Semperit ialah biskut tradisional Melayu yang popular, terutamanya semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Biskut ini mempunyai rupa bentuk yang unik kerana ia dibentuk menggunakan acuan semperit khas yang mempunyai corak bunga atau bintang.
Bahan-bahan utama untuk membuat semperit termasuk tepung jagung, tepung gandum, mentega, gula halus dan vanila esen. Cara membuatnya adalah dengan mengacau mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan kering dan uli sehingga sebati. Adunan kemudiannya dimasukkan ke dalam acuan semperit dan ditekan ke atas dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 15-20 minit.
1. Resepi Semperit Susu
Bahan semperit susu
- 250 gm butter
- 1/2 cawan gula ising
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tutup esen vanilla
- 400 gram tepung jagung
Cara buat semperit susu
- Butter dan gula digaul sebati, masukkan susu dan esen vanilla gaul lagi.
- Masukkan tepung jagung dan uli sehinggs menjadi doh yg lembut dan bukannya lembik.
- Terap dan rehatkan selama 10-15 min.
- Bakar suhu 170, 35-40 min.
** Tips: Pakai acuan semperit bunga pecah 10, teknik menekan juga main peranan untuk menghasilkan kelopak yg cantik.
Sumber: Hainany Idayu dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Semperit Lotus Biscoff
Bahan semperit lotus biscoff
- Cawan
- Majerin 1 cawan
- Susu pekat 1/2 cawan
- 3 sb lotus spread
- 1/2 cawan tepung custard
- 3 cawan tepung jagung
- Biskut lotus untuk hiasan
- Caramel cocochip
Cara buat semperit Lotus Biscoff
- Satu majerin cawan dimasukkan kedalam besen.
- Masuk sekali susu pekat dan spread lotus.
- Kacau sehingga sebati dan masuk tepung custard.
- Masuk tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli. Sampai dapat doh yang lembut.
- Acuan semperit tak kisah pecah berapa.
- Letak atas dia filling lotus biscoff & caramelchip, loyang jangan lupa sapu majerin. Dan selepas itu, panas kan oven 160,5 minit dan masukkan tray dan up kan suhu 170 untuk 25 minit.
Sumber: Fisha Raysha dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Semperit Klasik
Bahan semperit klasik
- 1 cawan buttercup
- 3/4 cawan gula aising
- 1 biji kuning telur
- Sedikit esen vanila
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung gandum
Cara buat semperit klasik
- Pukul buttercup bersama gula dan telur.
- Selepas itu masukan sedikit esen vanila.
- Masukan 3 jenis tepung (jagung+kastard+gandum)
- Bentukan bunga dan bakar pada suhu 150’c untuk 30minit.
Sumber: Azmah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Biskut Tradisional Yang Popular?
Selain semperit, ada juga biskut tradisional lain yang popular dan digemari ramai. Malah, masih evergreen sehingga kini. Biskut-biskut yang dimaksudkan adalah:
1. Almond London
Almond London adalah biskut moden yang diperbuat daripada tepung gandum, mentega, badam kisar dan disalut dengan coklat. Biskut ini popular kerana gabungan rasa manis dan rangup yang menarik.
2. Cornflakes Cookies
Cornflakes Cookies adalah biskut yang dibuat dengan campuran tepung gandum, mentega, gula dan emping jagung yang dihancurkan. Biskut ini memberikan tekstur yang unik dan rangup.
3. Tart Nenas
Tart Nenas adalah sejenis pastri tradisional yang diisi dengan jem nenas. Kulit pastri dibuat daripada tepung gandum, mentega dan telur, manakala isian dibuat daripada nenas yang dimasak dengan gula.
4. Cheese Cookies
Cheese Cookies adalah biskut berperisa keju yang diperbuat daripada tepung gandum, keju parut, mentega dan gula. Biskut ini memberikan rasa masin dan manis yang seimbang.