Kek oren adalah sejenis kek yang dibuat dengan menggunakan oren sebagai bahan utama untuk memberikan rasa dan aroma sitrus yang segar. Kek ini biasanya mengandungi jus oren, kulit oren parut, dan kadang-kadang hirisan oren di dalam adunan. Rasa masam manis yang seimbang menjadikan kek oren pilihan popular untuk majlis-majlis dan hidangan harian.
Kek oren boleh disediakan dalam pelbagai bentuk seperti kek lapis, kek cawan atau kek bulat tradisional. Ia sering dihiasi dengan glaze oren, buttercream berperisa oren atau hiasan buah oren segar untuk meningkatkan rasa dan penampilan visual yang menarik.
Resepi Kek Oren
1. Resepi Kek Oren
Bahan-bahan
- 250gm butter
- 180gm gula kastor
- 4 biji telur
- 250gm tepung gandum/ guna tepung naik sendiri tak perlu letak bp
- 1 sudu teh baking powder
- 80gm susu cair
- 5-6 sudu makan oren sunquick
- Parutan kulit oren
- Sedikit pewarna oren
Cara nak buat Kek Oren
- Mix gula dan butter hingga kembang, masukkan telur satu per satu. Putar lagi.
- Kemudian masukkan tepung dan baking powder, susu, oren, pewarna, parutan oren. Gaul sebati.
- Masukkan dalam loyang 8/9″
- Bakar suhu 160 selama 1 jam 15 minit. Ikut oven masing-masing. Dah siap keluarkan dari loyang. Siap.
Sumber: Mdm Kelly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kek Sunquick Oren 5 Bahan
Bahan-bahan
- 170gm marjerin
- 115 gm Gula kastor / halus pun boleh (ayak dulu)
- Telur 3 biji
- 160 gm Tepung kek/ naik sendiri blue key (ayak dulu)
- Oren sunquick 4 sudu mkn
Cara nak buat Kek Sunquick Oren 5 Bahan
- Cara adunan seperti biasa marjerin+ gula dulu sampai kembang, then tekur, sampai kembang, tepung dan oren sunquick.
- Bakar 1 jam 170′-180’c
- Kalau nampak masak boleh keluarkan awal.
- Jangan lupa gris dulu loyang.
Sumber: Addarosa Rose Garden dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kek Oren Super Moist
Bahan-bahan
- 240g butter
- 3/4 cawan gula kastor
- 5 biji telur A
- 1/2 cawan susu segar/full cream
- 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder (ayakkan sekali)
- 1 biji oren (parut kulit)
- 5sb oren sunquick
- 1sk orange oil (optional)
Cara nak buat Kek Oren Super Moist
- Pukul butter + gula hingga kembang masukkan telur satu persatu pukul sebati selang selikan tepung dan susu pukul sebati.
- Campurkan parutan kulit oren, oren sunquick dan orange oil dan kaup sebati sahaja tuang adunan dalam loyang 8 inci yang disapu butter dan di alas dengan baking paper.
- Hentak loyang 3 kali sebelum adunan di masukkan dalam oven.
- Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu bakar adunan pada suhu 160c selama 45 minit cucuk kek dengan lidi.
- Kalau lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak dengan sempurna siap untuk dihidangkan.
Sumber: Aliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kek Oren Yoghurt
Bahan-bahan
Bahan A
- 280gm tepung naik sendiri(srf)
- 170gm gula kastor
- 30gm ovelet
- Telur 320gm
- 100gm yogurt lactel
- 3sudu besar sunkist oren
- 4 sudu air gula halwa oren
- 1 sudu kecil creamy vanilla
- 1 sudu kecil oren oiL
- Halwa oren
- 5 biji buah orange di potong separuh atau bulat ( slice it)
- 500gm gula pasir
- 300gm air tapis
- 10 sudu orange sunkist
masak sehingga menjadi halwa
Bahan B
- 190gm Pure butter / 190gm majerin (Buttercup)
Cairkan dan sejuk suhu bilik
Cara nak buat Kek Oren Yoghurt
- iIx bahan A sampai gebu.
- Masukkan bahan B, kacau sampai sebati.
- Susun buah oren yang dah siap buat halwa dalam loyang. Kemudian tuangkan adunan kek sehingga habis.
- Bakar kek dalam suhu 140 -150. Selama sejam 10 minit atau sehingga masak sepenuhnya mengikut oven masing.
Sumber: Rozie Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Variasi Kek Berperisa Unik
1. Kek Coklat
Kek coklat merupakan pencuci mulut klasik yang digemari ramai dengan rasa coklat yang kaya dan manis. Ia boleh disediakan sebagai kek lembap, kek span atau kek fudge bergantung kepada teknik penyediaan dan bahan yang digunakan.
2. Kek Red Velvet
Kek red velvet adalah kek berlapis berwarna merah dengan rasa yang lembut dan sedikit masam, biasanya disajikan dengan cream cheese frosting. Warna merah yang menarik menjadikannya pilihan popular untuk majlis istimewa dan sambutan.
3. Kek Keju
Kek keju atau cheesecake adalah pencuci mulut berkrim yang diperbuat daripada keju krim, gula dan telur dengan asas biskut. Ia boleh disajikan dalam pelbagai perisa seperti strawberi, bluberi atau vanila dengan topping buah-buahan segar.
4. Kek Carrot
Kek lobak merah adalah kek yang mengandungi lobak merah parut, kacang walnut dan rempah seperti kayu manis. Kek ini terkenal dengan kelembapan yang tinggi dan sering dihiasi dengan cream cheese frosting yang memberikan rasa yang seimbang.
5. Kek Lemon
Kek lemon menawarkan rasa sitrus yang segar dan masam manis dengan penggunaan jus lemon dan kulit lemon parut. Ia popular sebagai pencuci mulut musim panas kerana rasa yang menyegarkan dan aroma lemon yang harum dan menarik.
hi. saya tanya lemon poppy seed cake Mini? reply me.. saya org pekak