Pau sambal atau lebih dikenali sebagai “Burger Malaysia” adalah sejenis kuih tradisional Malaysia yang terdiri daripada doh roti yang digoreng sehingga keemasan kemudian diisi dengan sambal bilis pedas. Ia merupakan doh roti yang digoreng, kemudian diisi dengan inti sambal bilis, dan hirisan timun.
Hidangan ini sesuai dijadikan menu sarapan atau dimakan semasa waktu minum petang. Pau sambal mempunyai ciri khas dengan tekstur luar yang rangup dan bahagian dalam yang lembut, memberikan kontras yang menarik antara rasa pedas sambal bilis dengan kelembutan doh roti yang digoreng.
Cara Buat Burger Malaysia
1. Resepi Burger Malaysia
Bahan A
(Satukan semua dlm satu bekas kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang)
Bahan B
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sdb butter guna marjerin pun boleh
- 2 sdb susu pekat manis
- 1 1/2 sdt double action baking powder(baking powder biasa pun boleh)
- 1/2 sdt baking soda (effect rangup kulit burger tu nanti)
(Satukan semua bahan Bahan B gaul hingga jadi serbuk)
Sambal Ikan Bilis
- 2 genggam ikan bilis (digoreng toskan)
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 2 sdb sos cili
- 1 1/2 sdb gula
- Sedikit garam
- Bahan perasa jika perlu
- 1/2 cawan air
- 1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan kisar
- 10-12 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 3- 4 ulas bawang putih
Cara nak buat Burger Malaysia
Burger malaysia
- Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10mnit peram dalam bekas bertutup 10 mnt tabur tepung dalam talam.
- Bulatkan doh ikut saiz anyg dikehendaki tekan sikit atas dohsusun dalam talam buat hingga siap peram lagi 18-20 mnt dan bolehlah digoreng guna api sederhana.
Sambal Ikan Bilis
- Panaskan minyak masak tumis bahan kisar masukkan gula tumiskan hingga betul naik minyak dan cili berubah warna.
- Masukkan sos cili kacau masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air bila agak pekat masukkan garam dan bahan perasa.
Sumber: Firdina Dayana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Burger Malaysia Mudah
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 1/2 cawan air suam kuku
- 1 paket yis
- 2sdb gula pasir
(Satukan semua dlm satu bekas. kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang)
Bahan B
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sdb butter guna marjerin pun boleh
- 2 sdb susu pekat manis
- 1 1/2 sdt double action baking powder (baking powder biasa pun boleh)
- 1/2 sdt baking soda (effect rangup kulit burger tu nanti)
(Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Cara nak buat Burger Malaysia Mudah
- Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10mnt peram dalam bekas bertutup 10 minit.
- Tabur tepung dalam talam bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki.
- Tekan sikit atas doh dan susun dalam talam buat hingga siap peram lagi 18-20 mnt dan bolehlah digoreng guna api sederhana sentiasa balikkan.
Sumber: Princess Scha Zura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Burger Malaysia Viral
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 paket yis mauripan
- 2 sudu gula
- 1 cawan air suam
**Kacau bahan A dan biar dia kembang dalam 15min
Bahan B
- 3 cawan tepung gandum cap sauh
- 2 sudu butter anchor
- 1 sudu baking powder
- 1/2 sudu soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu susu pekat
**Gaul sebati bahan B sehingga menjadi seakan serbuk roti
Cara nak buat Burger Malaysia Viral
- Setelah yis kembang, masukkan larutan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati. Dah sebati, biarkan dalam bekas yang ditutup selama lebih kurang 10min (sampai doh kembang)
- Sediakan siap talam yang ditabur tepung. Tumbuk doh bagi angin keluar. Bulatkan doh. Jangan besar sangat ye sebab nanti doh akan kembang lagi. Susun dalam talam pastikan ada penjarakan sosial supaya doh ada ruang untuk mengembang
- Selepas siap buatkan doh, biarkan dulu dalam 15minit untuk bagi laluan doh mengembang
- Panaskan minyak dalam kuali. Selepas minyak betul panas, matikan sekejap api kemudian masukkan 1-2 doh dan hidupkan semula api tapi api yang paling kecil.
- DILARANG terbalikkan doh banyak kali.
- Angkat doh pun guna lidi ya. Cara dia cucuk doh belah atas dan angkat. Toskan dalam pinggan/bekas yang dilapik tisu
- Tunggu sejuk baru gunting doh can masukkan sambal bilis dan sayur. Siap!
Sumber: Anis Shamsuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Burger Viral Simple
Bahan-bahan
- 2 cawan tpg gandum
- 1 sudu mauripan
- Majerin 2 sudu
- Telur 1 biji
- 2 sudu gula
- Air 1 cwan
Cara nak buat Burger Viral Simple
- Rendam mauripan dalam cawan air tadi.masukkan gula dan biar kembang.
- Satukan tepung majerin.gaul sampai jadi serbuk roti, masukkan telur, gaul lagi dan masukkan rendaman mauripan tad uli smpai tak lekat di tangan biar adunan naik 1x ganda tumbuk buang angin uli lagi 5 minit.
- Bulatkan dan goreng api perlahan gunting burger tadi separuh, masukkan timun dan sambal bilis.
Sumber: Iena Umar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Variasa Pau Yang Ada Di Malaysia.
1. Pau Goreng
Pau goreng digoreng dengan minyak yang banyak dan ada disetengah tempat atau kawasan memanggil donat inti. Ia merupakan versi manis pau yang biasanya diisikan dengan pes kacang merah atau pelbagai jenis manisan lain yang bersesuaian.
2. Pau Kukus
Pau kukus adalah versi tradisional pau yang dimasak dengan cara dikukus. Ia biasanya diisi dengan daging ayam, daging lembu, atau sayur-sayuran dan mempunyai kulit yang lembut berwarna putih.
3. Pau Kaya
Pau kaya merupakan variasi pau yang diisi dengan kaya kelapa yang manis dan creamy. Ia popular sebagai hidangan sarapan atau teh petang yang memberikan rasa manis dan aroma kelapa yang khas.
4. Pau Daging
Pau daging adalah pau yang diisi dengan daging ayam atau daging lembu yang dibumbui dengan rempah-ratus. Ia biasanya dikukus dan menjadi pilihan popular untuk sarapan atau makan tengah hari.