Mee rebus adalah hidangan mi kuning yang popular di Malaysia dan dihidangkan dengan kuah kacang yang pekat. Bahan-bahan utama termasuk mi kuning, ubi kentang, kacang tanah kisar, taugeh, daun sup, hirisan telur rebus, kacang panjang, limau nipis dan bawang goreng.

Cara memasak dimulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih dan rempah halus sehingga wangi. Masukkan air, ubi kentang dan kacang tanah yang telah dikisar, didihkan sehingga kuah pekat. Rebus mi berasingan, kemudian letakkan dalam mangkuk dan tuang kuah. Hiaskan dengan bahan-bahan pelengkap dan hidangkan panas.

1. Resepi Mee Rebus Mak

Ini rahsia turun-temurun dari mak sendiri.

Bahan-bahan

Bahan A (di blend semua)

  • 1 genggam cili kering direbus
  • 5 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 biji tomato

Bahan B

  • air asam jawa 1 cawan
  • gula 10 sb
  • garam
  • sup bunjut
  • 3 biji keledek merah di rebus dan blend halus

Bahan C

  • 500g udang hidup sederhana besar
  • Kulit dikopek dan rebus kulitnya
  • Blend dan tapis airnya. Simpan sedikit air rebusan untuk bancuh cucur udang
  • Isi udang. Separuh dimasuk dalam kuah, separuh untuk buat cucur udang


Bahan lain

  • Mee
  • telur rebus
  • sawi (dipotong dan celur)
  • cili hijau dan merah di hiris
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • tauhu
  • limau kasturi
  • Udang kering. Disangai dan diblend kering (tabur atas mee)


Cara buat Mee Rebus Mak

Cara buat kuah

  1. Tumis bahan A sampai naik minyak
  2. Masukkan air asam jawa
  3. Masukkan keledek dan tumis lagi
  4. Masukkan bahan C stok air udang dengan udangnya sekali
  5. Masukkan sup bunjut
  6. Masukkan air secukupnya
  7. Perasakan dengan garam gula

Tips:

  • Kuah harus di masak lama dengan api kecil supaya bahan sebati mesra

Cara buat cucur udang

  1. Ambil sedikit air rebusan udang
  2. Udang di cincang halus berserta kucai
  3. Bancuh dengan tepung, kunyit, garam
  4. Biarkan bancuhan cair sedikit supaya garing
  5. Goreng nipis-nipis dan garing

 

Sumber: Junainah Alimuslim dari Masak Apa Harini

 

2. Resepi Mee Kuah Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 paket mee kuning (bihun/kuetiow)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • Sedikit lada hitam ditumbuk
  • 2/3 biji telur ayam
  • Ayam/Daging/Tulang/Udang/Sotong
  • 1 paket fishball
  • 2 ketul kiub ayam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Sawi
  • Tomato
  • Cili besar merah atau hijau

Cara buat Mee Kuah Kelantan

  1. Campurkan bawang putih, bawang besar, lada hitam dan tumis sampai kekuningan
  2. Masukkan ayam dan kaup balik seketika
  3. Masukan air terpulang pada banyak kuah yang mahu
  4. Selepas kuah mendidih masukkan kiub ayam
  5. Setelah ayam masak, masukkan fishball dan sayur-sayur
  6. Biar mendidih seketika. Masukan telur dan jangan dikacau
  7. Biarkan telor masak seketika
  8. Tutup api dan masukan mee
  9. Taburkan daun sup dan bawang goreng
  10. Sedia untuk dihidang

Tips:

  • Sediakan sambal kicap atau cili jeruk untuk lebih menyelerakan

 

Sumber: Azura haron dari Masak Apa Harini

 


3. Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan

  • Mee kuning 1 bungkus
  • Ayam potong kecil/seafood
  • Telor
  • Lada hitam 2 sk
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Air secukupnya
  • Bahan perasa
  • Air asam jawa sedikit
  • Sayur-sayuran
  • Kobis
  • Sawi madu
  • Tomato
  • Carrot
  • Cili besar


Cara buat Mee Rebus Terengganu

  1. Panaskan minyak, tumis lada hitam, bawang merah dan bawang putih
  2. Sesudah naik bau, masuk ayam atau seafood
  3. Setelah sebati masukkan air
  4. Masukkan sayur, air asam jawa
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Pecahkan telor sebji-biji. Tidak perlu kacau. Biarkan ia masak
  7. Masukkan mee dan siap

Tips:

  • Mee di makan panas-panas. Jangan di biar lama nanti kembang
  • Jika hendak makan kemudian, asingkan mee dengan kuah. Mee dicelur seketika
  • Tuang sedikit sos cili atau makan dengan cili jeruk, perah asam limau sedikit
  • Makan dengan sambal kicap

 

Sumber: Norashikin Ismail dari Masak Apa Harini

 

Apa Lagi Menu Mee Yang Popular?

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada penggemar mee rebus. Tidak kira apa-apa pun versinya, masakan sendiri pastinya terdapat sentuhan isitimewa dan kasih sayang. Jangan lupa untuk cuba resepi ini dan nikmati bersama keluarga. Selain mee rebus, ada beberapa lagi menu mee yang popular. Antaranya adalah:

1. Mee Goreng Mamak

Hidangan mi goreng yang dimasak dengan cara khas mamak, menggunakan kicap manis, cili, sayur-sayuran dan telur. Mi kuning digoreng dengan bumbu rempah khas sehingga wangi dan berperisa.

2. Mee Bandung

Hidangan mi berkuah merah yang berasal dari Johor. Kuahnya diperbuat daripada campuran pes udang, tomato dan rempah ratus yang memberikan rasa manis dan pedas yang unik.

3. Mee Curry

Hidangan mi dengan kuah kari yang kaya dengan santan dan rempah ratus. Biasanya dihidangkan dengan ayam, fishcake, taugeh dan daun bawang.

4. Mee Siam

Hidangan mi bihun yang dihidangkan dengan kuah asam manis. Kuahnya dibuat daripada campuran belacan, asam jawa dan rempah ratus.

5. Mee Hoon Sup

Hidangan mi bihun dalam sup ayam yang jernih dan berkhasiat. Dimasak dengan sayur-sayuran, hirisan ayam dan rempah sup yang memberikan rasa yang menyegarkan. Copy

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply