Pekasam daging ialah sejenis hidangan tradisional yang berasal dari kawasan Melayu, iaitu daging yang diawetkan dengan cara diasinkan dan dikeringkan. Proses pembuatannya melibatkan penggunaan garam, rempah-ratus dan teknik pengawetan tradisional untuk menghasilkan daging yang boleh disimpan dalam tempoh yang lebih panjang.
Bahan utama termasuk daging lembu atau kambing yang dipotong nipis, garam, serbuk lada, dan rempah-ratus seperti jintan putih. Proses pembuatannya bermula dengan merendam daging dalam campuran garam dan rempah, kemudian dijemur di bawah sinaran matahari sehingga kering dan keras.
1. Resepi Pekasam Daging
Bahan-bahan
- Daging
- Garam kasar/halus
- Beras yang telah digoreng tanpa minyak
- Sedikit gula merah, asam jawa dan asam keping
- Daging pekasam
- Bawang besar
- Lada merah
- Cili padi
- Limau kasturi/nipis
- Sedikit minyak untuk mengoreng
Cara buat Pekasam Daging
- Potong daging sebesar tapak tangan. Bersihkan daging & toskan air, perah air daging sampai betul-betul kering.
- Lumurkan daging dengan garam biar lebih sikit tak apa, masukan daging di dalam bekas yang boleh ditutup dan simpan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku ). Biarkan sampai esok.
- Kisar beras yang digoreng tanpa minyak sehingga halus. Keluarkan daging dari bekas, selepas tu basuh daging dan toskan. Taburkan sedikit gula dan dan air asam jawa.
- Kemudian lumurkan separuh beras kisar pada daging tu. Sediakan bekas untuk peram daging selapis daging, taburan beras, garam dan asam keping, buat bersilih ganti sehingga selesai kesemuanya
- Tutup ketat-ketat bekas yang digunakan dan simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk. Selepas seminggu bolehlah dimasak.
- Masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama (jangan simpan di tempat yang beku).
- Potong daging pekasam nipis-nipis. Tak perlu basuh daging ni. Goreng dengan sedikit minyak.
- Bila daging dah masak, masukkan bawang besar, lada dan cili padi yang dipotong.
- Gaul sampai bawang dan lada layu masak. Angkat, perahkan asam limau.
Sumber: Aizah Zarirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Lauk Pekasam Daging
Bahan-bahan
- Daging pekasa
- Beras goreng
- Halia
- Serbuk kunyir
- Sos tiram
- Sos cili
- Kicap manis
- Bawang
- Cili merah
Cara buat Lauk Pekasam Daging
- Daging (perap garam semalaman) + beras goreng.
- Rebus daging, buang air sekali. Rebus lagi, letak halia, tambah serbuk kunyit, sos tiram, sos cili, kicap manis.
- Letak sikit garam, biar mendidih sampai air daging tu sikit, letak minyak dua sudu makan.
- Dah hampir kering, masukkan bawang + cili merah. Siap!
Sumber: Afira Watie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kailan Pekasam Daging
Bahan-bahan
- 100gm pekasam daging
- 2 genggam kailan.
- 2 biji bawang merah dipotong
- 2 ulas bawang putih dipotong
- 2 biji cili padi diketuk
- 1 biji cili merah dipotong
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos ikan
Cara buat Kailan Pekasam Daging
- Tumis daging pekasam dah agak masak tumis letak bahan potong & perasa lain.
- Beras satu cawan goreng sangai tanpa minyak sampai bertukar perang. Blender kering, jangan halus sangat. Hancur sikit.
- Daging tadi digaul dengan garam satu senduk, gula setengah senduk. Letak asam keping atau air perahan limau dan gaul lagi dengan beras yang diblend tadi.
- Perap dalam bekas, letak luar peti ais.
- Dalam seminggu dah boleh goreng bersama petai lada dan bawang.
Sumber: Shai Anne Ahemed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Masak Pekasam Daging
Bahan-bahan
- 1 pek daging pekasam
- 2 ulas bawang besar
- 1 biji cili besar @ 3 biji cili api
- 2 senduk minyak masak
Cara buat Masak Pekasam Daging
- Asingkan daging dengan serbuk pekasam.
- Daging tak perlu dibasuh.
- Hiriskan daging nipis.
- Panaskan minyak dengan api yang sederhana.
- Masukkan daging apabila minyak telah panas.
- Kacau daging hingga separuh garing.
- Masukkan serbuk pekasam dan gaul bersama daging.
- Serbuk Pekasam tak perlu digoreng garing.
- Masukkan bawang dan cili yg telah dihiris.
- Gaulkan sekejap.
- Tutup api boleh dihidangkan.
Sumber: Nurliyana Shukri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Daging Yang Melalui Kaedah Penghasilan Istimewa?
Pekasam daging ini sedap dimakan bersama nasi putih, ini pun dah cukup menyelerakan. Jom semak juga cadangan menu daging yang lain ini. Yang pastinya, semua menyelerakan!
1. Daging Salai
Daging salai merupakan hidangan tradisional yang dibuat dengan cara membakar atau mengasap daging sehingga menghasilkan rasa yang unik dan warna yang perang. Ia biasanya menggunakan kayu keras tertentu untuk menghasilkan rasa asapan yang khas.
2. Dendeng
Dendeng adalah sejenis daging yang dipotong nipis dan dikeringkan dengan cara dijemur atau dibakar. Ia biasanya dibumbui dengan campuran rempah-ratus seperti lada hitam, garam, dan sedikit gula untuk menghasilkan rasa yang sedap.
3. Serunding Daging
Serunding daging dibuat dengan cara menumbuk atau mengisar daging yang telah dimasak sehingga menjadi seperti serbuk. Ia biasanya digoreng bersama kelapa parut dan dibumbui dengan rempah-ratus untuk menghasilkan rasa yang kaya.
4. Daging Kering
Daging kering merupakan hidangan yang dibuat dengan cara mengeringkan daging di bawah matahari atau menggunakan alat pengering. Ia biasanya dibumbui dengan pelbagai rempah untuk menghasilkan rasa yang mendalam.