Pucuk paku merupakan sejenis sayur-sayuran berasal daripada paku hutan yang biasa dijadikan bahan masakan tradisional di Malaysia. Ia mempunyai rupa daun yang halus berwarna hijau muda dan kerap didapati di kawasan lembap seperti tepi sungai atau hutan.
1. Resepi Kerabu Pucuk Paku Tauge dan Kerang
Bahan-bahan
- 1 mangkuk kerang yang dah rebus dan kopek ambil isi
- Seikat pucu paku (celur dan tos)
- 2@3 genggam tauge (celur dan tos)
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 4 sudu santan pekat
- 3 sudu besar kerisik
- 2 sudu air limau nipis
- Garam secukupnya @pakai sos ikan
Bahan blender
- 3 batang serai
- ½ inci lengkuas
- Cili api 5bji-8bji
- Belacan
Cara buat Kerabu Pucuk Paku Tauge dan Kerang
- Mula tuang bahan blender dalam besen.
- Selepas itu masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul bagi sebati nak tambah perasa pun ikut suka.
- Dan masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge, dan gaul lagi.
- Tambah apa yang rasa tak cukup yang penting gabungan rasa pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik serai, lengkuas bersatu dan berpauk dengan mesra.
Sumber: Nor Haida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Campur Udang
Bahan-bahan
- Cili api
- Kunyit hidup
- Udang
- Pucuk paku
- Santan
- Air
- Garam
- Megi cukup rasa
Cara buat Masak Lemak Pucuk Paku Campur Udang
- Tumbuk cili api dan kunyit hidup.
- Masukkan bahan di tumbuk tadi ke dalam periuk.
- Hidupkan api masukkan udang. Selepas itu masukkan air & santan.
- Kacau lagi sampai menggelegak (kena kacau selalu jangan sampai pecah minyak).
- Selepas itu boleh masukkan pucuk paku.
- Perasakan garam & megi cukup rasa. Kacau lebih kurang siap.
Sumber: Norfadilah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Tumis Cencaluk Pucuk Paku
Bahan-bahan
- 1 ikat pucuk paku
- 2 sudu besar cencalok
- 1 sudu teh serbuk belacan
- 9-11 biji cili padi yang masak ranum di tumbuk
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1/2 biji bawang holand dimayang
- 1 kiub pati ikan bilis maggi
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara buat Tumis Cencaluk Pucuk Paku
- Basuh cuci pucuk paku dan toskan.
- Panaskan minyak masak.
- Tumiskan bawang putih dan bawang besar holand.
- Dah agak naik bau masukkan cili padi dan cencalok serta serbuk belacan.
- Goreng sampai garing api kecil ya.
- Akhir sekali masukkan pati ikan bilis dan pucuk paku tadi. Kacau sebati beberapa minit. Siap!
Nota : Tak perlu tambah garam , sbb cencalok belacan dan pati bilis dah masin. Kalau nak tambah aji terpulang pada selera masing-masing. Sajikan dengan nasi panas-panas.
Sumber: Zee Basir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan
Bahan-bahan
- Pucuk paku disiang
- Bawang besar
- Bawang putih
- Belacan
- Cabai burung
- Cabai besaq
- Sikit minyak untuk menggoreng
- Garam secukup rasa
Cara buat Pucuk Paku Goreng Belacan
- Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili besar, cabai burung dan belacan.
- Tumbuk kasar sahaja.
- Panaskan minyak, hiris sedikit cili besar dan bawang.
- Kemudian tumiskan bersama bahan ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan pucuk paku yang dah disiang tadi.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Siap.
Sumber: Ukhtiey Khairunnisa’ dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Aneka Menu Pucuk Paku.
Walau pun hanya sayur kampung namun pucuk paku dapat mencipta pelbagai jenis menu. Dibawah ini antara menu yang menggunakan pucuk paku sebagai bahan utama.
1. Kerabu Pucuk Paku
Kerabu pucuk paku adalah hidangan salad tempatan yang menggunakan pucuk paku sebagai bahan utama. Ia dicampur dengan parutan kelapa, cili padi, dan perencah istimewa yang memberikan rasa yang segar dan pedas.
2. Sambal Pucuk Paku
Sambal pucuk paku merupakan variasi masakan yang menggabungkan pucuk paku dengan rempah sambal yang pekat. Ia biasanya dimasak dengan belacan dan cili untuk menghasilkan rasa yang tajam dan pedas.
3. Goreng Pucuk Paku Belacan
Hidangan ini melibatkan pucuk paku yang digoreng dengan belacan dan cili, menghasilkan rasa yang kuat dan sedap. Ia merupakan pilihan popular dalam hidangan lauk kampung.
4. Tumis Pucuk Paku Ikan Bilis
Hidangan ini menggabungkan pucuk paku dengan ikan bilis yang ditumis bersama-sama, menghasilkan kombinasi rasa yang unik antara sayur dan protein dari ikan bilis.