Masih buntu mencari idea untuk membaking? Apakata anda cuba resepi kek zebra yang sangat cantik hasilnya. Kek zebra adalah kek yang selalu mak-mak kita buat, bukan lah seperti kek moden yang menggunakan cheese. Malahan kek ini juga sangat mudah untuk buat. Rugi tak cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Kek Zebra/Belang Coklat Badam

Bahan-bahan

  • 230 gm butter
  • 1 cwn gula halus
  • 4 bj telur
  • 2 cwn tepong naik sendiri/kek
  • 2 sdm tepong gndum
  • 3 sdm susu cair
  • 2 sdm serbok koko
  • 2 sdm serbok badam
  • Sdkt esen vanila

Cara buat Kek Zebra/Belang Coklat Badam

  1. Mix butter dengan gula dah gebus masuk telur.
  2. Mix lagi sekejap, letak susu/esen dan tepung yang dah siap. Diayak. Bahagi dua, satu letak serbuk koko dan satu lagi serbuk badam.
  3. Acuan sapu majerin. Letak adunan berselang-seli hingga habis.
  4. Bakar dalam oven 175 bwh 160 atas. Ikut kepanasan oven masing-masing.

Sumber: Badariah Abdrahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kek Zebra Ibu Dhiaijunicaf

Bahan-bahan

  • 250g Butter @marjerin
  • 200g gula
  • 4 biji Telor gred A
  • 220g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50 ml susu cair
  • Sedikit esen vanila
  • Emelco coklat
  • Serbuk koko
  • Pewarna Hijau

Cara buat Kek Zebra Ibu Dhiaijunicaf

  1. Putar butter, gula dan esen vanila sehingga kembang dan bertanduk.
  2. Masukkan telur satu persatu sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder berselang seli dengan susu cair.
  4. Apbila dah sebati boleh bahagikan mengikut warna kesukaan. Bakar suhu 175c 45Min.

Sumber: Dhia Azlinda dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Mable Zebra Cake

Bahan-bahan

  • 125 grm planta
  • 125 grm butter SCS
  • 200 gram gula castor
  • 4 biji telur A
  • 1 sudu kecil ovelete
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 50 ml fresh milk/ susu cair
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko

Cara buat Mable Zebra Cake

  1. Panaskan oven dahulu suhu 130 C.
  2. Mix planta, butter gula dan ovelete hingga gebu ringan.
  3. Masuk telur satu persatu hingga habis dan masuk vanilla.
  4. Masuk tepung yang diayak bersama baking powder selang-seli dengan fresh milk hingga habis.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  6. Bahagian pertama, adunan asal, bahagian kedua adunan tambah serbuk koko (campurkan 1 sudu besar koko dengan sedikit air panas sebati).
  7. Sediakan loyang yang digris lapik bawah dengan baking paper.
  8. Ambil 1 sudu besar letak tengah selang-seli dengan adunan koko hingga habis.
  9. Masuk oven bakar selama 35 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

Sumber: Haliza Jeran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Zebra Crossing Banana Cake

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 1 cwn gula halus @ gula perang
  • 1 sb ovelette
  • 1 st esen pisang
  • 1 cwn minyak masak @ minyak jagung
  • 1 cwn pisang lenyek

Cara buat Zebra Crossing Banana Cake

  1. Putar kembang telur sampai gebu dan putih.
  2. Kemudian masukkan satu cawan minyak masak @ minyak jagung, satu  cawan pisang lenyek dan putar laju hingga sebati.
  3. Last masukkan 2 cawan tepung yang dah di gaul gaul guna senduk sahaja.
  4. Sebahgian masukkan 2 serbuk  koko dan campurkan air sedikit untuk koko.
  5. Kemudian bolelah dizebrakan.
  6. Bakar  dalam 60 min.

Sumber: Norizan Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Inginkan lagi resepi kek?

Jom cuba resepi kek mentega , kek Eclair dan juga kek vanilla yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply