Lobak putih atau daikon ialah sejenis sayuran berakar yang mempunyai rasa manis dan sedikit pedas. Sayuran ini kaya dengan vitamin C, serat dan mineral, serta popular dalam masakan Asia terutamanya masakan Cina dan Jepun.
Untuk masak sup lobak putih, bahan-bahan yang diperlukan ialah lobak putih, bawang putih, halia, garam, lada putih dan stok ayam. Cara masak: Potong lobak putih kepada bentuk kiub, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan stok ayam dan lobak putih, masak sehingga lobak putih lembut, perasakan dengan garam dan lada putih.
1. Resepi Lobak Putih Tumis
Bahan-bahan
- 1 btg lobak putih (potong ikut kesukaan)
- *4 bji bwg kecil
- *3ulas bwg putih
- *3 bji lada kecil
- Stengah gnggam ikan blis
- Lada hitam (ikut nak banyak mana)
Cara buat Lobak Putih Tumis
- Tumbukkan bahan*
- Panaskan sedikit minyak.
- Masukkkan bahan bertanda*
- Kacau masukkan garam dan perasakan.
- Masuk lobak dan sdikit air.
- Kacau rata dan siap.
Sumber: Izarizayu Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Jeruk Lobak Putih
Bahan-bahan
- Lobak korea (lobak putih)
- 1 cawan cuka
- 2 cawan air
- 1 cawan gula putih
- 1 sdt garam
Cara buat Jeruk Lobak Putih
- Cuci bersih dan di potong dadu (ikut suka hati nak potong macam mana)
- Cara masak campur semua bahan dalam periuk kecuali (lobak putih) masak sampai mendidih.
- Kemudian tutup api biarkan sejuk sekejap dan masukkan lobak putih dan masukkan dalam bekas kedap udara.
- Boleh di simpan dalam peti sejuk.
Sumber: Nur Hidayah Azman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kerabu Lobak Putih Versi Pantang
Bahan-bahan
- Isi ikan yang orang pantang boleh makan dibakar dan ambil isinya *ditumbuk
- 2 biji bawang merah *ditumbuk
- 1 sudu teh biji lada hitam *ditumbuk
- 1 isi bawang besar hiris
- 1 batang serai hiris halus (lebih pun boleh-bau sedap)
- 1/2 lobak putih disagat halus (basuh dan tos lepas sagat)
- 1 halia muda hiris/sagat halus
- garam
- ajinamoto (optional)
- gula
* Lada hitam, bawang merah dan isi ikan saya tumbuk sekali semua
Cara buat Kerabu Lobak Putih Versi Pantang
- Gaulkan bahan tumbuk dengan semua bahan hiris dan sagat rasa apa yang kurang boleh tambah ikut rasa anak tekak.
- Kalau nak letak ulam hijau pun boleh daun ketumbar lagi sedap dan menarik.
- Lawankan dengan ikan bilis air fryer/ikan masin air fryer.
- Selamat mencuba.
Sumber: Siti Atina Samurin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sup Lobak Putih
Bahan-bahan
- Lobak putih (potong ikut suka & di rebus dahulu)
- Batang saderi hiris2 sahaja
- Halia hiris
- Ayam bahagian dada potong kecil
- Bahan tumbuk
- Bawang kecil
- Bawang putih (lebihkan)
- Lada hitam biji dalam 1sb
Cara buat Sup Lobak Putih
- Masukkan air dalam periuk. Masukkan halia & bahan yang ditumbuk.
- Biar mendidih sejejap, masukkan ayam dahulu. Boleh masukkan perasa garam atau apa suka.
- Biarkan dalam 5 minit bolehlah masukkan batang saderi & lobak putih kita tadi.
- Biarkan lagi dalam 5 minit siap untuk dinikmati dengan nasi panas.
Sumber: N-Huda R Ba’in dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Sayur Lain Yang Popular?
Selain daripada lobak putih, sayuran lain juga mempunyai banyak khasiat disamping rasa yang enak. 5 diantara sayur yang dimaksudkan adalah:
1. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran hijau yang tinggi kandungan nutrisi dan antioksidan. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti tumis dengan bawang putih, stim, atau dijadikan sup krim.
2. Kobis Putih
Kobis putih atau white cabbage adalah sayuran yang versatil dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Ia sesuai untuk dijadikan coleslaw, dimasak tumis, atau dimasukkan ke dalam sup.
3. Cauliflower
Sayuran berbentuk seperti pokok ini mempunyai warna putih dan rasa yang lembut. Ia popular dimasak sebagai gorengan rangup, dibakar dengan rempah, atau dijadikan pengganti nasi untuk diet rendah karbohidrat.
4. Sengkuang
Sengkuang atau jicama adalah sayuran berakar yang mempunyai tekstur rangup. Ia boleh dimakan mentah dalam kerabu, ditumis dengan udang kering, atau dimasukkan ke dalam sup sayur.
5. Baby Corn
Baby corn atau jagung muda adalah sayuran yang popular dalam masakan Cina dan Thai. Ia sesuai dimasak tumis dengan sayur-sayuran lain, digoreng dengan tepung, atau dimasukkan ke dalam sup sayur.