Rendang daging ialah hidangan tradisional yang berasal dari Minangkabau, yang kini popular di seluruh Malaysia. Masakan ini menggunakan daging lembu yang dimasak dengan santan kelapa dan pelbagai rempah ratus seperti serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, cili kering, dan kunyit.

Untuk memasaknya, daging dipotong dalam saiz sederhana dan dimasak bersama santan dan rempah yang telah dikisar halus. Proses memasak mengambil masa 2-3 jam dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan kering, sambil dikacau sesekali untuk mengelakkan santan daripada pecah.

1. Resepi Rendang Daging Nogori

Bahan-bahan rendang daging

  • 1kg daging
  • 500g santan
  • 4 batang serai
  • 1 genggam cili api kampung
  • 1.5 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit
  • 1 paket kerisik
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara buat rendang daging

  1. Rebus daging yang telah dipotong dadu sebesar ibu jari sampai airnya kering. Air harus menutupi paras daging.
  2. Kisar cili api, kunyit, serai dan lengkuas. Kemudian masukkan pada daging tadi.
  3. Setelah sedikit kering, boleh masukkan santan.
  4. Kacau sehingga daging dan santan kering, masukkan kerisik.
  5. Tambah garam dan cukup rasa.
  6. Kacau sehingga daging kering.

Sumber: Shida Ambok dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Rendang Daging Opah Berkuah

Bahan-bahan rendang daging

  • 2kg daging
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 jari halia
  • 2 jari kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas
  • 6 batang serai
  • 2 senduk cili kering blend
  • 500ml santan kotak
  • Kerisik
  • Daun kunyit dan daun limau purut (dihiris)

Cara buat rendang daging

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup.
  2. Masukkan ke dalam kuali bersama cili blend.
  3. Kemudian masukkan daging. Kacau rata.
  4. Masukkan santan dan kacau lagi. Masak dalam api sederhana.
  5. Bila kuah hampir kering, masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga menggunakan gula melaka dan sedikit gula pasir.
    1.  

Sumber: Norsiah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Rendang Daging Simple

Bahan-bahan rendang daging

  • 1/2kg daging
  • 1/2kg santan pekat
  • 4 labu bawang besar (kisar)
  • 6 ulas bawang putih (kisar)
  • 6 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 inci halia (kisar)
  • 2 inci lengkuas (kisar)
  • 10 batang serai (4 batang kisar, 6 batang ketuk)
  • 15 tangkai cili kering (kisar)
  • 4 sb cili giling
  • 2 paket kerisik (1 paket 40g)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit (racik halus)
  • 2 asam keping
  • Garam dan gula merah

Cara buat rendang daging

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan kisar dan serai.
  2. Masukkan cili giling dan gula merah, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga daging kecut sedikit.
  4. Masukkan santan, kerisik, asam keping dan sedikit garam.
  5. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak. Guna api kecil sahaja dan tutup periuk.
  6. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  7. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit dan boleh rasa. Siap!

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Sajian Daging Yang Popular?

Anda pencinta daging tetapi sudah bosan dengan rendang daging? Jadi apa kata anda cuba menu lain yang akan dicadangkan ini kerana menu-menu ini termasuk dalam sajian daging yang popular.

1. Beef Steak

Hidangan popular yang menggunakan daging lembu berkualiti tinggi yang dimasak mengikut tahap kematangan yang dikehendaki. Biasanya dihidangkan dengan sos mushroom atau sos lada hitam serta kentang dan sayur-sayuran.

2. Lamb Chop

Masakan yang menggunakan potongan daging kambing premium yang dipanggang atau digoreng. Dimasak dengan rempah ratus dan herba, serta dihidangkan dengan sos istimewa dan sayur-sayuran segar.

3. Beef Curry

Kari daging yang dimasak dengan rempah ratus tempatan seperti jintan, ketumbar, kunyit, dan cili. Hidangan ini mempunyai kuah yang pekat dan lazat hasil gabungan santan dan rempah ratus.

4. Beef Burger

Burger yang dibuat daripada daging lembu cincang yang dibentuk menjadi patty dan dimasak mengikut citarasa. Dihidangkan dalam roti burger dengan pelbagai sayuran dan sos.

5. Sup Tulang

Sup yang dimasak menggunakan tulang lembu dengan sayur-sayuran seperti kentang, lobak merah, dan daun sup. Hidangan ini dimasak dengan api perlahan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan berkhasiat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply