3 Resepi Buttercake Marble

Buttercake merupakan sejenis kek tradisional yang terkenal dengan rasa mentega yang kaya dan tekstur yang lembut. Kek ini dibuat dengan menggunakan mentega sebagai bahan utama bersama tepung gandum, gula, telur dan susu. Proses pembuatan buttercake melibatkan kaedah creaming di mana mentega dan gula dikacau hingga mengembang sebelum dicampur dengan bahan-bahan lain.

Buttercake popular di Malaysia kerana rasanya yang tidak terlalu manis dan sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Kek ini sering dijadikan pilihan untuk majlis-majlis kecil mahupun sebagai hidangan petang bersama teh atau kopi. Ia juga boleh dihias dengan pelbagai topping seperti buttercream, coklat ganache atau buah-buahan segar.

1. Resepi Orange Moist Buttercake

Bahan-bahan

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 biji telur
  • 6 sudu besar pati oren sunquick
  • 1/3 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara buat orange moist buttercake

  1. Sapukan loyang 8″ dengan mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dgn gula kastor sampai kembang dan putih.
  3. Masuk telur sebiji-biji sambil diputar.
  4. Masukkan pati oren sunquick dgn susu dan putar rata.
  5. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dgn baking powder. Kaup balik sehingga rata dengan guna senduk kayu.
  6. Bakar pada suhu 170c selama 45 minit.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Moist Soft Marble Cheese Buttercake

Bahan-bahan

  • 250gm mentega
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 sdb ovelette
  • 70gm cream cheese
  • 5 biji telur
  • 1 sdt asin vanila
  • 4 sdb susu pekat manis
  • 4 sdb buttermilk
  • 2cwn tpg gandum
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 1 sdt baking powder
  • loyang 8

Cara buat Moist Soft Marble Cheese Buttercake

  1. Ayakkan.
  2. Loyang 8″
  3. Pewarna ikut suka guna kaler merah. coklat emulco dan coffee emulco.
  4. Campurkan mentega, gula, ovelette hingga berkrim- putih, speed 4(-+12 mnt).
  5. Masukkan cream cheese mix lagi 3 minit.
  6. Masukkan telur sebiji- sebiji masukkan tepung 3 sdb masukkan telur hingga habis ( nota masuk telur cepat sebiji demi sebiji) perlahankan mixer speed 2.
  7. Masukkan susu pekat manis.
  8. Masukkan tepung sikit-sikit  hingga habis masukkan buttermilk, dah rata stop mixer dan warnakan ikut suka.
  9. Panaskan oven 160 selama 10 minit.
  10. Turunkan suhu atas bawah jadi 130 dan masukkan kek, rak paling bawah bakar selama 45 mnt-+

Sumber Norsiah Ahmad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Buttercake

Bahan-bahan buttercake

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil vanilla essence
  • 2-3 sudu minyak masak

Cara buat buttercake

  1.  Mix butter + gula biar sebati, dan putar.
  2.  Letak telur satu persatu, putar dan putar.
  3.  Letak tepung 1 cawan, putar. Letak lagi 1 cawan putar.
  4.  Letak baking powder, vanilla essence, putar.
  5.  Letak minyak masak, mix dgn sudu tak perlu  putar dgn mixer.
  6.  Asingkan dalam bekas.
  7.  Untuk chocolate ambil serbuk coco dalam 3-4 sudu (atas citarasa masing-masing). Selepas itu ambil adunan yang dah siap mix dengan chocolate.
  8.  Letak tompok-tompok dan lorek dengan lidi.
  9.  Bakar suhu 160c 45min.

Sumber Nuralia Idayu dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Kepelbagaian Kek Resipi Ringkas

Selain buttercake, terdapat juga kek lain yang boleh dimakan harian dek kerana resepinya yang ringkas dan mudah dibuat. 5 diantara kek tersebut adalah Kek coklat, Carrot cake, Kek red velvet, Kek vanilla dan Kek lemon.

1. Kek Coklat

Chocolate cake adalah kek coklat yang sangat digemari ramai dengan rasa coklat yang pekat dan manis. Kek ini biasanya dibuat dengan serbuk koko atau coklat cair sebagai bahan utama, memberikan warna gelap yang menarik dan rasa yang kaya.

2. Carrot Cake

Carrot cake merupakan kek yang menggunakan lobak merah parut sebagai bahan utama, memberikan kelembapan dan rasa yang unik. Kek ini sering dihias dengan cream cheese frosting dan kacang walnut, menjadikannya pilihan yang sihat dan lazat.

3. Kek Red Velvet

Red velvet cake adalah kek berwarna merah yang terkenal dengan rasa yang lembut dan sedikit masam. Kek ini biasanya menggunakan pewarna makanan merah dan buttermilk, serta dihias dengan cream cheese frosting yang putih kontras dengan warna merah kek.

4. Kek Vanilla

Vanilla cake merupakan kek asas yang menggunakan esen vanila sebagai perasa utama, memberikan rasa yang klasik dan serbaguna. Kek ini sering dijadikan pilihan untuk pelbagai majlis kerana rasanya yang neutral dan mudah dipadankan dengan pelbagai jenis frosting atau filling.

5. Kek Lemon

Lemon cake adalah kek berperisa lemon yang memberikan rasa masam manis yang menyegarkan. Kek ini biasanya menggunakan kulit lemon parut dan jus lemon untuk memberikan aroma sitrus yang kuat dan rasa yang segar.

Leave a Comment