Laksa Sarawak adalah hidangan mi dalam sup yang berasal dari Sarawak. Bahan-bahan utama termasuk mi beras, udang, ayam, telur, taugeh, daun ketumbar, dan limau nipis. Bahan rempah penting untuk kuahnya termasuk halia, bawang putih, bawang merah, serai, belacan, kunyit, dan lada hitam.

Cara penyediaan dimulakan dengan menghancurkan semua rempah sehingga halus, kemudian ditumis sehingga wangi. Masukkan santan dan stok ayam, biarkan mendidih. Rebus mi berasingan, kemudian susun dalam mangkuk bersama ayam, udang, dan taugeh. Tuang kuah panas, hiaskan dengan telur rebus, daun ketumbar dan limau nipis.

1. Resepi Laksa Sarawak

Bahan-bahan kuah

  • 2 belah dada ayam/ isi ayam
  • 200g pes laksa Sarawak
  • 250g udang
  • 2 liter air
  • 300ml santan
  • 2 batang serai
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam

Cara buat kuah

  1. Basuh dada atau isi ayam dan rebus sehingga masak. Toskan.
  2. Setelah dada ayam sejuk, carikkan.
  3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur udang ke dalam air rebusan ayam tadi. Rebus kira-kira dalam 1 minit. Toskan.
  4. Masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air yang sama.
  5. Masukkan pes laksa Sarawak dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan santan dan kacau, kecilkan api.
  7. Taburkan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan matikan api.

Bahan-bahan sambal

  • 3 tangkai cili padi
  • 5 batang cili merah
  • 1 inci belacan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji limau nipis

Cara buat sambal

  1. Kisar cili padi dan cili merah bersama sehingga lumat.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Perahkan jus limau dan kacau. Sesuaikan mengikut citarasa anda.

Bahan-bahan lain

  • Udang
  • Telur dadar dipotong nipis
  • Tauge dicelur
  • Daun ketumbar
  • Limau

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Laksa Sarawak

Bahan-bahan pes

  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 7 tangkai cili kering* (rendam dalam air panas hingga lembut)
  • 1/2 inci lengkuas* (potong kecil)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 biji buah keras*
  • 1 batang serai* (hiris nipis)
  • 1/2 inci belacan bakae*
  • 4 sudu besar bijan (disangai)
  • 4 sudu besar kacang tanah (goreng tanpa minyak & buang kulit)
  • Minyak masak untuk menumis
  • Gula dan garam

Cara buat pes

  1. Kisar halus bahan bertanda *.
  2. Kisar bijan dan kacang tanah menggunakan pengisar kering.
  3. Satukan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan sehingga naik minyak. Masak guna api sederhana. Perasakan mengikut citarasa.

Bahan-bahan kuah

  • Pes laksa
  • 500g isi ayam
  • 300g udang saiz sederhana (asingkan isi dan kulit serta kepala udang)
  • 3 keping asam keping
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (potong kasar)
  • 2 rumpun akar daun ketumbar (diketuk)
  • Air

Cara buat kuah

  1. Sediakan air di dalam periuk. Masukkan serai, bawang besar dan akar ketumbar. Masak sehingga kuah mendidih.
  2. Masukkan isi ayam dan masak hingga empuk. Tos dan ketepikan. Carikkan isi ayam apabila sudah sejuk.
  3. Menggunakan air rebusan yang sama, rebus isi udang dalam 4-5 minit. Tos dan ketepikan.
  4. Rebus kulit dan kepala udang dalam 15 minit. Tutup api dan tapiskan.
  5. Kisar kepala dan kulit udang, tapis dan masukkan kembali dalam air rebusan tadi.
  6. Hidupkan api dan tambah pes laksa bersama asam keping. Kacau dalam 5 minit dan masukkan santan dan bahan perasa. Sesuaikan rasa.
  7. Biarkan kuah pekat dan tutup api.

Bahan-bahan sambal

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil belacan
  • 5 sudu besar udang kering (ditumbuk)
  • Pes asam jawa
  • Garam dan gula
  • Minyak menumis

Cara buat sambal

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kecuali air asam, garam dan gula.
  2. Masak sehingga sambal garing atau pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan perasakan. Tumis lagi menggunakan api kecil sehingga sambal garing.

Bahan-bahan lain

  • Mihun (celur sehingga lembut)
  • Telur dadar
  • Cili merah
  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng

Sumber: Adnil Sam dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Laksa Sarawak Simple

Bahan-bahan kuah laksa Sarawak

  • Pes laksa Sarawak
  • Isi ayam
  • 1 kotak kecil santan
  • Udang
  • Garam dan perasa
  • 1 ketul kiub ayam
  • Air secukupnya

Cara buat kuah laksa Sarawak

  1. Rebus isi ayam sehingga masak dan toskan. Carikkan apabila sejuk.
  2. Rebus udang menggunakan air yang sama sebentar dan angkat.
  3. Masukkan pes laksa Sarawak dan kiub ayam ke dalam air rebusan. Masukkan santan dan sentiasa kacau kuah.
  4. Perasakan kuah dan masak sehingga timbul minyak, tutupkan api.

Bahan-bahan sambal laksa Sarawak

  • Cili kering
  • Udang kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Garam dan perasa

Cara buat sambal laksa Sarawak

  1. Kisar cili kering, udang kering, bawang besar, bawang putih dan belacan.
  2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga pecah minyak. Perasakan.

Bahan-bahan lain

  • Mihun (celur sehingga lembut)
  • Telur dadar (gulung dan potong)
  • Isi ayam (dicarik)
  • Udang
  • Tauge
  • Daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • Sambal udang kering

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Laksa Sarawak Kari

Bahan-bahan kuah laksa Sarawak

  • 1 pes laksa Sarawak
  • 2 kotak santan kecil / 2 paket santan serbuk
  • 1 kiub ayam
  • 1 paket kecil pes kari
  • 1 liter air
  • Garam dan perasa

Cara buat kuah laksa Sarawak

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan pes kari.
  2. Masak hingga mendidih dan tutup api.
  3. Perasakan dan tapis kuah.

Bahan-bahan laksa Sarawak

  • Mihun
  • Ayam (rebus dan carik)
  • Udang (celur)
  • Tauge (celur)
  • Telur (rebus / goreng telur dadar & hiris)
  • Cili padi / hijau (hiris)
  • Daun ketumbar (hiris halus)
  • Sambal belacan
  • Limau

Sumber: Fatin Fatiha dari Masak Apa Hari Ni

 

Variasi Menu Laksa Lain Yang Menarik.

Laksa Sarawak popular dalam kalangan penduduk di Sarawak, tapi jangan tak tahu ada juga negeri-negeri lain yang turut menghidangkan menu laksa mengikut keunikan tersendiri. Dibawah adalah senarai laksa daripada negeri selain Sarawak:

1. Laksa Penang

Hidangan mi dalam kuah kari yang kaya dengan rempah. Menggunakan asam sebagai perisa unik, dicampur dengan udang, ikan, taugeh dan mi beras. Kuahnya lebih pekat berbanding laksa jenis lain.

2. Laksa Johor

Sejenis laksa yang unik kerana menggunakan spaghetti sebagai mi. Kuahnya diperbuat daripada ikan kembung atau parang yang dimasak dengan santan dan rempah ratus. Dihidang dengan sayur-sayuran segar.

3. Laksa Kedah

Laksa yang terkenal dengan kuah ikan yang lebih cair dan ringan. Menggunakan mi beras dengan kuah yang dimasak menggunakan ikan selayang atau kembung, ditambah dengan ulam-ulaman tempatan.

4. Laksa Ipoh

Versi laksa dari Ipoh yang menggunakan mi beras dengan kuah yang diperbuat daripada ayam dan udang. Dihidangkan dengan taugeh Ipoh yang rangup dan segar.

5. Asam Laksa

Sejenis laksa yang masam dan pedas, menggunakan ikan sebagai perisa utama. Kuahnya dicampur dengan asam dan dimakan dengan bunga kantan, daun pudina, dan bawang. Sangat popular di seluruh Malaysia.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply