Mee kari merupakan hidangan berkuah yang popular dalam masakan Malaysia. Ia terdiri daripada mee kuning yang dihidangkan bersama kuah kari yang pekat dan berempah.
Bahan utama mee kari termasuk mee kuning, daging ayam atau udang, kentang, telur, taugeh, dan kuah kari yang dibuat daripada santan, rempah kari, dan campuran herba tempatan.
1. Resepi Mee Kari Mudah
Bahan-bahan
- 2 tangkai daun kari
- 2 batang serai (dititik)
- 3 sekawan
- 4 biji bawang besar*
- 3 batang serai bahagian putih sahaja*
- 1 inci halia*
- 5 ulas bawang putih
- Cili kering
- Udang kering
- Rempah kari ikan
- 1 kotak santan 200ml
- 2 kiub daging
- 3 keping asam keping
- 5 sudu gula melaka
- Udang, sotong, isi kerang, daging, fishball dan fishcake
Bahan-bahan lain
- Mee (dicelur)
- Bahan sampingan (cili merah, cili hijau, sawi dicelur, telur rebus, dan limau kasturi)
Cara buat Mee Kari Mudah
- Kisar bahan bertanda * dan asingkan. Kisar pula cili kering dan udang kering.
- Panaskan minyak, dan tumis daun kari, 3 sekawan dan serai. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar, dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan udang dan cili kering yang telah dikisar tadi.
- Campurkan air pada rempah kari ikan, dan masukkan ke dalam kuali.
- Masak sehingga pecah minyak dan garing.
- Masukkan gula melaka, kiub daging dan asam keping. Gaul sebati.
- Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan udang, sotong, isi kerang, daging, fishball dan fishcake, masak sehingga kuah mendidih dan bahan mentah masak secukupnya.
- Perasakan dengan garam. Boleh tutup api.
- Sedia dihidang bersama bahan sampingan.
[su_panel]
Tips:
Untuk bagi kuah pekat, rebus kentang dan lenyekkan, masukkan ke dalam kuah.
[/su_panel]
Sumber: Nur Kasih Fiezaimi Fiza dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Mee Kari Sedap
Bahan-bahan
- 2 biji bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 4 sb rempah kari daging*
- 1 senduk cili blend*
- 1 sb rempah kari ikan*
- 1/2 sb garam*
- Sedikit perasa*
- 3 tangkai daun kari*
- 1 1/2 cawan air*
- 1 biji kelapa (diperah bersama 4 cawan air untuk dijadikan santan)
- Isi kerang, daging, ayam, bebola ikan, tauhu kering, kek ikan
Cara buat Mee Kari Sedap
- Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Campurkan semua bahan bertanda * dan jadikan pes.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga agak garing. Masukkan pes dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan dan ayam. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih.
- Masukkan isi kerang dan bahan mentah lain, perasakan dan boleh tunggu sehingga masak.
Bahan-bahan lain
- Mi kuning (dicelur)
- Sawi (dicelur)
- Taugeh (dicelur)
- Cili besar dan cili padi (dipotong)
- Bawang goreng
- Telur rebus
Nota: Kalau guna daging, boleh masukkan daging dahulu setelah tumis rempah supaya daging empuk, kemudian baru masukkan santan.
Sumber: Hafizah Haron dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Mee Kari Simple Berhantu
Resepi ini adalah untuk 10 hidangan. Anda boleh adjust mengikut citarasa anda.
Bahan-bahan
- 1/2 kg udang
- 1/2 kg kerang
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
- 3sb serbuk lada kering
- 2 sb serbuk kari ikan
- 2 sb serbuk kari daging
- 1 batang kayu manis
- 2 ketul bunga lawang
- 2 biji bawang besar
- 1 biji bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 hiris halia
- 3 tangkai daun kari
- 1 ketul kiub pati ayam
- 1/2 kg santan
- 1 kg fishball
- 2 paket fishcake
Cara buat Mee Kari Simple Berhantu
- Ambil 1/3 kerang dan udang kemudian gorengkan separuh garing. Kemudian kisar dan ketepikan.
- Kisar juga bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
- Panaskan minyak, tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang yang sudah dikisar.
- Tumis sehingga garing.
- Masukkan serbuh lada kering, tumis lagi sehingga pecah minyak, masukkan serbuk kari ikan dan daging. Tumis lagi sehingga masak.
- Kemudian, masukkan kerang dan udang yang sudah dikisar. Masukkan air dalam 6 liter dan santan.
- Masukkan ayam, udang dan kerang.
- Perasakan dengan garam, gula dan kiub pati ayam. Masukkan fishball dan fishcake. Tunggu sehingga masak.
Bahan-bahan lain
- 1 kg taugeh (dicelur)
- 1kg lobak (dipotong dan dicelur)
- 1 biji kobis dipotong dan dicelur
- 1/2 kg daun bawang dan daun sup (dipotong halus untuk hiasan)
- Telur rebus
- Lada besar merah (dipotong nipis)
- Bawang goreng
- Tauhu goreng dan dipotong dadu
Setelah kuah dimasak, boleh hidangkan mi dan bahan-bahan lain. Potong limau kasturi untuk diperah dan menambah rasa.
Sumber: Yatie Farid dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Makanan Sampingan Yang Popular?
Jika anda tidak berapa gemarkan menu berempah, ini antara cadangan hidangan menu sampingan yang lain selain mee kari:
1. Nasi Lemak
Nasi lemak adalah makanan kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan. Hidangan ini biasanya disajikan bersama sambal, ikan bilis, telur, kacang, dan timun.
2. Laksa
Laksa merupakan sejenis mee berkuah yang popular di Malaysia. Ia mengandungi mee atau mihun yang dihidangkan dalam kuah berkrim yang diperbuat daripada santan, rempah-rempah, dan bahan tambahan seperti ikan atau udang.
3. Roti Canai
Roti canai adalah sejenis roti yang diperbuat daripada tepung, air, garam, dan minyak. Ia dimakan bersama pelbagai jenis kuah seperti dal, kari, atau sambal.
4. Char Kway Teow
Char kway teow adalah hidangan mee yang digoreng dengan api yang kuat. Ia mengandungi kway teow, telur, udang, cendawan, dan sayur-sayuran yang dimasak dengan sos kicap dan rempah.