Laksa Kedah ialah hidangan mi tradisional yang popular di utara Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri Kedah. Hidangan ini terdiri daripada mi putih yang diperbuat daripada tepung beras, dihidangkan dengan kuah ikan yang pekat dan berempah.

Bahan-bahan utama termasuk ikan kembung, bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit, asam jawa, garam dan serbuk lada hitam. Cara penyediaan dimulakan dengan memasak ikan sehingga empuk, kemudian ditumbuk halus dan dicampurkan ke dalam air rebusan yang telah dimasukkan rempah ratus. Mi putih direbus berasingan dan dihidangkan dengan kuah, hirisan timun, daun pudina, dan sambal belacan.

1. Resepi Laksa Kedah

Resepi ini untuk 1 bungkus laksa dan 1kg ikan.

Bahan-bahan kisar

  • Cili kering
  • 5 ulas bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari halia
  • 1 ibu jari belacan

Bahan-bahan lain

  • Ikan kembung / termenung
  • 1 tin ikan sardin
  • 20 biji lada hitam (tumbuk)
  • 5 keping asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Daun samak (kalau ada)
  • Garam

Cara buat laksa Kedah

  1. Basuh ikan dan rebus. Asing isi ikan dengan tulang. Kisar isi ikan dan asingkan.
  2. Kisar tulang, tapis dan asingkan.
  3. Kisar ikan sardin dan asingkan.
  4. Panaskan periuk dan letak bahan kisar. Tambah air 1 jag dan masukkan isi ikan, air tulang ikan yang sudah ditapis dan ikan sardin.
  5. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan daun samak. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan lada hitam ke dalam kuah dan biar hingga mendidih.
  7. Hiaskan dengan timun dan telur.

Sumber: NorHafiza Md Razhi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Laksa Kedah Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • 8 ekor ikan kembung
  • 4 keping asam keping
  • 2 senduk cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • Daun kesum
  • Garam
  • Gula
  • Belacan
  • Hiasan (telur rebus, cili padi, salad)
  • Laksa

Cara buat laksa Kedah

  1. Rebus ikan sehingga masak dan asingkan isi ikan dan tulang.
  2. Kisar isi ikan, tambahkan air pada tulang ikan dan kisar juga. Tapiskan untuk ambil air.
  3. Kisar bawang.
  4. Masukkan semua bahan cili, ikan, air tapisan tulang, daun kesum, asam keping dan bawang ke dalam periuk. Masak sehingga cili masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Rebuskan laksa dan telur. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Naimah Mukhtar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Laksa Kedah Kuah Pekat

Bahan-bahan

  • Laksa
  • 1 1/2 kilo ikan kembung
  • 1 ekor ikan kayu (sederhana besar)
  • 6-7 biji bawang merah*
  • 2 senduk cili kisar*
  • 1 sudu besar belacan*
  • 25 keping asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam

Cara buat laksa Kedah

  1. Rebus ikan sehingga tenggelam ikan dan letakkan 10 keping asam keping. Masak sehingga menggelegak dan terus tutup api.
  2. Asingkan air dengan ikan dan asingkan isi ikan dari tulang.
  3. Kisar isi ikan bersama air rebusan.
  4. Kisar tulang juga dengan air rebusan sehingga hancur. Tapis ambil airnya sahaja. Ketepikan.
  5. Kisar semua bahan bertanda *.
  6. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
  7. Masukkan isi ikan dan air yang sudah ditapis. Masukkan sekali baki air rebusan ikan bersama asam keping.
  8. Apabila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan biarkan mendidih.

Tips: Untuk dapatkan kuah yang pekat dan berlemak, kuah perlu dimasak dengan api perlahan selama 2 jam, biarkan rasanya sebati. Selepas 1 jam, boleh letakkan garam. Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 1 jam lagi.

Sumber: Nur Fatihah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Laksa Kedah Simple

Bahan-bahan

  • 2 bungkus laksa
  • 1 1/2 kg ikan selayang
  • 20 tangkai cili kering
  • 7 keping asam keping
  • 5 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam
  • Sedikit belacan
  • Perasa
  • 2 bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum

Bahan-bahan hiasan

  • Telur rebus
  • Timun
  • Salad
  • Bawang besar
  • Limau kasturi
  • Cili padi

Cara buat laksa Kedah

  1. Rebus ikan dan simpan air rebusan. Kisar isi ikan, bahagian kepala ikan dan tulang dikisar dan ditapis airnya.
  2. Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam periuk.
  3. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  4. Taburkan perasa dan sesuaikan. Tambah air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

Sumber: Iera Amira dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Laksa Yang Popular?

Laksa kedah kita dah biasa dengar. Namun, selin laksa kedah sebenarnya terdapat juga variasi laksa yang lain. Antaranya adalah:

1. Curry Laksa

Curry Laksa merupakan hidangan mi yang popular di seluruh Malaysia dengan kuah yang lebih pekat dan berkrim. Hidangan ini menggunakan santan sebagai asas kuah dan ditambah dengan pelbagai rempah ratus tempatan.

2. Asam Laksa

Asam Laksa Pulau Pinang terkenal dengan rasa asam yang unik hasil penggunaan asam jawa dan bunga kantan. Hidangan ini menggunakan ikan kembung atau ikan parang sebagai perisa utama kuahnya.

3. Laksa Johor

Laksa Johor menggunakan spageti sebagai pengganti mi beras tradisional. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang telah dikisar halus dan dicampur dengan pelbagai rempah ratus tempatan.

4. Laksa Sarawak

Laksa Sarawak mempunyai kuah yang unik dengan gabungan rempah ratus tempatan, santan, dan perisa udang. Hidangan ini popular di Sarawak dan seluruh Malaysia.

5. Laksa Singapura

Laksa Singapura atau juga dikenali sebagai Katong Laksa terkenal dengan kuahnya yang lemak dan berkrim. Hidangan ini menggunakan mi yang dipotong pendek dan dimakan hanya dengan sudu.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply