Bayam merah ialah sejenis sayuran berdaun dari keluarga Amaranthaceae dengan nama saintifik Amaranthus gangeticus atau Amaranthus dubius. Ia dikenali melalui warna daun dan batangnya yang merah keunguan, hasil daripada kandungan pigmen antosianin yang tinggi . Bayam merah mudah tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia dan sering digunakan dalam pelbagai hidangan seperti tumisan, sup, atau sayur bening.
1. Resepi Masak Lemak Bayam Keledek
Bahan-bahan
- 2 ikat sayur bayam (potong & bersihkan)
- 3-4 tongkol keledek (saiz kecil)
- 3 ulas bawang merah
- Sedikit ikan bilis
- 1/2 st lada hitam
- 1 cawan santan pekat
- 2 gelas air
- Garam & gula
Cara nak buat Masak Lemak Bayam Keledek
- Buangkan kulit serta potongkan keledek.
- Rebus seketika, separuh masak, ketepikan.
- Tumbuk bawang merah, ikan bilis & lada hitam.
- Masukkan dalam periuk, air, bahan tumbuk & keledek.
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan garam, gula & santan.
- Kacau supaya santan tidak pecah sambil masukkan sayur bayam.
- Biarkan masak dan sedia untuk diangkat
Sumber: Syafiqah Athirah Abdul Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pasta Bayam Merah
Bahan-bahan
- Pasta setengah peket
- Bawang putih 4-5 ulas besar
- Bawang besar 1
- Minyak zaitun untuk menumis
- Isi ayam
- Lada besar cincang halus
- Lada hitam tumbuk halus
- Bayam secukukupnya. Basuh bersih dan blend kejap. Tapis air.
Cara nak buat Pasta Bayam Merah
- Rebus pasta hingga masak. Toskan.
- Tumis bawang yang dicincang.
- Masukkan ayam.
- Masukkan lada besar,lada hitam & bayam. Goreng sampai bayam masak. Masukkan sikit air.
- Masukkan garam secukup rasa. Kalau suka boleh letak perasa.
- Siap & sedia dihidang.
Sumber: Noor Suhada dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Keropok Bayam Merah
Bahan-bahan
- Bayam fresh
- Tepung bestari
- Air
Cara nak buat Keropok Bayam Merah
- Campur semua, jangan terlalu pekat nanti masin, biar cair pun tak apa. .Setiap helaian daun bayam diasingkan dari batang.
- Goreng dengan minyak banyak dan panas supaya tepung tidak menyerap minyak semasa menggoreng. .
Sumber: Sakinah Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kerepek Bayam
Bahan-bahan
- 4 sudu tepung beras
- 4 sudu tepung jagung
- Satu sudu kecil serbuk ketumbar, serbuk jintan dan serbuk cili
- Sedikit garam
Cara nak buat Kerepek Bayam
- Kucar semua bahan dengan sedikit air. Cairannya kira boleh melekat pada daun bayam.
- Celup daun sehelai demi sehelai ke dalam kuali panas.
Sumber: Siti Safiah Marzuki dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Jangan lupa cuba resepi sayur bayam merah ini ya!
Jom semak juga resepi cendawan tiram ini.
Selamat mencuba!