Bayam ialah sejenis sayur daun hijau yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, dan sangat popular dalam masakan harian rakyat Malaysia. Terdapat dua jenis utama yang biasa ditemui: bayam hijau dan bayam merah. Bayam dikenali kerana daunnya yang lembut, cepat masak, dan mempunyai rasa ringan serta sedikit manis, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
Bayam biasanya dimasak secara tumis bawang putih, masak bening (sup jernih), masak lemak santan, atau dicampur dalam sup dan bubur. Ia juga sering dijadikan pilihan dalam makanan bayi kerana teksturnya yang mudah dihadam. Dari sudut kesihatan, bayam kaya dengan zat besi, vitamin A, C, K, magnesium, dan serat. Ia baik untuk kesihatan darah, tulang, penglihatan dan sistem imun.
Resipi Sayur Bayam Hijau
1. Resepi Bayam Tumis Air Campur Keledek
Bahan-bahan
- Seikat sayur bayam hijau
- 1 biji bawang holland (hiris)
- 4 ulas bawang merah (hiris)
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- 1 biji cili merah (hiris)
- Sedikit ikan bilis
- Sedikit keledek oren
Cara nak buat Bayam Tumis Air Campur Keledek
- Bayam dipisahkan dari batang dan dicuci bersih.
- Rebus air sampai mendidih dalam periuk.
- Masukkan bawang holland, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan keledek.
- Bila keledek dah masak baru masukkan sayur bayam dan cili merah.
- Tambah garam secukupnya. Sehingga sayur layu.
- Siap.
Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bayam Brazil Goreng Celup Tepung
Bahan-bahan
Cara nak buat Bayam Brazil Goreng Celup Tepung
- Panaskan minyak.
- Bancuh tepung dengan air dan telur sikit.
- Celup bayam dalam tepung dan terus masukkan dalam minyak panas.
- Balik-balikkan hingga agak kekuningan, boleh angkat dan toskan minyak.
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
Sumber: Rozita Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan
Bahan-bahan
- Bayam Brazil
- 6 biji cili besar + cili padi
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- Sedikit udang kering atau ikan bilis
- Belacan
- Gula, garam , perasa, asam
Cara nak buat Bayam Brazil Goreng Belacan
- Tumbuk semua bahan bahan yang ditumbuk tadi. Kalau blend bagi kasar sikit ya.
- Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi , dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sediki saja tau perahan lemon atau air asam jawa.
- Last masukkan sayur bayam.
Sumber: Robakyah Che Ros dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kerabu Bayam dan Cekur
Bahan-bahan
Bahan A
- Sayur bym hijau
- Cekur 2 pokok
- Mayam bhn A secara kasar
- Kelapa parut sebiji
- Minyak utk menumis
- Garam
- Perasa
Bahan B
- Cili api
- Bwg bsr
- Ikan bilis
- Bwg putih
- Isi cekur
Cara nak buat Kerabu Bayam dan Cekur
- Blend semua bahan B.
- Tumis bahan B dengan minyak.
- Dah naik bau masukkan kelapa parut.
- Masukkan garam dan perasa.
- Dah sebati masukkan bahan A.
- Dalam 5 minit gaul rata dan siap.
Sumber: Rohayu Ahmad Hj Dahan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Beza Bayam Hijau dan Bayam Merah?
Bayam hijau dan bayam merah berasal daripada keluarga tumbuhan yang sama iaitu Amaranthaceae, namun kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi warna, rasa, khasiat dan kegunaan dalam masakan: Berikut ialah perbandingan bayam hijau dan bayam merah dalam bentuk jadual:
Ciri | Bayam Hijau | Bayam Merah |
---|---|---|
Warna Daun & Batang | Daun hijau, batang hijau pucat | Daun merah keunguan, batang berwarna merah |
Rasa | Ringan, neutral | Sedikit manis, beraroma tanah |
Tekstur | Lembut, cepat masak | Lembut, sedikit lebih padat |
Air Masakan | Kekal jernih | Bertukar warna merah keunguan |
Kandungan Nutrisi | Zat besi, vitamin A, C, K | Zat besi, vitamin A, C, tinggi antioksidan (antosianin) |
Kegunaan Masakan | Tumis, sup bening, masak lemak, bubur | Sup, tumis ringkas, masak air |
Populariti | Lebih umum, mudah didapati | Kurang biasa, lebih menarik dari segi warna dan khasiat |