Biskut raya tembikai adalah salah satu jenis biskut tradisional yang popular pada musim perayaan di Malaysia. Biskut ini terkenal kerana bentuknya yang menarik seperti buah tembikai dengan warna-warni yang comel dan menjadi tarikan utama, terutamanya kepada kanak-kanak. Biskut tembikai ini mengimbau nostalgia semasa kanak-kanak dan bukan menggunakan buah tembikai sebenar dalam pembuatannya.
Biskut ini dibuat dengan menggunakan doh berbilang warna iaitu merah, kuning dan hijau untuk menyerupai buah tembikai. Doh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang diinginkan, dengan doh hijau perlu kurang sedikit dari warna merah dan kuning. Proses pembuatan melibatkan pembentukan bebola kecil dengan doh merah, kemudian dibalut dengan doh hijau yang telah dicanai nipis untuk menyerupai kulit tembikai. Bijan hitam ditambah sebagai hiasan untuk menyerupai biji tembikai yang memberikan kesan realistik pada biskut ini.
Resepi Biskut Tembikai
1. Resepi Biskut Tembikai
Bahan-bahan
- 250 gm buttercup
- 180 gm gula kastor (1 cawan)
- 300 gm tepung gandum (3 cawan)
- 150 gm tepung jagung (2 cawan)
- 1 biji kuning telur gred (b)
- 5 sudu makan cornflake dikisar halus
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh emplek
- Pewarna merah, hijau, kuning dan asal
- Bijan hitam secukupnya.
Cara buat Biskut Tembikai
- Pukul butter dan gula agak kembang. Kemudian masukkan kuning telur rata kan pukul sebati.
- Kemudian masukkan tepung yang di gaul sebati bersama tepung jagung, emplex dan baking powder.
- Gaul sedikit demi sedikit bersama cornflake kisar tadi. Uli sebati dohnya. Kemudian di bahagi 3 bahagian.
- Letak pewarna yang disukai kalau tembikai merah letak warna merah dan sebagainya. Bahagian hijau doh nya anggaran 300 gm.
- Warna asal 250 gm dan selebihnya bahagian merah/kuning.
- Bulatkan kecil yang merahnya. Dan leperkan bahagian asal. Masukkan kedalam bahagian asal akhir sekali leperkan bahagian hijau dan masukkan bahagian yang telah dibulatkan tadi.
- Potong 4 bahagian dan susun bijan hitam sebagai biji tembikainya. Masukkan daalm paper cup dan bakar oven suhu 170 c selama 25-30 minit.
Sumber: Zee Basir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Biskut Tembikai
(anggaran 130-140 biji)
Bahan-bahan
- 250gm buttercup
- 180gm gula halus
- 300gm tepung gandum (diayak)
- 150gm tepung jagung (diayak)
- 5 sudu cornflakes (diblend halus dan diayak)
- 1 biji kuning telur
- Pewarna kuning, merah, hijau
- Bijan hitam (untuk hiasan)
Cara buat Resepi Biskut Tembikai
- Masukkan butter + gula dan mix hingga sebati.
- Masukkan kuning telur (mix lagi hingga sebati).
- Masukkan tepung gandum + tepung jagung + cornflakes (letak sikit-sikit) gaul hingga rata.
- Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian bergantung warna yang anda nak sama ada warna merah atau kuning atau nak dua-dua dan warna hijau.
- Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning.
- Buat bulat-bulat kecil ikut selera masing-masing.
- Leperkan bulat2 hijau sebab nak jadikan kulit luar
- Masukkan bulat-bulat merah or kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya
- Buat sampai siap dulu baru ambik pisau yang paling tajam.
- Bulat yang dah siap tadi dibelah 4 macam belah telur,
- Susun bijan.
- Masukkan dalam papercup dan bakar pada suhu 200°c 15 – 20 minit (pastikan dalam tu masak ). Siap untuk dihidang.
Sumber: Ainun Badariah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Biskut Mini Tembikai
Bahan-bahan
- 160 g mentega
- 150 g gula ising (diayak)
- 350 g tepung gandum (diayak)
- ¼ tsp esen vanilla
- 2 biji kuning telur
- Pewarna merah
- Pewarna hijau
- Biji bijan hitam untuk hiasan
Cara buat Biskut Mini Tembikai
- Masukkan mentega, kuning telur dan gula ising (mix pakai mixer, jangan mix terlalu lama, cukup biar semua adunan sebati sahaja).
- Masukkan tepung gandum ke dalam adunan tadi. (kacau pakai spatula).
- Gaul sebati sampai doh tak melekat di tangan.
- Bila dah menjadi doh, asingkan doh kepada tiga bahagian.
1)Doh pewarna merah – pastikan doh ini lebih besar dari dua yang lain
2)Doh pewarna hijau – doh kedua besar
3)Doh tanpa pewarna – doh paling kecil untuk bahagian lapisan kulit nanti - Kemudian leperkan setiap doh menjadi ukuran silinder.
- Dah siap leperkan doh tadi, terus gulung and layer satu persatu doh tadi (lletak doh pewarna merah terlebih dahulu, selepas itu baru doh tanpa pewarna, gulung sekali dan akhir sekali baru doh pewarna hijau).
- Ada orang dia buat bulat-bulat setiap doh, tapi saya guna cara gulung.
- Dah siap gulung semua sekali tu, barulah dapat potong doh tadi. Yang ni please pastikan pakai pisau yang tajam supaya doh tadi tak berkecai bila nak potong. And satu lagi, setiap kali nak potong pastikan pisau tu di lap dengan tisu terlebih dahulu.
- Dah siap potong tu, boleh lah letak biji bijan atas biskut.
- Kemudian boleh bakar pada suhu 170’ selama 10-15 minit.
Sumber: Shamila Idayu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Biskut Mama Carey Tembikai Red Velvet
Bahan-bahan
Bahan Biskut
- 250gm buttercup
- 1 cwn gula aising – di ayak
- 1 bj kuning telur gred A
- 1 sudu teh red velvet emulco
- 2 1/2 cwn tepung gandum*
- 1 1/2 cwn tepung jagung*
(bahan-bahan bertanda * di ayak bsama)
Bahan toping aising
- 1 bj putih telur gred A
- 3/4 cwn gula aising – di ayak
- 1 sudu bsr tepung jagung
- 1/2 sudu teh vanilla powder
- pewarna merah, kuning & hijau (oil base)
- bijan hitam secukupnya – untuk biji tembikai
Cara buat Biskut Mama Carey Tembikai Red Velvet
- Biskut – Pukul butter & gula hingga kembang. Masukkan telur & red velvet emulco. Pukul rata.
- Masukkan tepung & gaul dengan tangan hingga jadi doh. Canai setebal 1cm. Tekap dengan acuan bulat. Potong 2 & susun di dalam dulang pembakar
- Bakar pada suhu 130•c selama 8-10 mnt api atas bawah. Bergantung pada oven. Sejukkan biskut sebelum letak topping.
- Topping Aising – Pukul putih telur hingga kembang & bertanduk. Kemudian, masukkan gula aising, tepung jagung & vanilla powder. Pukul hingga pekat & likat.
- Bahagi 4 bahagian, 3 bahagian di campur pewarna merah, kuning & hjau, 1 bahagian lagi di biarkan putih. Aising merah & kuning lebih banyak daripada aising hjau & putih. Masukkan ke dalam piping bag,
- Paipkan aising hjau dulu ikut lengkung pada biskut, kemudian aising putih & akhir sekali aising merah. Hias dengan bijan sebagai biji tembikai. Ikut step yang sama untuk biskut tembikai kuning.
- Bakar pada suhu 130•c selama 5-8 mnt. Bergantung pada oven masing-masing. Bila aising di tekan dengan jari, ia tidak melekat tandanya biskut sudah masak.
Sumber: Nor Al Fatihah T-hah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Biskut Raya Yang Popular?
1. Tart Nenas
Tart nenas merupakan salah satu kuih wajib dihidangkan pada Hari Raya kerana rasa jem nenas masam manisnya yang seimbang. Biskut ini mempunyai kulit yang renyah dan lembut dengan inti nenas yang kaya, mencipta rasa yang tidak dapat dilupakan. Tart nenas dibuat dengan menggunakan tepung dan mentega yang membentuk kulit yang lembut, diisi dengan jem nenas yang dimasak hingga pekat dan berperisa.
2. Biskut Semperit
Biskut semperit yang sedap perlu menggunakan tepung biskut, tepung kastard dan tepung jagung, diuli bersama dengan mentega serta gula ising. Biskut tradisional ini terkenal dengan bentuknya yang unik hasil daripada penggunaan acuan khas semperit. Ia mempunyai rasa mentega yang kaya dan tekstur yang renyah, menjadikannya pilihan yang digemari dalam setiap rumah pada musim perayaan.
3. Almond London
Almond London dengan salutan coklat dan kacang badam menjadikannya sering dicari-cari oleh tetamu. Biskut ini menggabungkan kacang badam yang rangup dengan salutan coklat yang manis, memberikan gabungan rasa dan tekstur yang menarik. Ia menjadi pilihan istimewa kerana penampilan yang mewah dan rasa yang berkualiti tinggi.
4. Biskut Sarang Semut
Biskut Sarang Semut mendapat tempat utama kerana namanya yang menarik yang secara literal bermaksud Biskut Sarang Semut kerana bentuknya yang menyerupai sarang semut. Biskut ini mempunyai tekstur yang renyah dan rapuh, dibuat dengan mentega, tepung dan baking powder. Bentuknya yang unik dan rasa yang sedap menjadikannya pilihan yang disukai ramai.
5. Kuih Bahulu
Kuih bahulu adalah sejenis kek span yang lembut dan gebu yang digemari. Kuih bahulu tradisional dibuat dengan hanya 3 bahan dan tanpa agen penaik. Ia mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang lembut, sering dibuat dalam acuan khas berbentuk bunga atau bentuk tradisional yang lain. Kuih ini mudah disediakan dan menjadi pilihan yang popular untuk dihidangkan kepada tetamu.