4 Resepi Bihun Tomyam

5/5 - (1 vote)

Bihun tomyam adalah sejenis hidangan berkuah pedas masam yang menggabungkan bihun (mi beras nipis) dengan kuah tomyam yang kaya dengan rempah ratus. Hidangan ini merupakan adaptasi daripada sup tomyam Thailand yang popular, tetapi disesuaikan dengan citarasa tempatan Malaysia. Kuah tomyam yang berperisa pedas, masam, masin dan manis menjadikan hidangan ini sangat digemari sebagai makanan berkuah yang menyegarkan.

Bihun tomyam biasanya dihidangkan dengan pelbagai bahan pelengkap seperti udang, ayam, telur, sayur-sayuran dan tahu. Hidangan ini sesuai untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam, dan sering dijumpai di kedai makanan, gerai pinggir jalan dan rumah makan di seluruh Malaysia.

1. Resepi Bihun Tomyam Kung

Bahan-bahan

  • Bwg bsr 3bj
  • Bwg putih 4ulas
  • Tomato 2bj
  • Cili kering segenggam

Kasar bahan di atas

Cara nak buat Bihun Tomyam Kung

  1. Tumis bahna blend + serai 5-6btg & daun limau purut agak dah wangi masukkan ayam@seafood.
  2. Dan masukkan kiub tomyam knorr dan 5-6 sudu paste tomyam.
  3. Perasakan garam & gula bila dah didih baru tuang susu cair setengah tin last masukkan sayur & daun ketumbar cili api jangan lupe ketuk siap masukkan susu kacau jangan sampai berketul.

Sumber: SuRiani RaHim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan

  • Bihun
  • Minyak masak
  • Bwg putih + bwg besar bland
  • Serai diketuk
  • Daun limau purut
  • Asam keping
  • Ayam/ikan/sotong/udang (ikut cita rasa)
  • Garam
  • Gula
  • Sayur (kobis,carrot)
  • Cili potong

Cara nak buat Bihun Goreng Tomyam

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang blend dan serai, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, air, daun limau purut, asam keping, garam dan gula. Kaup balik. Tunggu hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bihun, kaup balik bihun, tekan bihun biar dia tenggelam dalam rencah. Perlahankan api. Tutup kuali dengan penutup sehingga rencah kering. Buka penutup dan kaup balik. Masukkan sayur yang disukai.
  4. Kalau rasa bihun keras boleh tambah air panas, kaup balik. Perlahankan api dan tutup dengan penutup kuali. Bila bihun dan masak, boleh padamkan api.

Sumber: Mardhiyyah Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bihun Tomyam Pekat

Bahan-bahan

  • Celur bihun
  • 1/4 ekor ayam – potong kecil2
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu perencah tomyam
  • Pelbagai sayuran
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu susu cair
  • 1 biji limau kasturi
  • Air

Cara nak buat Bihun Tomyam Pekat

  1. Masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, dan masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika.
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya.
  5. Selepas itu masukkan susu cair 2sudu, garam, gula dan tomato.
  6. Siap untuk dimakan.

Sumber: Dura Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Bihun Goreng Tomyam Merah

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mihun – rendam 15minit- 1/2 jam. Bila dah agak lembut, toskan
  • Beberapa ekor udang

*Tips

*-kulit & kepala udang, basuh bersih, blend dan toskan. Ambil air utk masuk dalam bihun nanti. Jadikan semangkuk kecil air

  • 1/4 bahagian dada ayam dipotong kecil

* boleh tambah sotong, jejari ketam (crab stick), fish ball, fish cake ikut yang sesuai dan kemampuan

Bahan rencah

  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • Sebiji bawang holland – dibelah dan hiris nipis
  • 2 batang serai – dimayang
  • 2 kiub perencah tomyam (knorr)@
  • 3-4 sb pes tomyam merah
  • 7-10 biji cili api – diketuk pecah-pecah (bagi yg gemar rasa lebih pedas)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb nampla (sos ikan @ kicap sotong)
  • 2-3 helai daun limau purut dimayang halus
  • Sayur-sayuran
  • Kobis – di potong panjang & nipis
  • carrot – dipotong pjg & nipis2
  • Bunga kobis- potong nipis/kecil @ ikut saiz yang sesuai
  • Putik jagung -belah 2@ 4 potong panjang
  • Sawi – jika suka
  • 2 biji tomato – dihiris nipis
  • @ beberapa biji tomato cherry dibelah 2 setiap satu.
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan tambahan

  • Daun ketumbar @
  • Ketumbar jawa dihiris untuk hiasan semasa dihidangkan

Cara nak buat Bihun Goreng Tomyam Merah

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland & serai hingga wangi. Tambah cili padi yang diketuk, daun limau purut.
  2. Masukkan ayam dan kacau, biarkan seketika.
  3. Masukkan perencah tomyam (kiub atau pes), sos tiram, biar mendidih seketika, nampak seperti pecah minyak.
  4. Masukkan udang dan bahan lain yang ada (crab stick, sotong, fish ball, fish cake).
  5. Tambah semangkuk kecil air (campuran kepala udang dan kulit udang yang diblend dan tapis), garam, gula & serbuk perasa secukup rasa.
  6. Yang suka basah, boleh lebihkan sedikit air.
  7. Masukkan sayuran dan kemudian bihun.

Sumber: Rusuzaimi Ishak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi 5 Hidangan Berkuah Selain Bihun Tomyam?

1. Mee Kari

Mee kari adalah hidangan mi berkuah kari yang kaya dengan santan dan rempah-rempah. Kuah kari yang pekat dan aromatik menjadikannya pilihan popular untuk sarapan atau makan malam. Biasanya disajikan dengan mi kuning, taufoo pok, taugeh, dan telur rebus.

2. Laksa Johor

Laksa Johor adalah hidangan tradisional yang menggunakan spaghetti sebagai gantinya mi biasa, dihidangkan dengan kuah ikan yang kaya rasa. Kuah laksa ini mempunyai rasa yang unik dengan campuran ikan, santan, dan rempah-rempah tempatan. Dimakan dengan cara yang khas menggunakan tangan tanpa menggunakan senduk.

3. Mee Rebus

Mee rebus adalah hidangan mi berkuah pekat yang diperbuat daripada kuah kentang, udang kering, dan rempah-rempah. Kuah yang pekat dan manis ini mempunyai tekstur yang kental dan rasa yang kompleks. Biasanya dihias dengan telur rebus, taugeh, taufoo, dan bawang goreng.

4. Mee Bandung

Mee bandung adalah hidangan berkuah merah yang menggunakan sos tomato dan chili sebagai asas kuahnya. Kuah yang berwarna merah terang ini mempunyai rasa masam manis yang menyegarkan. Selalunya disajikan dengan mi kuning, udang, sotong, telur, dan sayur-sayuran.

5. Mee Siam

Mee siam adalah hidangan mi berkuah asam yang menggunakan asam jawa sebagai bahan utama untuk memberikan rasa masam yang khas. Kuah yang jernih dan menyegarkan ini biasanya dihidangkan dengan mi bihun, taugeh, taufoo, dan telur. Rasanya yang ringan dan segar menjadikannya sesuai untuk cuaca panas.

Leave a Comment