Mee udang merupakan hidangan popular yang menggabungkan mee kuning dengan udang segar dalam kuah yang pekat dan pedas. Hidangan ini menggunakan bahan-bahan seperti mee kuning, udang segar, bawang merah, bawang putih, cili kisar, sos tomato, kicap manis, telur, sayur-sayuran hijau dan perasa secukupnya.
Untuk memasaknya, tumis bawang dan cili sehingga wangi, masukkan udang dan masak sehingga bertukar warna. Tambah air, sos tomato dan kicap, biarkan mendidih. Masukkan mee yang telah dicelur, gaul rata dan tambah telur. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan hidangkan panas-panas.
1. Resepi Mee Kuah Udang Penang Style
Bahan-bahan
- 1 Kg udang besar
- 3 bungkus mee kuning
- 1 labu bawang putih – Dicincang
- 2bBiji bawang besar – Dimayang
- 1 Senduk Cili Boh/Cili Giling
- 1 Tin Kimball Tomato Soup Tin
- 1/2 bowl sos tomato
- 1 Bowl sos cili
- 1 Bowl sos tiram
- 1 Sudu makan gula
- 1 Sudu cukup rasa
- 3 Batang sawi
- 1 Biji tomato
- 3 Batang daun sup bawang
Cara nak buat Mee Kuah Udang Penang Style
- Tumis bawang putih kemudian masukkan bawang besar.
- Masukkan udang dan masukkan cili boh/cili giling kacau sampai pecah minyak dan udang separuh masak.
- Masukkan air (kalau ada stock air udang atau air rebusan ketam lagi sedap). Saya guna air rebusan ketam kali ini.
- Masukkan semua jenis sos diatas dan perasakan.
- Bila kuah dah menggelegak, masukkan sayur dan mee. Siap.
Sumber: Maznie Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Mee Udang
Bahan-bahan
Bahan kuah
- Cili blend-4 sudu besar
- Udang segar buang kulit-dalam 15ekor
- Minyak-3 sudu besar
- Bawang merah-4 ulas
- Bawang putih-2 ulas
- Garam
- Perasa
Bahan sambal
- Cili blend-1 mangkuk kecik
- Bawang merah-3 ulas
- Bawang putih-2 ulas
- Udang kering
- Minyak
- Garam
- Gula
- Perasa
*bawang merah & putih blend
*udang kering blend
Cara nak buat Mee Udang
Bahan kuah
- Air rebusan kulit udang agak banyak mana nak buat kuah.
- Tumis bawang merah & putih.
- Masukkan cili.
- Masak sampai pecah minyak.
- Masukkan air rebusan tadi.
- Masukkan garam & perasa.
- Dah mendidih masukkn udang yang dah bersihkan tadi.
Bahan sambal
- Tumis bawang yang blend tadi goreng sampai kekuningan.
- Masuk udang kering yang dah blend.
- Dah agak kekuningan masuk cili blend.
- Masuk garam, gula & perasa.
- Masak sambal sampai garing tapi jangan sampai hangit.
- Sayur kangkung rebuskan letak minyak masak sikit.
- Celur mee kuning.
Sumber: Erma Sobri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Mee Udang Mudah
Bahan-bahan
Bahan kuah
- 2 biji bwg besar
- 2 biji bwh kecil
- 2 ulas bwg putih
- Cili kering
- Blender semua
- Udang
- 1 tin kacang panggang
- 1 senduk sos cili
- 1 bji tomato belah 4
- 1 senduk kecil minyak masak
- 3 tin air
- 5 sudu besar serbuk kacang tanah
- 3 sudu besar gula pasir
- Garam secukup rasa
Bahan mee
- Mee kuning 2 bungkus basuh & celur dan keringkan
- Telur rebus
- Daun sup
- Tauhu
- Limau kasturi belah 2
- Cili merah potong halus
- Bawang goreng
Cara nak buat Mee Udang Mudah
- Panaskan minyak, bila minyak dah panas, masukkan bahan yang kita blender tadi tumis sampai agak garing sikit.
- Selepas itu masukkan cili sos bila agak dah garing masukkan kacang panggang dan masukkan terus 3 tin air (guna penyukat tin kacang panggang) dan masukkan tomato yang kita belah 4 tadi.
- Selepas itu masukkan serbuk kacang tanah, dah mendidih sedikit masukkan udang, 3 sudu besar gula & garam secukup rasa.
- Selepas itu biarkan kuah mendidih & udang cukup masak tak perlu lama lebih kurang 7-8minit dan siap.
Sumber: Zin Rose Perodua dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mee Udang 5 Minit
Bahan- bahan
Cara nak buat Mee Udang 5 Minit
- Tumis bawang putih, masukkan cili boh.
- Masukkan air, masak sekejap sehingga mendidih, masukkan sos cili.
- Masukkan udang, pecahkan telur, garam, perasa.
- Masukkan sayur last skali.
- Masukkan mee ke dalam kuah masak sekali sekejap. Mee campur sekali kuah lebih sedap. Kuah meresap ke dalam mee.
Sumber: Faranasuha Habidi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Kombinasi Makanan Laut Yang Popular?
Selain Mee Udang, makanan laut yang lain juga tidak kurang enaknya jika bergandingan dengan mee. Antara makanan laut lain yang popular dimakan dengan mee adalah:
1. Mee Goreng Sotong
Hidangan ini menggunakan sotong segar sebagai protein utama yang dimasak bersama mee kuning dengan pelbagai rempah ratus dan sos. Cara memasaknya hampir sama dengan mee goreng biasa tetapi dengan tambahan sotong yang dipotong cincin.
2. Mee Kari Ketam
Mee yang dihidangkan dengan kuah kari yang pekat bersama isi ketam yang manis. Masakan ini popular di kawasan pesisir pantai dan rumah makan mahupun restoran seafood.
3. Mee Bandung Udang Galah
Variasi mee bandung yang menggunakan udang galah sebagai protein utama. Kuahnya yang merah jambu dengan gabungan rempah ratus, santan dan susu memberi rasa yang unik.
4. Mee Hoon Sup Ketam
Hidangan yang menggabungkan mee hoon dengan sup ketam yang jernih dan segar. Biasanya dihiasi dengan daun bawang dan bawang goreng.
5. Mee Goreng Seafood
Hidangan mee goreng yang menggabungkan pelbagai hidangan laut seperti udang, sotong dan ketam. Dimasak dengan gaya ‘kung pao’ atau sos tiram yang memberi rasa istimewa.