Pancake merupakan sejenis kuih atau roti nipis yang diperbuat daripada adunan tepung gandum, telur, susu dan sedikit garam. Ia merupakan hidangan yang popular di seluruh dunia dan boleh dihidangkan dengan pelbagai topping seperti madu, sirap maple, atau buah-buahan.
Untuk menyediakan pancake, campurkan 2 cawan tepung gandum, 2 biji telur, 2 cawan susu, 1 sudu teh soda bikarbonat, dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati. Panaskan kuali leper dengan api sederhana, tuang satu senduk adunan dan masak sehingga gelembung terbentuk di permukaan. Terbalikkan pancake dan masak sebentar lagi sehingga keemasan.
1. Resepi Pancake Gebu Gebas
Bahan-bahan
- telur 4 biji
- tepung gandum (ikut kepekatan bancuhan). 5/6 sudu besar sudah memadai
- fresh milk (ikut sukatan tepung, tapi jangan terlalu cair)
- baking powder 1 sk
- sedikit essen vanilla
- garam
- gula
- olive oil/butter yang dicairkan dalam 3 sudu
Cara buat pancake
- Asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang
- Dalam bekas lain campurkan bahan-bahan yang lain dan kacau sekata
- Bila semua bahan sebati, masukkan putih telur yg dipukul tadi dan kacau menggunakan sudu sampai adunan nampak cantik
- Masak guna api sederhana tanpa minyak . Siap!
Sumber: Siti Safuraa Hamzah dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Japanese Fluffy Pancake
Bahan-bahan
Bahan A
- 2 biji kuning telur
- 40 gm superfine flour
- 1/2 sk baking powder
- 1/2 sk esen vanilla
- 25 gram fresh milk full cream
Bahan B
- 2 biji putih telur
- 25 gram gula kastor
- 1 sk jus lemon/cuka
Cara buat pancake
- Adunkan semua bahan A
- Whisk (putar) bahan B sampai kental
- Kemudian satukan dua adunan tersebut
- Letak butter atas non stick pan dan masak
Tips:
- Boleh hidang bersama strawbery atau raspbery compote atau jem, ice cream dan hiaskan dengan whipped cream
Sumber: Ruzita Mohamed dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Pancake Segera
Bahan-bahan
- 1 pek pancake coklat (boleh didapati di kedai Eco)
- 1/2 sb unsalt butter
- 1 biji telur ayam
- 140 ml susu cair
- 1 sb gula (kurangkan 1/2 jika nak makan dengan sirap coklat/madu)
Cara buat pancake
- Cairkan dulu unsalt butter
- Tambahkan susu cair dan gula. Kacau sebati dan suamkan
- Masukkan ke dalam adunan telur dan tepung. Whisk hingga sebati. Biarkan 5 minit
- Sapu butter pada kuali rata dengan api kecil sahaja
- Tuang satu senduk adunan pancake. Biarkan 1 minit 30 saat dan terus balikkan dan tunggu lagi 1 minit 30 saat dan angkat
Tips:
- Setiap kali nak bakar, oles butter sikit untuk dapat permukaan cantik. Guna api kecil untuk elak hangit serta timing tepat mainkan peranan di step ini
Sumber: Ben Safwan dari Masak Apa Hari Ni
Apa Alternatif Bagi Menu Pancake?
Pancake memang enak dijadikan sarapan mahupun minum petang. Namun ada beberapa lagi menu yang boleh dicuba bagi menggantikan Pancake. 5 antaranya adalah:
1. Waffle
Waffle adalah sejenis makanan yang dibuat menggunakan adunan yang hampir sama dengan pancake, tetapi dimasak menggunakan acuan waffle khas yang memberikan corak kotak-kotak pada permukaannya. Ia popular sebagai hidangan sarapan atau pencuci mulut.
2. French Toast
French Toast atau roti celup telur adalah roti putih yang dicelup dalam campuran telur, susu dan sedikit gula, kemudian digoreng sehingga keemasan. Hidangan ini sangat popular di kebanyakan negara Barat dan kini telah menjadi pilihan ramai di Malaysia.
3. Crepe
Crepe adalah sejenis pancake nipis yang berasal dari Perancis. Ia dibuat menggunakan adunan yang lebih cair berbanding pancake biasa dan boleh diisi dengan pelbagai inti manis atau masin mengikut citarasa.
4. American Biscuit
American Biscuit adalah sejenis roti lembut yang dipanggang, dibuat daripada tepung, mentega dan susu. Ia berbeza daripada biskut biasa kerana teksturnya yang lebih lembut dan biasanya dihidangkan sebagai hidangan sarapan.
5. English Scone
Scone adalah sejenis roti bakar yang dipanggang, berasal dari United Kingdom. Ia dibuat menggunakan tepung, mentega dan susu, dengan tekstur yang padat tetapi lembut. Biasanya dihidangkan dengan jem dan krim.