2 Resepi Brownies Cookies

Brownies cookies ialah resepi yang menggabungkan keistimewaan brownies dan cookies dalam satu hidangan pencuci mulut. Bentuk brownies cookies bersaiz kecil, bulat, dan nipis, menjadikannya sesuai sebagai kudapan. Tekstur brownies cookies pula mempunyai bahagian luar yang sedikit rangup seperti cookies, manakala bahagian dalamnya lembut dan fudgy seperti brownies.

Cara penyediaannya adalah dengan menggunakan adunan brownies yang serupa dengan adunan cookies, tetapi dicampur sehingga menjadi lebih tebal supaya boleh dibentuk menjadi cookies. Bahan-bahan utama resepi ini termasuk mentega, gula, tepung, telur, dan baking powder. Brownies cookies ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah topping seperti chocolate chips, kacang, atau salted caramel untuk memberikan variasi rasa dan tekstur.

1. Resepi Brownies Cookies Mudah

Bahan-bahan Brownies Cookies Mudah

Bahan A

  • 150 gram dark compound beryls
  • 50 gram butter
  • 40 ml minyak masak

Bahan B

  • 2bj telur
  • 135 gram gula (di blend)

Bahan C

  • 100 gram tepung self raising
  • 35 gram serbuk coklat/koko

Cara nak buat Brownies Cookies Mudah

  1. Panaskan bahan A menggunakan kaedah double boil sehingga cair dan sebati. Ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan B dalam satu mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  3. Ayak bahan C untuk memastikan tekstur adunan lebih halus dan bebas daripada gumpalan.
  4. Masukkan bahan A yang telah cair ke dalam campuran bahan B. Kacau sehingga sebati.Kemudian, tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan hingga adunan menjadi sebati. Tidak perlu mengacau terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan.Taburkan badam cincang di atas permukaan adunan.
  6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Sumber: Izza Wmc dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Brownies Cookies Sukatan Cawan

Bahan-bahan Brownies Cookies Sukatan Cawan

  • 350gm coklat masakan
  • 4sudu makan marjerin pelangi
  • 3biji telur
  • 1sudu teh esen vanila
  • 1cawan gula halus (diayak)
  • 1cawan tepung gandum+2sudu makan serbuk koko

Cara nak buat Brownies Cookies Sukatan Cawan

  1. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih (gunakan garfu jika tiada whisk).
  2. Tambahkan gula ke dalam campuran telur dan whisk sehingga gula betul-betul larut.
  3. Masukkan coklat dan marjerin yang telah dicairkan menggunakan kaedah double boil ke dalam campuran. Kacau segera semasa ia masih panas hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit ke dalam campuran. Kacau hingga adunan menjadi sebati.
  5. Tutup permukaan mangkuk adunan dan biarkan ia perap selama 20 minit.
  6. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan adunan mengikut bentuk yang diinginkan di atas dulang pembakar.
  8. Taburkan badam di atas setiap biskut.
  9. Bakar pada suhu 150°C menggunakan api atas bawah selama 25-30 minit.
  10. Tunggu sehingga biskut benar-benar sejuk untuk mendapatkan tekstur yang rangup.

Sumber: Raja Amanina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Brownies Cookies, Apa Lagi Resepi Biskut yang Sedap

Kini, terdapat pelbagai pilihan cookies yang lazat untuk dinikmati. Dengan pelbagai rasa dan variasi, anda boleh memilih cookies yang sesuai dengan citarasa masing-masing. Berikut adalah beberapa resepi cookies yang sedap untuk dicuba.

1. Chocolate Chip Cookies

Biskut lama yang penuh rasa coklat didalamnya. Campuran mentega, gula perang, tepung, telur, dan cip coklat menghasilkan biskut yang lembut di dalam dan rangup di luar.

2. Red Velvet Cookies

Biskut ini mempunyai permukaan warna merah dengan rasa yang rapuh atau lembut. Biasanya akan ditambah coklat cip putih untuk memberikan rasa kelazatan pada biskut ini.

3. Peanut Butter Cookies

Menggunakan mentega kacang sebagai bahan utama dalam pembuatan biskut ini. Biskut lama ini mempunyai rasa rangup di luar dan lembut di dalam.

4. Butter Cookies

Biskut legend ini masih mempunyai peminat sehingga sekarang. Bahan utama biskut ini ialah mentega, gula, tepung dan juga esen vanilla. Cair di mulut ketika makan.

Leave a Comment