2 Resepi Kek Gula Hangus

Kek gula hangus, atau juga dipanggil kek sarang semut, adalah salah satu kek tradisional yang masih popular. Kek ini dinamakan “sarang semut” kerana teksturnya yang berlubang-lubang menyerupai sarang semut. Kek ini mempunyai rasa manis yang dihasilkan daripada gula yang dimasak sehingga menjadi karamel.

Teksturnya berkenyal dengan mempunyai permukaan berlubang. Lubang-lubang ini terbentuk semasa proses pembakaran kek. Gula dimasak dengan api perlahan sehingga menjadi karamel, kemudian dicampurkan dengan bahan asas seperti tepung, susu pekat, soda bikarbonat, dan mentega. Akhir sekali, kek dibakar sehingga terbentuk lubang-lubang khas pada kek.

1. Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan Kek Gula Hangus

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan butter/marjerin (sy pkai butter)
  • 4 biji telur (sy pkai gred b)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanila
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk soda bikarbonat (ayak bersama tepung)

Cara nak buat Kek Gula Hangus

  1. Masak gula sehingga keperangan (jangan ssmpai hangus).
  2. Masukkan air panas.
  3. Masukkan butter, sejukkan & ketepikan.
  4. Dalam bekas yang lain, satukan telur, susu pekat manis & esen vanilla.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan gula hangus.
  7. Perap adunan selama 1 jam.
  8. Bakar padasuhu 170-180 degree celcius selama 45-50 minit/sehingga kek masak.

Sumber: Khairul Hasrol dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kek Gula Hangus Kukus

Bahan-bahan Kek Gula Hangus Kukus

  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air panas
  • 1 cwn tepung gandum
  • 3 sd mkn marjerin
  • 4 bj telur ayam gred B
  • ¾ cwn susu pekat (½ cwn untuk kurang manis)
  • 2 sd kfc soda bikarbonat
  • 1 sd kfc baking powder
  • 1 penutup botol esen vanila

Cara nak buat Kek Gula Hangus Kukus

  1. Panaskan gula (api sederhana) sehingga hangus.
  2. Bila nampak keperangan, kecilkan api. Tuang air panas sikit demi sikit sampai habis. Api perlahan sahaja sampai gula hangus dan air sebati.
  3. Kemudian masukkan marjerin. Kacau. Tutup api. Biarkan adunan seketika.
  4. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau manja bagi kuning telur pecah. Kacau lagi dengan susu pekat + esen vanila.
  5. Tepung + soda bikarbonat + baking powder (diayak).
  6. Kacau sebati.
  7. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.
  8. Panaskan periuk kukus sehingga mendidih sebelum masukkan adunan.
  9. Kukus 1 jam @ sehingga masak.

Sumber: Empayar Annur dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Kek Gula Hangus, Apa Lagi Resepi Kek Tradisional yang Masih Popular Sehingga Sekarang

Walaupun kini terdapat pelbagai kek yang sedap dan unik, kek tradisional masih mendapat perhatian sehingga hari ini. Selain daripada keenakan rasanya, cara untuk membuat kek ini juga tidak melibatkan proses yang rumit. Berikut adalah beberapa resepi kek tradisional untuk anda cuba.

1. Kek Pisang

Kek ini menggunakan pisang masak ranum sebagai bahan utama, yang memberikan rasa manis semula jadi. Teksturnya lembut dan sedikit lembap, menjadikannya sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa.

2. Kek Butter

Kek klasik yang sederhana tetapi sentiasa menjadi pilihan. Ia dibuat menggunakan mentega, telur, gula, dan susu, menghasilkan rasa kek yang lembut dan enak.

3. Kek Buah Kukus

Kek ini cukup popular, terutama sekali ketika hari perayaan. Ia diperbuat daripada campuran buah-buahan kering yang direndam, bersama adunan mentega, tepung, dan telur. Kek buah ini biasanya dikukus untuk menghasilkan tekstur yang lembap dan tahan lama.

4. Kek Batik

Kek ini paling mudah untuk disediakan kerana tidak memerlukan proses pembakaran atau mengukus. Ia diperbuat daripada biskut Marie, serbuk koko, susu pekat, dan mentega. Akhir sekali, kek ini perlu disimpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dihidangkan.

Leave a Comment