Muffin pisang ialah sejenis kuih yang diperbuat daripada pisang yang dilenyek dan dicampur dengan tepung, telur, mentega, susu, soda penaik dan gula. Ia merupakan sejenis kuih yang sangat popular di seluruh dunia dan sering dijadikan pilihan untuk sarapan atau hidangan ringan.
Untuk menyediakan muffin pisang, campurkan bahan-bahan kering seperti tepung, soda penaik dan garam. Kemudian, gabungkan bahan basah seperti pisang lenyek, telur, mentega cair, susu dan gula. Gaul kedua-dua campuran sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180°C selama 20-25 minit.
1. Resepi Muffin Pisang
Bahan-bahan
Bahan A
- 6 biji putih telur
- 1 cawan gula
- 2 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
- 6 kuning telur
- 6 sb susu pekat
Bahan C
- 2 cawan margerin (dicairkan)
- 4 cawan tepung gandum
- 4 sk baking powder
- 1 sk soda bikarbonat
Bahan D
- 1 cawan pisang (dilecek)
Bahan lain
- Chocolate chips
Cara buat Muffin Pisang
- Asingkan telur putih dari telur kuning.
- Pukul telur putih,gula dan esen vanilla hingga kembang dan gebu (8-10 minit) (guna mixer).
- Masukkan telur kuning dan susu pekat.pukul lg (5 minit).
- Berhentikan mixer.
- Masukkan margerin berselang seli dengan campuran tepung,baking powder dan soda.
- Kaup balik guna senduk.
- Masukkan pisang.gaul rata.
- Kemudian masukkan bancuhan ke dalam cup kertas. (1/2 bahagian)
- Letak sedikit chocolate chips.tambah sedikit lagi bancuhan.
- Taburkan chocolate chips di permukaan bancuhan.
- Panaskan oven.
- Bakar bancuhan kek pd suhu 170C selama 25 minit.
- Bila dah masak, biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas tertutup.
Nota :
1 cawan = 250 ml
telur = grade B
tepung gandum = bakers’ choice
Sumber : Zainoor Aliza Ali dari BIKMM
2. Resepi Muffin Pisang Coklat
Bahan-Bahan
Bahan kering:
- 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar serbuk kokok
- 1 sk baking soda
- 2 sk baking powder
- 1 sk garam
Bahan basah
- 1/2 cawan pisang berangan/emas yang sudah dilenyek
- 1 cawan minyak masak
- 3/4 cawan gula perang
- 2 biji telur gred A yang dipukul sedikit
- coklat chip secukupnya
- kekacang jika suka (optional)
Cara buat Muffin Pisang Cokelat
- Panaskan oven suhu 160°C selama 15 minit.
- Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Campurkan semua bahan basah ke dalam mangkuk lain dan kacau rata.
- Masukkan bahan kering yang sudah diayak ke dalam campuran bahan basah. Kacau dengan hingga sebati sahaja.
- Letakkan kertas muffin ke dalam dulang muffin. Cedokkan adunan tadi sehingga 3/4 penuh. Taburkan coklat chip di atas adunan muffin tadi.
- Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
- Siap
Sumber : Zulfaza Love Cooking ZLC
3. Muffin Pisang Almost Perfect 10
Bahan-Bahan
- Pisang berangan/molek 3-4 biji ~ dilecek (pakai 4 biji supaya muffin lebh moist)
- 1 biji telur ~ dipukul sedikit
- 1/3 cawan butter ~ dicairkan
- 1/2 cawan gula (atau lebih ikut suka)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
Cara Buat Muffin Pisang Almost Perfect 10
- Panaskan oven pd suhu 180C
- Bahan bertanda – dicampur sekaligus
- Bahan bertanda – diayak sekaligus
- Campurkan kedua2 bahan , gaul sebati guna spatula.
- Tak perlu kacau beria sangatgt sebab nanti muffin jadi keras.
- Isikan adunan hingga 3 suku penuh dlm papercup yg diletak dlm tray muffin.
- Hiaskan ikut suka.
- Bakar selama 15-20min bergantung pd jenis oven.
Sumber : Roziati Abdul Rahman dari Masak Apa Hari Ini
4. Muffin Pisang Bercoklat
Bahan-bahan
- 4 biji pisang emas – lenyekkan
- 2 cawan tepun naik sendiri (Self Raising Flour)
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan gula castor
- 4 biji telur
- 1 cawan minyak jagung/masak
- 1 sudu teh esen pisang
- 1 sudu teh esen vanila
Cara buat Muffin Pisang Bercoklat
- Masukkan semua bahan kecuali pisang kedalam pengisar (blender).
- Kisar hingga sebati.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek.
- Kisar sekejap.
- Masukkan dalam acuan cup cake.
- Hias dengan chocolate chip/chocolate rice.
- Masukkan ke oven
- Bakar acuan dalam suhu 170 dan masa 35 minit.
- Siap
Sumber : Shazana Salleh dari Meh Buat Roti dengan BM Noxxa.
Variasi Pemanis Mulut Dari Buah Dan Sayur.
Resepi muffin pisang ini antara pemanis mulut atau dessert yang senang sekali dibuat dan dimasak. Sesuai dihidangkan panas-panas tak kira waktu. Lagi best makan dengan keluarga. Selain pisang, buah dan sayuran lain juga boleh dibuat pencuci mulut. Contohnya seperti carrot, epal dan blueberry. Ini 3 menu pemanis mulut yang berasaskan buah dan sayur:
1. Carrot Cake
Carrot cake ialah kek yang diperbuat daripada lobak merah yang diparut halus dan dicampur dengan tepung, telur, minyak sayuran, dan perasa seperti kayu manis. Kek ini biasanya dihias dengan krim keju putih di bahagian atas.
2. Blueberry Muffin
Blueberry muffin ialah sejenis muffin yang diperbuat dengan buah blueberry segar atau kering. Ia mempunyai rasa manis dan masam yang seimbang, menjadikannya pilihan popular di kedai-kedai kopi dan bakeri.
3. Apple Crumble
Apple crumble ialah sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada epal yang dipotong dan ditutup dengan campuran mentega, tepung dan gula yang dibakar sehingga keperangan. Ia merupakan hidangan klasik yang disukai ramai.