Mango cheesecake ialah sejenis kek keju yang mempunyai rasa mangga segar. Ia terdiri daripada lapisan tapak biskut, lapisan keju krim, krim putar, gula, dan puri mangga, serta lapisan puri mangga atau hirisan mangga segar. Mango cheesecake mempunyai tekstur gebu, dengan mempunyai kombinasi rasa manis dan masam yang seimbang.
Bahan-bahan utama untuk membuat mango cheesecake adalah biskut digestive atau graham cracker, mentega, keju krim, gula, krim putar, gelatin, dan mangga segar atau puri mangga. Untuk membuat mango cheesecake, tapak biskut dihancurkan dan dicampur dengan mentega cair, kemudian ditekan ke dalam acuan kek. Adunan keju krim dipukul sehingga gebu dan kemudiannya dicampur dengan puri mangga dan gelatin yang telah dicairkan. Adunan ini kemudiannya dituang ke atas tapak biskut dan disejukkan dalam peti sejuk sehingga set. Lapisan atas diperbuat daripada puri mangga atau hirisan mangga segar yang disusun di atas lapisan keju krim.
Resipi Mango Cheese Cake
1. Resepi Mango Cheesecake
Bahan-bahan
Base Cake
- 12 keping biskut Digestive (hancurkan)
- 90g mentega (cairkan)
Puri Mangga
- 2 biji mangga masak
- 1 sudu besar perahan lemon
Gelatin (untuk filling cake)
- 90g air panas
- 2 sudu besar gelatin halal
Filling Cake
- 500g cream cheese
- 1 kotak kecil dairy whipping cream
- 130g gula kastor
- Puri mangga
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar perahan lemon
Gel Puri Mangga (topping)
- 50g air panas
- 1 sudu besar gelatin halal
- Puri mangga
Cara-cara
Base Cake
- Campurkan biskut yang dihancurkan dengan mentega cair. Gaulkan sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci. Sebaiknya gunakan loyang jenis springform.
- Ratakan base cake dengan menggunakan sudu.
- Balut loyang dengan plastik pembungkus makanan atau kerajang aluminium.
- Masukkan loyang dalam peti sejuk dan biarkan ia sejuk selama 30 minit.
Puri Mangga
- Kupas kulit mangga dan potong untuk memudahkan proses pengisar.
- Kisar mangga bersama perahan lemon hingga puri menjadi lembut.
- Bahagikan puri kepada 2 bahagian (untuk filling dan topping). Ketepikan.
Gelatin (untuk filling cake)
- Masukkan gelatin dalam air panas. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
Filling Cake
- Pukul kesemua bahan dengan mixer hingga sebati.
- Masukkan gelatin yang telah disediakan. Pukul sekali lagi hingga sebati.
- Keluarkan loyang dari peti sejuk, tuangkan filling ke atas base cake.
- Ratakan filling dengan spatula secara perlahan-lahan.
- Balut loyang dan masukkan semula dalam peti sejuk. Biarkan sejuk selama 3 jam.
Gel Puri Mangga (topping)
- Masukkan gelatin halal dalam air panas dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan puri mangga dan kacau lagi hingga sebati.
- Tuangkan gel puri mangga ke atas filling cake.
- Untuk meratakan gel mangga, sengetkan loyang ke kiri dan kanan. Jangan gunakan sudu atau spatula.
- Setelah rata, balut loyang sekali lagi dan masukkan semula dalam peti sejuk.
- Biarkan dalam peti sejuk selama 7-8 jam sebelum dihidangkan.
Sumber: Sharlia Rose dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Unbaked Mango Cheesecake
Bahan-bahan
Bahan A (based)
- 125 gram butter
- 14 keping biskut digestive
Bahan B (filing)
- 250 gram cream cheese
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 cawan fresh cream
- 2 biji mangga
- 1 1/2 sudu besar gelatin halal
- 1/4 cawan air suam
Bahan C (topping)
- Puri mangga
- 1/4 cawan air suam
- 1 sudu besar gelatin
Cara nak buat Unbaked Mango Cheesecake
Bahan A (based)
- Cairkan butter dan hancurkan biskut.
- Satukan kedua bahan bagi sebati kemudian ratakan kedalam loyang. Padat dan kemaskan guna sudu. Ketepikan.
Bahan B (filing)
- Kisar 1 biji mangga buat puri dan 1 biji mangga potong dadu.
- Putar fresh cream hingga kental. Ketepikan.
- Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Masukkan 2 sudu besar puri mangga kedalam adunan cheese.
- Masukkan fresh cream tadi kedalam adunan cheese.
- Bancuh air suam dengan gelatin,kacau sebati.
- Masukkan bancuhan gelatin kedalam adunan cheese dan kaup balik gunakan spatula sahaja.
- Masukkan mangga potong dadu tadi dan kacau rata.
- Tuang adunan kedalam loyang berisi biskut tadi.
- Letak dalam peti sejuk hingga cheese keras sikit.
Bahan C (topping)
- Bancuh air suam dengan gelatin. Kacau sebati.
- Masukkan bancuhan gelatin kedalam puri mangga. Gaul rata.
- Tuangkan topping ke dalam loyang cheese tadi. Ratakan.
Sumber: Noor Rabi Atul Adawiyah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Baked Mango Cheesecake
Bahan-bahan
Puri Mangga
- 3biji mangga diblend halus dengan sedikit gula dan masak dengan api kecil sehingga pekat.
Base
- 200gm biskut digestive
- 5 sudu makan butter
Kisar halus biskut dan gaul dengan butter padatkan dalam loyang alas baking paper. Simpan dalam chiller
Cheesecake
- 500gm cream cheese
- 130gm gula caster
- 3biji telur B
- 1 bekas plain yogurt
- 200gm puri mangga
- 25gm tepung jagung
Cara nak buat Baked Mango Cheesecake
- Pukul cream cheese dan gula sampai lembut gebu.
- Masukkan tepung jagung dan yogurt dan pukul lagi.
- Masukkan telur dan pukul sebati.
- Masukkan puri mangga dan pukul lagi.
- Tuang adunan dalam loyang base tadi dan bakar secara waterbath.Suhu sekitar 150 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan nampak kering dan perang sikit.
- Keluarkan loyang berisi air panas tadi dan biarkan kek dalam oven sekitar 1jam dengan pintu terbuka sikit.
- Then boleh masukkan kek dalam chiller selama 4jam ke atas utk bagi set sebelum potong.
- Bolehlah letak filling manggo atas permukaan kek.
Sumber: Siti Suhaida Mohd Sani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Harum Manis Mango Cheesecake
Bahan-bahan
Bahan- bahan ( Kisar Halus & Cairkan)
- 160gram biskut marie (kisar)
- 90gram butter (dicairkan)
Bahan B ( Kisar Halus)
- 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
- + 1 sudu besar air jus lemon
Bahan C (Mix)
- 500gram cream cheese
- 200gram whipping cream
- 1sk esen vanila
- 110gram gula castor (nak manis buh 130gm)
- 100gram puri mangga
- 2 1/2 sudu besar air jus lemon
- 1 sudu besar susu pekat manis
- (2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati
Bahan D ( Topping Atas)
- 20gm Gula (optional)
- 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas
- 200gram puri manga
Cara nak buat Harum Manis Mango Cheesecake
- Sediakan Loyang size 8 yang boleh di buka dari bawah.
- Cairkan butter dan kisar halus biskut, campurkan kedua bahan ni untuk di jadikan base.Padatkan dalam Loyang, simpan sekejap dalam peti ais
- Masukkan cream cheese yang telah dibiarkan dalam suhu bilik, mix dengan hand mixer jer, kemudian masukkan gula,esen vanilla dan pukul sebati. Seterusnya masukkan whipping cream, susu pekat , jus lemon dan puri manga. Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
- Tuang bancuhan ni ke dalam Loyang tadi, sejukkan semalaman atau 4jam
- Akhir sekali, sediakan topping atas kek pula, campurkan puri manga dan bancuhan gelatine. Kemudian tuangkan atas kek yang telah di sejukkan tadi. Seterusnya masukan semula ke dalam peti ais dan sejukkan. Jangan lupa tutup kek dengan plastic clean wrap.
- Apabila nak keluarkan kek, ambil sehelai kain bersih dan celup dalam air panas. Kain ni kita nak tekap di sekeliling Loyang kek supaya senang di buka dan licin bila kek di keluarkan.
Sumber: Suhasnida Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Bila Mango Cheesecake Sesuai Dihidangkan?
Mango cheesecake sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari atau makan malam. Ia juga boleh dijadikan hidangan untuk majlis-majlis istimewa seperti hari jadi atau perkahwinan, atau sebagai snek pada bila-bila masa sahaja. Mango cheesecake dengan rasa mangga yang segar sedap dimakan ketika sejuk.
Selain Mango Cheesecake, Apa Kek Yang Popular?
Selain Mango Cheesecake, terdapat pelbagai jenis kek lain yang juga popular dan menjadi pilihan ramai. Berikut ialah senarai 4 kek yang diminati ramai:
1. Red Velvet Cake
Red Velvet Cake ialah sejenis kek yang mempunyai warna merah yang menarik, serta rasa coklat yang ringan dan tekstur yang lembut. Kek ini selalunya dihidangkan dengan krim keju yang kaya sebagai frosting, dan sering dijadikan pilihan untuk majlis-majlis istimewa seperti hari jadi atau perkahwinan.
2. Pavlova Cake
Pavlova Cake ialah sejenis kek yang berasal dari Australia atau New Zealand, yang terdiri daripada lapisan meringue yang rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam, serta dihidangkan dengan krim putar dan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, atau pisang. Pavlova Cake mempunyai kombinasi rasa manis dan masam yang seimbang.
3. Chocolate Lava Cake
Chocolate Lava Cake ialah sejenis kek coklat yang mempunyai bahagian tengah yang cair dan “meleleh” apabila dipotong. Kek ini selalunya dihidangkan panas dengan ais krim vanila atau krim putar, dan mempunyai tekstur yang lembut dan cair di bahagian tengah.
4. Carrot Cake
Carrot Cake ialah sejenis kek yang diperbuat daripada lobak merah yang diparut halus, serta rempah-ratus seperti kayu manis, buah pala, dan halia. Kek ini selalunya dihidangkan dengan krim keju sebagai frosting, dan mempunyai tekstur yang lembap dengan rasa yang manis.