4 Resepi Biskut Red Velvet

Biskut red velvet adalah sejenis biskut rangup yang terkenal dengan warna merah terang yang menarik dan rasa yang unik. Biskut ini berasal dari Amerika Syarikat dan menjadi popular kerana gabungan rasa coklat yang halus dengan sedikit rasa masam daripada cream cheese. Warna merah yang ikonik biasanya diperoleh daripada pewarna makanan merah.

Ciri khas biskut red velvet ialah warna menarik dan rasa rangup yang melapisi setiap sudut biskut. Kombinasi antara biskut rangup dengan kekacang berlemak menjadikan dessert ini sangat diminati, termasuk di Malaysia sebagai pilihan popular untuk majlis-majlis istimewa.

1. Resepi Red Velvet Cookies Assorted Nuts

Bahan-bahan

Bahan A – mix hingga kembang

  • 1 cawan Mentega
  • 1 cawan Gula Kastor
  • 1 cawan Gula Perang
  • 1/2 cawan Minyak Masak

Bahan B

  • 2 biji Telur gred B
  • 2 sudu teh Esin Vanila
  • 1 sudu teh Red Velvet Emulco
  • 1 sudu teh Perahan Lemon
  • 1 sudu teh Pewarna Merah

Bahan C – ayak*

  • 5 cawan Tepung + 2/3 cawan Tepung*
  • 1 sudu teh Baking Soda*
  • 1 sudu teh Baking Powder*
  • 1 sudu teh Emplex
  • Secubit Garam

Bahan D

  • 3 sudu besar Susu Tepung

Bahan E – kaup balik sahaja

  • 2 cawan Chocolate Chips
  • 1 cawan Badam Cincang
  • 1 cawan Badam Slices
  • 1 cawan Green Pumpkin Seeds

Cara nak buat Red Velvet Cookies Assorted Nuts

  1. Ikut step dari A-E.
  2. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yang sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  3. Panaskan oven 180’c selama 10 minit.
  4. Bakar cookies pada suhu 180’c selama 30 minit. (ikut oven masing-masing, ye)

Sumber: Nur Qamar Maharoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Biskut Red Velvet Rangup

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sb minyak sapi
  • 1 biji kuning telor
  • 2 sk pewarna merah
  • 1 sk pewarna oren
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk cuka masakan
  • 1sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1 sb tepung beras
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan almond slice
  • 1/2 cawan coklat chip putih

(guna butter scotch)

Cara nak buat Biskut Red Velvet Rangup

  1. Wrap dan masuk chiller 30 minit.
  2. Selepas itu baru cubit dan bakar suhu 170 30 minit.

Sumber: Asmani Amiruddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Biskut Red Velvet 6 Bahan

Bahan-bahan

  • 1 kg Tepung Biskut Mix (Kedai Bakeri Ada Jual )
  • 500g Buttercup tong/Ketul
  • 2 Cawan Chocolate Chip
  • 1 Cawan Badam Cincang
  • 4 sudu besar Coco powder
  • 2 Sudu Besar Red Velvet Emulco

Cara nak buat Biskut Red Velvet 6 Bahan

  1. Pukul Butter Putih / gebu.
  2. Kemudian Masukkan Red Velvet dan coco powder.
  3. Masukkan Tepung mix gaul sebati.
  4. Masukkan chocolate chips dan badam adun sebati.
  5. Tekan dengan garfu.
  6. Bakar Suhu 160c. / 18-20 minit.

Sumber: Ellysyaz Amani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Biskut Semperit Red Velvet

Bahan-bahan

  • 250g butter/ marjerin
  • 4 cawan tepung jagung
  • 2sudu tepung kastard
  • 2sudu teh pewarna merah
  • 1sudu teh cuka makan
  • 1sudu serbuk koko
  • 1cwn susu pekat

Cara nak buat Biskut Semperit Red Velvet

  1. Whisk butter / marjerin kacau sebati bersama susu, pewarna merah & cuka makan.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastard & serbuk koko gunakan senduk @ hujung jari semasa membuat adunan apabila adunan sebati, bolehlah mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis.
  3. Bakar suhu 160°C 20minit.
  4. * Sukatan cawan mungkin tak sama jadi jika adunan lembut sangat tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan dan tekan acuan.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Pencuci Mulut Unik Yang Digemari Ramai?

1. Kek Carrot (Carrot Cake)

Kek carrot adalah kek lembap yang diperbuat daripada lobak merah parut, kacang walnut, dan rempah ratus seperti kayu manis. Kek ini sering dihiasi dengan krim keju dan mempunyai rasa yang manis serta tekstur yang padat namun lembut.

2. Kek Coklat Lembap (Moist Chocolate Cake)

Kek coklat lembap adalah dessert klasik yang diperbuat daripada coklat berkualiti tinggi dengan tekstur yang sangat lembut dan rasa coklat yang pekat. Kek ini sering dihiasi dengan ganache coklat atau buttercream coklat.

3. Kek Vanilla (Vanilla Cake)

Kek vanilla adalah kek asas yang menggunakan esen vanilla sebagai perisa utama. Kek ini mempunyai rasa yang lembut dan manis, sering dijadikan pilihan untuk dihias dengan pelbagai jenis frosting dan hiasan.

4. Kek Lemon (Lemon Cake)

Kek lemon adalah kek yang mempunyai rasa masam manis daripada jus lemon segar dan kulit lemon parut. Kek ini memberikan rasa yang segar dan menyegarkan, sering dihiasi dengan lemon glaze atau buttercream lemon.

5. Funfetti Cake

Funfetti cake adalah kek vanilla yang dicampur dengan serpihan coklat berwarna-warni (rainbow sprinkles) di dalam adunan. Kek ini popular untuk sambutan hari jadi dan majlis kanak-kanak kerana penampilannya yang ceria dan menarik.

Leave a Comment