Pucuk ubi ialah daun muda dari pokok ubi kayu yang dipetik dari bahagian atas pokok. Sayur ini amat popular dalam masakan tradisional Melayu. Antara cara memasak yang popular untuk pucuk ubi termasuklah masak lemak dengan santan dan cili padi, tumis dengan bawang, gulai lemak dengan ikan kembung atau ikan tenggiri atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan sebagai ulam.

Pucuk ubi perlu direbus atau dimasak dengan sempurna untuk menghilangkan rasa pahit dan memastikan ia selamat dimakan.

1. Resepi Pucuk Ubi Goreng

Bahan-bahan

  • 400 gm daun pucuk ubi (tanpa batang)
  • 15O gm cili kering
  • 150 gm ikan bilis
  • 250 gm bawang besar (hiris)
  • 20 gm belacan
  • 2 keping asam keping
  • Ikan masin kurau secukupnya (goreng dan blender hingga halus)
  • 2 tbsp gula
  • 1 1/2 tbsp garam
  • 5 cawan minyak masak

Cara nak buat Pucuk Ubi Goreng

  1. Pucuk ubi di basuh dan dikeringkan.
  2. Rebus cili kering dan mesin blender tanpa air.
  3. Panaskan minyak dan goreng kesemua pucuk ubi hingga garing.
  4. Goreng ikan bilis hingga garing.
  5. Tumiskan bawang besar hingga garing, masukkan cili blender dan masak hingga cili garing.
  6. Masukkan belacan dan asam keping juga serta garam dan gula.
  7. Setelah cili garing masukkan pucuk ubi, ikan bilis, ikan masin dan gaul rata perlahan.

Sumber: Zuraini Alias II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Rendang Pucuk Ubi

Bahan-bahan

  • 2 ikat pucuk ubi
  • segenggam ikan bilis
  • 1 senduk cili kering
  • 1 1/2 kg santan
  • Serbuk kunyit dan garam

Cara nak buat Rendang Pucuk Ubi

  1. Masak semua dalam kuali kecuali pucuk ubi.
  2. Santan pekat tambah 1 jug air.
  3. Masak santan pekat sampai pecah minyak.
  4. Masukkan pucuk ubi memang sentiasa kacau takut melekat dan hangit.
  5. Kacau sampai kering.

Sumber: Bang Cik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Pucuk Ubi Tempoyak Petai

Bahan-bahan

  • Pucuk ubi
  • Petai
  • Tempoyak
  • Serai 3 btg
  • Cili padi
  • Santan
  • Serbuk kunyit @kunyit hidup
  • Sedikit kerisik
  • Garam dan bahan perasa
  • Sedikit ikan bilis

Cara nak buat Pucuk Ubi Tempoyak Petai

  1. Pucuk ubi dicelur terlebih dahulu untuk hilangkan rasa pahit.
  2. Blend cili padi, serbuk kunyit dengan ikan bilis dan sedikit air.
  3. Masukkan tempoyak dalam blender, blend sehingga halus.
  4. Masukkan dlm kuali masukkan semua bahan dengan santan.
  5. Masak sehingga pucuk ubi lembut.

Sumber: Zuriani Zuhri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Gulai Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan

  • Seikat pucuk ubi d rebus dengan sesudu teh garam sampai betul empuk

Bahan tumbuk

  • Cili padi 30 biji
  • Ikn bilis segenggam
  • Bwg besar sbiji
  • Kunyit idup seinci
  • Garam
  • Serai sebatang
  • Santan
  • Asam keping sekeping

Cara nak buat Gulai Lemak Pucuk Ubi

  1. Masuk bahan tumbuk dalam periuk pucuk ubi.
  2. Masuk santan cair dan serai.
  3. Masak dengan api yang perlahan.
  4. Pastikan santan tak pecah minyak kacau selalu. Rasakan garam.
  5. Last masukkan santan pekat.
  6. Kacau jangan lama. Dah siap.

Sumber: Razzyatt Urutan Tradisional dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply