Mee goreng ialah hidangan mi yang digoreng bersama sayur-sayuran dan protein pilihan. Bahan-bahan asas termasuk mi kuning, telur, kubis, lobak merah, taugeh, daun bawang, bawang merah, bawang putih, sos cili, sos tiram, kicap manis dan kicap cair.
Cara masak yang mudah bermula dengan menumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan telur dan protein pilihan, diikuti dengan sayur-sayuran. Akhir sekali, masukkan mi dan semua sos, kacau rata sehingga masak. Tabur dengan daun bawang dan hidangkan panas-panas.
1. Resepi Mee Goreng Mamak
Bahan-bahan
- Mee kuning 450g
- Lada kering
- Bawang Merah
- Bawang putih (blend)
- Sayur Sawi/Taugeh
- Fish cake/Fish ball
- Sotong/Udang
- Dua biji telur
- Kicap
- Seafood sos adabi
- Sos Cili
- Perencah Maggi Kari
- Garam
Cara masak Mee Goreng Mamak
- Kisarkan lada kering, bawang merah dan bawang putih.
- Tumis bahan kisaran tersebut hingga garing
- Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.
- Masukkan sotong ataupun udang dan fishcake atau fishball, megikut citarasa anda.
- Masukkan sayur dan telur lalu kacau sebati dan perasakan dengan garam.
- Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh dan gaul sebati sehingga masak.
Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Mee Goreng Campak-Campak
Bahan-bahan
- Satu bungkus Mee kuning
- Satu mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
- Dua biji telur
- Cili sos Cap Mudim
- Sos karamel
- Kicap manis
- Sos tiram
- Bawang putih dan merah
- Cili padi yang telah diketuk
- Sedikit garam
- Tauhu goreng
- Ayam
- udang (atau apa sahaja jenis seafood mengikut kesukaan anda)
- Tomato
- Sayur kubis
- Taugeh
- Sayur sawi
Cara buat Mee Goreng Campak-Campak
- Celurkan mee kuning dalam air panas.
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk sehingga kekuningan.
- Seterusnya, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
- Setelah itu, masukkan ayam dan udang lalu tuangkan kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel dan kacau secukupnya.
- Seterusnya, tambahlan sedikit air dan masukkan secubit garam.
- Masukkan mee kuning dan tambah semua sayur yang telah disediakan.
- Pecahkan 2 biji telur dan gaul semuanya sehingga masak.
Tips: Boleh tambahkan kicap untuk perasa
Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Mee Lidi Goreng
Bahan-bahan
- Satu paket mee lidi
- Bwang besar yang dihiris
- bawang putih yang telah diketuk
- Ayam/udang/sotong/isi ikan
- Sayur mayur
- cili kering yang telah dikisar
- kicap pekat
- sos tiram
- sos cili
- garam
- gula
Cara buat Mee Lidi Goreng
- Rebuskan mee lidi tersebut sehingga lembut tetapi tidak terlalu lembik.
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan udang kering sebagai penyedap bagi resipi ini.
- Masukkan ayam dan kacau sehingga setengah masak.
- Kemudian. masukkan sos tiram,sos cili,kicap pekat dan kacau sebati
- Masukkan perasa dengan garam dan gula.
- Setelah itu, masukkan mi lidi dan kacau sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan sayur dan kacau sehingga masak.
Sumber: Norhamidah Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Hidangan Ringkas Yang Mengenyangkan?
Hidangan mee goreng walau pun ringkas, namun ia dapat mengenyangkan kerana zat karbohidrat yang terkandung di dalam mee kuning. Selain mee kuning, banyak lagi jenis mee lain yang tidak kurang enaknya apabila dimasak dengan cara tersendiri. Dibawah ini antara 5 menu mee yang ringkas tetapi mengenyangkan:
1. Char Kuey Teow
Hidangan ini menggunakan kuey teow yang digoreng dengan udang, telur, taugeh dan daun kucai. Cara masaknya hampir sama dengan mee goreng tetapi menggunakan kuey teow sebagai asas.
2. Pad Thai
Hidangan mi popular dari Thailand yang menggunakan bihun beras, dimasak dengan telur, taugeh, daun kucai dan kacang tanah. Rasanya manis-masam hasil gabungan sos pad thai khas.
3. Bihun Goreng Singapore
Mi bihun halus yang digoreng dengan campuran sayur-sayuran, telur dan protein pilihan. Warna kuning yang menarik dihasilkan dari serbuk kari yang digunakan.
4. Chow Mein
Hidangan mi dari masakan Cina yang menggunakan mi goreng rangup atau lembut, dimasak dengan sayur-sayuran dan protein pilihan dalam sos yang lazat.
5. Hokkien Mee
Gabungan mi kuning dan bihun yang digoreng dalam sos yang pekat. Biasanya dimasak dengan udang, sotong, sayur-sayuran dan hirisan bawang goreng sebagai hiasan. Copy