Laksa Lemak Kelantan ialah sejenis hidangan mi yang popular di negeri Kelantan. Hidangan ini menggunakan mi laksa beras yang dimasak dalam kuah yang kaya dengan santan, ikan kembung yang dimasak sehingga hancur, dan rempah ratus tempatan seperti lengkuas, serai, kunyit, dan halia.
Untuk menyediakan hidangan ini, rempah seperti lengkuas, serai, kunyit, dan halia dikisar halus bersama bawang merah dan putih. Kemudian, tumis rempah sehingga wangi sebelum menambah ikan kembung yang telah dimasak dan dihancurkan. Masukkan santan dan didihkan perlahan-lahan. Hidangkan kuah bersama mi laksa beras dan hiasan seperti daun kesum, timun, dan taugeh.
1. Resepi Laksa Kelantan
Bahan-bahan
- Laksa Kelantan 1 kg
Bahan kuah
- Ikan selayang /sardin 1 kg
- Santan 1 kg
- Air secukupnya
- Bawang besar 3 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Halia 2 inci
- Lada hitam 1 sudu kecil ditumbuk
- Asam keping secukupnya
- Garam kasar
- Ajinamoto
- Gula
Bahan ulam
- Timun
- Daun salam / serai kayu
- Kacang panjang
- Limau nipia dibelah
- Taugeh (saya tak letak kali ni)
- Belacan (boleh letak jika suka)
- Bahan sambal:
- Cili padi merah
- Cuka
- Gula
- Garam
Cara buat Laksa Kelantan
- Rebus ikan bersama asam keping dan garam kasar.
- Ambil isi ikan, kisar halus bersama-sama bawang besar, bawang putih, halia, santan dan air rebusan tadi.
- Sekiranya mahu, boleh kisar asing tulang ikan, dan tapis. Air kisar boleh dicampur sekali bersama kuah yang sudah dikisar tadi.
- Masukkan garam kasar, ajinamoto, gula dan lada hitam yang ditumbuk tadi. Sesuaikan rasa.
- Pastikan kacau kuah sentiasa, seeloknya guna kaedah ceduk dan curah. Ini bagi mengelakkan kuah daripada meruap dan berketul.
- Jika kuah berketul, blend semula kuah sekaligus. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Boleh ikut selera masing-masing bagi tahap kepekatan kuah.
- Jika sudah berpuas hati dengan tekstur dan rasa, boleh padamkan api.
Bahan ulam
- Kisar semua bahan sambal
Cara hidang
- Masukkan laksa ke dalam pinggan.
- Tuang kuah ke atas laksa.
- Tabur ulam dan sambal.
- Jemput makan.
Sumber: Nurjuwaini Aziz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Laksa Kuah Lemak
Bahan-bahan
- 2.1 biji kelapa – ambil santan @ 1 kotak santan 200ml
*7 ekor ikan sardin @ selayang rebus
*2 ulas bawang merah
*1 sudu teh lada hitam - 1 keping asam keping
- Garam
Bahan ulam
- Kacang panjang
- Timun
- Kobis
- Taugeh
- Bunga kantan
- Sambal cili (blend cili kering dengan sedikit garam)
Cara buat Laksa Kuah Lemak
- Blend bahan yang bertanda *. Masukkan dalam periuk bersama santan.
- Masukkan bahan lain yang di atas, kacau sampai mendidih, jangan tinggal nanti berketul.
- Kemudian perasakan dgn garam..
Sumber: Zainab Abu Bakar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Laksa Kelantan
Bahan-bahan
Kuah
- 1kg ikan direbus bersama garam, asam keping, sedikit belacan dan sedikit gula melaka.
Bila dah siap masak, kisar isi ikan sehingga hancur. - 3 cawan santan
- Bawang merah (dikisar)
- Bawang putih (dikisar)
- Halia (dikisar)
- Sedikit serbuk lada hitam
- Asam keping
- Garam
Sambal lada (sambal mentah)
- Cili kering yang direbus dan ditumbuk hancur
- Sedikit garam
- Sedikit belacan
Ulam-ulaman
- Timun batang
- Kacang panjang
- Tauge
- Daun kesom
Cara buat Laksa Kelantan
Kuah
- Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Masakkan di atas api yang sederhana panas.
- Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan pekat. Jangan biarkan nanti kuah jadi berketul ketul.
Ulam-ulaman
- Kesemua ulam dipotong halus kecuali tauge.
Sumber: Zainoor Aliza Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
4. Resepi Laksa Kuah Lemak Putih
Bahan-bahan
- 1 paket laksa kecik kering
Kuah
- 5 ekor ikan kembung
- 2 asam keping
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 ketul kecik halia
- ½ sudu makan lada hitam
- 1 sudu teh garam
- 1 ½ kotak santan
- 2 cawan air
Ulam
- 1 ikat daun selom
- 5 batang kacang panjang
- 1 ikat daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 mangkuk taugeh
*** Semua ulam dihiris halus
Sambal Belacan
- 2 cili merah
- 10 cili padi
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu teh belacan
- 1 limau nipis
** Tumbuk semua bahan kecuali limau. - Bila semua bahan tumbuk lumat dan perah limau
Cara buat Laksa Kuah Lemak Putih
- Rebus ikan letak garam & asam keping, asingkan isi dan tulang kemudian diblend dengan 2 cawan air rebusan ikan dan tapis ambil airnya. Isi ikan juga diblend dengan air tulang ikan tadi.
- Blend bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam.
- Dalam periuk campur isi ikan, bahan blend, asam,santan ,air, garam dan asam keping.
- Masak dan kacau selalu hingga mendidih perlahan dan kuah pekat. Sesuaikan rasa garam gula.
Sumber: Roselinda Jd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa lagi Hidangan Laksa Yang Boleh Dicuba?
Terdapat beberapa jenis resipi laksa dapat dicuba dan setiap satu rasanya memang berbeza dan ada keunikan yang tersendiri. 5 antaranya adalah:
1. Laksa Penang
Laksa Penang adalah sejenis laksa yang menggunakan ikan sebagai asas kuahnya. Kuah yang berasid dan pedas ini diperbuat daripada ikan sardin atau ikan kembung yang dimasak dengan asam, cili, dan rempah ratus. Hidangan ini dihidangkan dengan mi beras dan ditambah dengan ulam-ulaman.
2. Laksa Johor
Laksa Johor menggunakan spaghetti sebagai pengganti mi beras tradisional. Kuahnya diperbuat daripada ikan parang atau tenggiri yang dimasak dengan santan dan rempah ratus. Hidangan ini unik kerana menggabungkan pengaruh Barat dengan citarasa tempatan.
3. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak terkenal dengan kuahnya yang kaya dengan rempah ratus tempatan dan santan. Kuah ini dimasak dengan ayam dan udang, serta campuran rempah khas Sarawak. Hidangan ini dihidangkan dengan mi vermiselli.
4. Laksa Kedah
Laksa Kedah menggunakan ikan kembung atau selayang sebagai asas kuahnya. Kuah yang ringan dan sedikit manis ini diperbuat daripada ikan yang dimasak dengan santan cair dan rempah ratus. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan mi beras.
5. Laksa Ipoh
Laksa Ipoh mempunyai kuah yang lebih ringan berbanding laksa lain. Kuahnya diperbuat daripada ikan kembung yang dimasak dengan santan dan rempah ratus yang minimum. Hidangan ini dihidangkan dengan mi beras dan sayur-sayuran segar.