Mee goreng mamak ialah sejenis hidangan mi yang dimasak menggunakan bahan-bahan seperti mi kuning, sayur-sayuran seperti kubis, lobak merah, dan taugeh, serta tauhu dan telur.
Cara masak mee goreng mamak adalah dengan menggoreng mi dan sayur-sayuran dalam kuali yang panas bersama dengan sos sehingga garing dan sayur-sayuran masak. Telur kemudiannya dipecahkan ke atas mi dan digoreng bersama sehingga masak.
Resipi Mee Goreng Mamak
1. Resepi Mee Goreng Mamak
Bahan-bahan
- Ayam/udang/sotong (ikut suka nak letak apa)
- Tauhu kering
- Sayur sawi
- Tomato
- Kuah kacang/kuah sate
- Sos tiram
- Kicap
- Cili boh
- Mee kuning
- Bawang merah
- Bawang putih
Cara buat Mee Goreng Mamak
- Tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ayam/sotong/udang. Masukkan cili boh tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan tauhu kering, sos tiram dan kuah kacang. Tumis lagi sehingga naik bau.
- Masukkan mee kuning, kicap, tomato dan sayur. Bubuh garam gula dan perasa secukupnya.
- Siap!
P/s : Kalau malas buat kuah kacang, beli je kuah kacang yang kat dalam tin.
Sumber: Afiafifah Afwan dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Mee Goreng Mamak Basah dan Pedas
Bahan-Bahan
- 600g Mi kuning
- 1 Bawang besar
- 5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
- 1 Tomato dihiris
- 3 biji telur saiz besar
- 2 cili hijau dihiris
- 2 tauhu dipotong kecil
- 10 fish ball dipotong separuh
- Sawi
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap pekat
- 3 sudu besar bawang goreng
- 2 sudu besar kacang tanah gorend dan dikisar kasar
- 2 cawan air (cawan pengukuran)
- Garam secukup rasa
Bahan untuk dikisar
- 8 ulas bawang putih
- 1 bawang saiz kecil
- 15g ikan bilis
- 5g udang kering
- 5 cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)
Cara buat Mee Goreng Mamak Basah dan Pedas
- Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.
- Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.
- Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, etc mengikut citarasa sendiri.
- Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.
- Masak sampai pecah minyak. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.
- Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
- Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
- Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak
- Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar.
- Kacau hingga sebati. Mee Goreng Mamak sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Shahmlah JD dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Pes Mee Goreng Mamak
Bahan-bahan
- 1 kg kacang dal
- 1/2 kg kacang tanah
- 100 gram cili kering
- 100 gram UDANG GERAGAU
Cara buat Pes Mee Goreng Mamak
- Goreng semua bahan dalam minyak yang banyak.
- Kemudian kisar semua bahan yang dah digoreng. Tumis bahan yang dikisar hingga naik minyak.
- Tambah garam dan gula secukupnya.
Sumber: Adnan Bin Mat Abu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mee Goreng Mamak Mudah & Simple
Bahan-bahan
- Tahu goreng
- Fish cake
- Bawang putih/bawang merah
- Cili kisar
- Mee kicap
- Sos tiram
- Serbuk perasa
- Telur
- Udang
Cara buat Mee Goreng Mamak Mudah & Simple
- Tauhu goreng dulu asingkan, fish cake/fish ball goreng dulu asingkan.
- Minyak yang sama goreng udang/sotong asingkan.
- Tumis bawang merah/putih guna minyak yang sama.
- Dah naik bau masukkan cili blend dalam 2 sudu cili dah garing masukkan air sikit -sikit dalam satu cawan.
- Masukkan kicap mee & sos tiram, tidak perlu tambah garam sebab kicap mee dengan sos tiram dah masin.
- Dah mendidih terus letak mee dulu.
- Kacau sampai mee agak masak pecahkan telur dulu (guna 2biji) dan kacau.
- Last sekali bubuh bahan goreng tadi udang, fish cake, dan tauhu.
Sumber: Nisa Adb dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
5. Resepi Mee Goreng Mamak Simple
Mee goreng mamak mempunyai peminat yang tersendiri terutam sekali di Pulau Pinang atau Penang. Bagi yang tidak tahu, yang membezakan mee goreng mamak dengan mee goreng biasa adalah mee goreng mamak mempunyai lebih banyak sajian sampingan yang terdiri daripada kuih rojak dan telur yang dipecahkan.
Bahan-bahan
- Mee goreng (untuk paket 1/2kg)
- Bahan kisar
- Cili kering
- 1 biji bwg bsr
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering (pilihan, tak letak pun tidak mengapa)
Bahan A
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar kicap pekat manis
- Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yang kita nak)
- Garam
- 1 sudu besargula (jika pedas boleh letak untuk seimbangkan rasa pedas, jika masak tidak pedas tidak perlu letak)
- Isi ayam
- Fish cake
Bahan B
- 4 – 5 biji telur (jika masak mee 1kg guna 9-10 biji telur, kalau kurang nanti tidak bersalut, kalau guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
- Mee
- Sawi
- Tauge
- Hirisan cili merah (guna cili api merah dan belah tgh)
Cara masak mee goreng mamak simple
- Tumis bahan kisar smpi pecah minyak.
- Masukkan bahan B satu persatu, masak sampi bahan sebati dan cukup rasa, baru masukkan telur.
- Kocak-kocak sekejap terus masukkan mee.
- Gaul sampi bersalut dengan bahan-bahan, dan terakhir baru masukkan sayur.
Sumber: Ziera Xiera dari Masak Apa Hari Ni
6. Resepi Mee Goreng Mamak Sedap
Bahan-bahan
- 1 bungkus mee kuning
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 4 ulas bawang putih (cincang)
- 1/2 mangkuk isi ayam
- 2 sudu besar cili boh
- 5 tauhu kering
- 1/2 biji lobak
- 1/2 mangkuk sayur
- 5 biji cherry tomato
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
Cara buat mee goreng mamak sedap
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam, tauhu dan lobak kacau sehingga masak.
- Masukkan semua bahan sos, garam dan sedikit air
- Masukkan mee, sayur dan telur kacau sebati.
Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni
7. Resepi Mee Goreng Mamak
Bahan-bahan
- Mee kuning satu bungkusan
Bahan A
- Telur 5biji
- Bawang merah 1 labu dihiris mayang
Bahan B
- Bahan-bahan kisar
- Bawang merah sebiji
- Bawang putih 6ulas
- Belacan
- Cili kering
Bahan C
- Isi ayam
- Fish cake
- Cucur mamak
- Tepung gandum 2 cawan, tepung beras 1 cawan, tepung jagung ¼ cawan, yis ¼, gula 2 sudu besar, garam dan air
- Perap setengah jam selepas itu goreng dengan minyak panas
Bahan D
- Kicap pekat 3 sudu besar
- Kicap ABC 2 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- Sos tomato 1 sudu besae
- Sos cili 1 sudu besar
- Pati ayam/perasa atau garam
Cara buat mee goreng mamak
- Panaskan minyak pecahkan telur,bila telur dah goreng asingkan.
- Letak minyk 2 sudu besar, masukkan bawang merah. Bila bawang merah dah naik bau,masukkan bahan B.
- Tunggu sampai pecah minyak baru masukkan bahan C.
- Apabila bahan C dah masak masukkan pula bahan D.
- Tunggu sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukan setengah cawan air, biarkan mendidih.
- Selepas itu masukkan mee kuning, masukan telur, cucur mamak, sawi atau kubis.
- Terakhir masukkan taugeh dan cili merah.
- Siap.
Sumber: Rani Genga dari Masak Apa Hari Ni
Selain Mee Goreng Mamak, Apa Makanan Yang Popular di Kedai Mamak?
Selain mee goreng mamak, terdapat 4 hidangan lain yang popular di kedai mamak seperti roti canai, nasi lemak, teh tarik dan Maggi goreng. Berikut ialah maklumat lanjut berkenaan makanan popular di kedai mamak:
1. Roti Canai
Roti canai ialah sejenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum dan digoreng sehingga garing. Ia sering dihidangkan dengan kari dhal atau kari ayam sebagai sarapan atau makan malam. Roti canai juga boleh dinikmati dengan gula atau susu pekat manis.
2. Nasi Lemak
Nasi lemak ialah hidangan nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan, dihidangkan bersama dengan sambal, ikan bilis, kacang, dan telur. Ia merupakan hidangan sarapan yang popular di kedai mamak, dan sering dijual pada awal pagi sehingga tengah hari. Nasi lemak juga boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk lain seperti ayam goreng atau rendang.
3. Teh Tarik
Teh tarik ialah minuman teh susu yang terkenal di kedai mamak. Ia diperbuat dengan mencampurkan teh hitam dan susu pekat manis, kemudian dituang berulang kali di antara dua bekas untuk menghasilkan buih yang tebal. Teh tarik sering dinikmati panas atau suam.
4. Maggi Goreng
Maggi goreng ialah hidangan mi segera yang digoreng bersama dengan sayur-sayuran, telur, ayam dan daging. Ia merupakan hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Maggi goreng sering menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan hidangan yang mengenyangkan dengan harga yang berpatutan.