Mee Bandung Muar merupakan hidangan popular dari Muar, Johor yang menggunakan mee kuning yang dimasak dalam kuah merah yang pekat. Kuah tersebut diperbuat daripada campuran bawang merah, bawang putih, udang kering, tomato, cili kering dan serbuk kari yang dimasak sehingga pekat.
Bahan-bahan utama termasuklah mee kuning, udang, telur, sayur sawi, taugeh, dan daun bawang. Cara memasak dimulakan dengan menumis ramuan asas, diikuti dengan menambah air dan perasa sehingga mendidih, kemudian masukkan mee dan bahan-bahan lain mengikut kesesuaian masa masak masing-masing.
1. Resepi Mee Bandung Muar Simple
Bahan pes
- Cili kering , gula
- Udang kering (dalam setengah kilo)
- Bawang putih 2 labu (ketuk sahaja)
Bahan-bahan mee bandung
- Udang/Sotong
- Bawang putih 4 ulas – ketuk sahaja
- Sawi segenggam/ ikut suka
- Telur 3 biji
- Mee
Bahan stok (perasa)
- Daging/Tulang
- Bawang putih dan bawang merah dirincih
- Garam
Cara buat pes mee bandung Muar simple
- Blendkan cili Kering dalam 4-5 genggam dengan gula (agak banyak untuk sukatan ini)
- Blend Udang Kering (dalam setengah kilo)
- Tumiskan bawang putih dan masukkan cili kering tadi. Biarkan seketika kemudian masukkan udang kering tadi
- Tumis sampai hilang buih/masak
Tips:
- Kalau nak sedap dan cantik merah colornya, renehkan dalam 2-3 jam
- Pes ni boleh buat banyak untuk stok simpan dalam peti. Jadi, boleh masak mee bandung berkali-kali
- Stok boleh tahan sampai berbulan Insya Allah
Cara buat stok (perasa)
- Rebus bahan-bahan sampai empuk
Tips:
- Kalau guna tulang rasa lebih umph! kalau ikut resepi asal guna daging harus dipotong kecil-kecil
Cara masak mee bandung Muar asli
- Tumis bawang putih dan masukkan udang/sotong, sawi
- Masukkan dalam 3 senduk pes
- Masukkan stok daging dan daging dalam 2 cawan air. Biarkan ia mendidih
- Masukkan mee dan masukkan telur sebiji-biji
- Jangan bagi telur pecah, didihkan sahaja sampai telur masak
- Siap
Sumber: Zai Nasir dari Masak Apa Harini
2. Resepi Mee Bandung Daging Makmah
Bahan A
Semua bahan ini perlu dikisar
- 1 biji bawang besar
- 8 tangkai cili kering
Bahan B
- 3 ulas bawang putih
- 6 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos tomato
- 2 sudu sos tiram
- gula garam secukup rasa
- mee
- sawi
- taugeh
Cara buat Mee Bandung Daging Makmah
Sebelum itu daging direbus dahulu untuk guna air daging tu nanti. Ikut berapa banyak mana kita nak rebus
-
- Tumis bawang putih dan masukkan bahan A smpai pecah minyak
- Letak sos cili sos tomato dengan sos tiram dan tumis sedikit lagi
- Masukkan air daging ikut kesukaan kuah banyak mana
- Masak kuah sambil letak sedikit garam, gula dan masukkan letak sebiji kiub pati ayam
- Masukkan semua sawi dan mee. Taugeh boleh letak last sekali baru lah rangup krup krap tak layu lagi
- Bila kuah dah siap, angkat mee dulu biar kuah dalam periuk tu kita kasi pecah telur pula kat dalam
- Tapi kalau nak pecah sekali dgn mee pun boleh
- Boleh letak di atas hidangan utk hiasan seperti bawang goreng, hirisan cili besar, potongan hirisan halus daging dan daun sup.
- Kalau dapat perah sikit limau lagi sedap tu
Tips:
- Masukkan lada lebih sedikit jika mahu kuah nampak lebih merah pekat
- Taugeh di masukkan di akhir-akhir untuk kekalkan rasa rangup
Sumber: Mekni Aini dari Masak Apa Harini
3. Resepi Mee Bandung Warisan Abah Sedap
Resepi ini dikongsikan oleh Yusreena Said Yusz yang diwarisi turun temurun. Sangat popular di tempat tinggal beliau.
Bahan-bahan untuk pes
(Pes ini boleh difrozenkan untuk tahan lama dan boleh juga dibuat pes mee goreng)
- Cili kisar jadikan 1 blender
- Bawang putih (10 ulas)
- Bawang besar (4 ke 5 biji)
- Udang Geragau/Pepai (rendam dulu) lepas tu kisar dapatkan 2 blender
Cara buat pes mee bandung
- Selepas blender kesemua bahan di atas, tuang dalam periuk/ kuali masak dengan api kecil sampai air kering untuk jadikan pes
- Sila gunakan kaedah rebus. Bukan tumis guna minyak
- Kemudian, goreng kacang tanah & blender kering biskut lemak/cream cracker (ditumbuk halus)
- Fungsi biskut utk pekatkan kuah ialah dengan menggunakan daging rebus.
- Daging di rebus & ambil air rebusan untuk sedapkan lagi rasanya
Cara buat mee bandung sedap
(sukatan untuk seorang makan, kalau ramai boleh gandakan sukatan)
- Panaskan minyak & tumis 2 sudu pes mee bandung
- Masukkan 2 senduk besar/2 cawan air rebusan daging
- Perasakan 1/2sudu kecil garam, 2 sudu gula, sedikit penambah perisa (Mee bandung ni kena rasa manis)
- Pecahkan telur.
- Apabila sudah mendidih masukkan kacang kisar, perencah spt daging/ udang/sotong rendam
- Masukkan mee, sawi & tomato
- Dah siapp
Sumber: Yusreena Said Yusz dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Hidangan Mee Yang Popular?
Setiap hidangan mee ada keunikan masing-masing. Disini terdapat 5 lagi menu mee yang popular:
1. Mee Kari
Mee kari adalah hidangan yang terdiri daripada mee kuning yang dihidangkan dengan kuah kari yang pekat dan lemak. Kuah kari ini dimasak dengan campuran rempah kari, santan, dan pelbagai bahan seperti ayam, fishcake, dan sayur-sayuran.
2. Mee Rebus
Mee rebus terkenal dengan kuahnya yang manis dan pekat yang diperbuat daripada ubi keledek, kacang tanah, dan rempah ratus. Hidangan ini biasanya dihiasi dengan hirisan telur rebus, taugeh, limau nipis dan cili.
3. Mee Siam
Mee Siam menggunakan bihun yang disiram dengan kuah asam manis yang diperbuat daripada belacan, asam jawa dan rempah ratus. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan telur dadar, udang, taugeh dan hirisan daun kucai.
4. Mee Goreng Mamak
Mee goreng mamak adalah hidangan yang menggunakan mee kuning yang digoreng dengan campuran sayur-sayuran, telur, dan perasa khas. Ia popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang unik hasil gabungan rempah dan kicap.
5. Char Kuey Teow
Char Kuey Teow merupakan hidangan kuey teow yang digoreng dengan kaedah ‘wok hei’ bersama udang, taugeh, telur dan daun kucai. Hidangan ini sangat popular di kawasan utara Semenanjung Malaysia terutamanya di Pulau Pinang.