Laksa Penang, makanan yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia di kala minum petang atau majlis keramaian. Dapat hirup kuah laksa dengan cendol petang-petang memang terbaik lah! Jom kami kongsikan resepi laksa Penang yang confirm sedap.

1. Resepi Laksa Penang Sedap Guna Pressure Cooker

Bahan-bahan

Bahan A (kuah)

  • ikan kembung/sardin
  • daun kesum
  • bunga kantan – dibelah 2
  • sedikit belacan
  • cili boh (cili kering potong buang biji, rebus dan blend)
  • garam

Bahan B (Ulam)

  • timun
  • salad
  • daun kesum – hiris nipis
  • daun selom – hiris nipis
  • bawang besar – hiris
  • cili api
  • limau kasturi – dipotong 2
  • telur rebus – dibelah 2

Cara masak Laksa Penang Sedap Pressure Cooker

  1. Sediakan pressure cooker hp 60 minit
  2. Blend ikan dan belacan dengan air rebusan ikan
  3. Masukkan dalam periuk, buka api sederhana
  4. Masukkan lebih kurang 5 sd cili boh (boleh tambah lagi untuk rasa lebih pedas)
  5. Masukkan asam keping.
  6. Masukkan bunga kantan dan daun kesum
  7. Masuk garam dan rasa. Dah siap!

Tips:

  • Untuk laksa, seeloknya rendam semalaman supaya tidak mengambil masa lama untuk rebus
  • Kalau tiada pressure cooker, boleh guna periuk. Rebus ikan dan asam keping macam biasa. Kemudian asingkan isi & tulang
  • Blend isi ikan dengan belacan dengan air rebusan ikan. Tuang dalam periuk
  • Blend pula tulang dan air rebusan ikan, tuang dalam periuk. Siap

Sumber: Dina Amalia Nordin dari Masak Apa Hari Ni


2. Resepi Laksa Penang Sardin Mackerel Tin

Bahan-bahan

  • bawang kecil (saiz sedang) 10 bji
  • bawang putih 3 ulas
  • belacan besar 2 jari ibu
  • asam keping 8-9 keping
  • cili blend 4 sb
  • bunga kantan 3 kutum dikerat 4
  • daun kesum sepiring
  • ikan sardin mackerel 3 tin (2 tin blend,1 tin dipenyek)

Cara buat Laksa Penang Sardin

  1. Blend semua bawang, belacan,cili blend dengan air
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak seketika
  3. 2 tin ikan sardin mackerel dibuang sosnya tapi tak di basuh (blend 1 tin satu persatu)
  4.  Masukkan dalam periuk tumisan bawang tadi
  5. 1 lagi tin sardin dipenyek-penyekkan isi nya (boleh buang tulang jika mahu)
  6. Masukkan dalam periuk dan leburkan semua. Tunggu dalam 15-20 minit
  7. Bubuh garam dan siap!
  8. Rebus mee laksa dan sedia untuk dihidang

Sumber: Zetty Azikin Abdullah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Laksa Kak Su dengan Kuah

Bahan-bahan

  • Sekilo ikan selayang
  • 3 biji bawang besar India
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan bakar
  • 15-20 biji cili kering direbus
  • 2 batang kantan
  • Seikat daun kesom
  • 10 keping asam keping (ikut selera)
  • Laksa rendam dan rebus
  • Telur rebus
  • Ulaman untuk hiasan
  • Garam dan perasa jika suka
  • 2/3 sudu otak udang (petis)

Cara buat Laksa Kak Su

  1. Rebus ikan bersama asam dan garam.
  2. Asingkan tulang dan isi
  3. Blend tulang dan kepala di buang
  4. Blend cili kering bersama bawang besar dan bawang putih serta belacan bakar
  5. Masak cili yg diblend bersama daun kesum, asam keping dan kantan. Kantan mesti dihiris melintang
  6. Masak sehingga cili betul-betul masak dan dimasukkan air tulang dan isi ikan. Tambah air secukupnya
  7. Rebus sehingga menggelegak. Masukkan garam dan perasa
  8. Tambahkan 2/3 sudu otak udang, dan siap!
  9. Sedia untuk dihidang bersama laksa dan ulam-ulaman

Tips:

  • Belacan sedap ialah belacan Penang

Sumber: Che Su dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Macam mana, mudahkan sebenarnya masak laksa Penang ni? Tak sesukar yang disangka walaupun nampak kompleks.

Kalau minat laksa lain, boleh cuba resepi laksa utara pula. Rasanya tak sama, ada sedikit kelainan.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply