Aini Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Tumis Terung Pipit
Bahan-bahan
- Bwg kecik
- Cili api
- Terung pipit
- Budu
- Tahi minyak
- Sedikit garam
- Asam keping
- Serbuk perasa (kalau suka)
Cara nak buat Tumis Terung Pipit
- Tumis bawang+ cili api tumbuk dah mesra cili dah masak boleh lah masukkan terung pipit, kacau sekejap.
- Selepas itu masukkan tahi minyak dan budu, letak air (kalau suka berkuah letak air lebih sikit) biar menggelegak, perasakan dan sedikit garam & serbuk perasa, masukkan asam keping.
Sumber: Wan Hasanah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Terung Pipit Berlado
Bahan-bahan
- Terung pipit segenggam
- Ikan bilis secekak
- Cili padi 5-6 biji
- Bwg besar 1biji
- Bwg putih 2 ulas
- Garam 1/2 – 1 sudu kecil
- 1 sudu besar sos tiram
Cara nak buat Terung Pipit Berlado
- Tumbuk kasar semua bahan kecuali terung pipit.
- Tumis garing.
- Masukkan sos tiram.
- Masukkan terung pipit.
- Gaul sebati.
- Masukkan air sedikit untuk empukkan terung.
- Perasakan dengan garam.
- Boleh pecahkan terung bila lembut.
- Da empuk boleh angkat.
Sumber: Fadzee Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sambal Budu Pucuk Ubi dengan Terung Pipit
Bahan-bahan
- Pucuk ubi rebus-hiris
- Terung pipi belah 2
- Cili padi ikut kepedasan-tumbuk
- Bawang putih 2 ulas-tumbuk
- Bawang merah besar sebiji-tumbuk
- Ikan bilis sikit
- Serai 3 batang-hiris
- Budu 5@6 sudu kalau suka masin lebihkan
- Minyak untuk menumis
Cara nak buat Sambal Budu Pucuk Ubi dengan Terung Pipit
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai naik bau, masukkan serai kemudian masukkan terung pipit.
- Masukkan pucuk ubi, kacau-kacau dan last sekali masukkan budu Masukkan air sikit biarkan sebentar bagi kering sedikit. Dah siap.
Sumber: EnGku Wan Julia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Ulam-ulaman Yang Popular?
1. Ulam Raja
Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus didapati mempunyai kesan antioksidan, antidiabetes, antihipertensi, antikeradangan, antimikrob dan antikulat. Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Daunnya berwarna hijau dengan bunga kecil berwarna ungu atau putih, dan merupakan antara ulam yang paling popular di Malaysia.
2. Pegaga (Centella Asiatica)
Centella asiatica adalah sejenis ulam tradisional yang boleh dimakan mentah atau selepas direndam dalam air panas. Pegaga terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan otak dan kulit, serta mempunyai sifat anti-penuaan. Daunnya berbentuk bulat kecil dan tumbuh menjalar di atas tanah.
3. Jantung Pisang
Tinggi serat dan mampu membantu elakkan sembelit, jantung pisang boleh menjadi menu yang baik. Jantung pisang atau pucuk pisang adalah bahagian dalam batang pisang yang muda. Ia boleh direbus, dicelur, dimasak lemak putih atau dibuat kerabu dengan rasa yang unik dan sedikit kelat.
4. Pucuk Paku
Pucuk paku adalah sejenis sayuran hutan yang popular dalam masakan Melayu tradisional. Daun muda pakis ini mempunyai bentuk bergulung seperti kepala biola sebelum membuka. Biasanya dimasak tumis belacan atau dijadikan kerabu dengan rasa yang sedikit pahit dan berlemak.
5. Kesum
Kesum atau daun laksa adalah herba aromatik yang sering digunakan dalam masakan Melayu. Daunnya berbau harum dan mempunyai rasa pedas serta menyengat. Kesum kaya dengan vitamin dan mineral, serta mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang yang membantu dalam pencernaan.