Kuey Tiaw Kungfu merupakan sejenis hidangan mee yang popular dalam masakan Cina tempatan, yang menggunakan kuey teow (sejenis mee rata) sebagai bahan utama. Hidangan ini biasanya dimasak dengan cara goreng segera menggunakan api yang kuat, memberi rasa yang unik dan tekstur yang sangat lazat.

Bahan-bahan utama termasuk kuey tiaw, telur, sayur-sayuran seperti sawi hijau, dan protein seperti ayam atau udang. Cara memasaknya melibatkan pemanasan minyak yang tinggi, kemudian memasukkan bahan-bahan mengikut turutan tertentu sambil mengacau dengan cepat supaya tidak hangit.

1. Resepi Kuey Teow Kungfu

Bahan-bahan

Bahan kuah 

  • Minyak untuk menumis
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 kiub ayam (optional)
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung dan sedikit air
  • Udang/ayam/daging/sotong
  • Kobi, sawi, lobak

Bahan kuey tiaw

  • 1 paket kuey tiaw ( bahagi 6)
  • 6 biji telur

 

Cara buat kuey teow kungfu

  1. Bawang putih ditumbuk hancur.
  2. Tumis bawang putih hingga sedikit perang
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Masukkan kiub ayam (optional).
  5. Masukkan air. Dah sedikit mendidih, masukkan kobis dan lobak.
  6. Bile dah menggelegak. Masukkan bancuhan air tepung.
  7. Masukkan udang, sawi dan cili masak.
  8. Masukkan sedikit garam.
  9. Kuey tiaw yg dah di bahagi ke 6 bahagian. 1 bahagian, 1 telur. Gaulkan sebati.
  10. Siap.

Sumber: Noratiqah Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuey Teow Hong Kong Simple

Bahan-bahan

  • Sos tiram
  • Lada sulah
  • Tepung jagung
  • Fish ball
  • Sawi
  • Limau
  • Ayam
  • Brokoli
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Cili
  • Baby corn

Bahan untuk kuey teow

  • 1 bungkus Kue tiaw
  • 4 biji telor
  • Sedikit tepung jagung
  • Secubit garam

 

Cara buat kuey teow hong kong simple

Cara masak kuey teow

  1. Basuh kue tiaw dan toskan.
  2. Dalam bekas lain pecahkan telur+ tepung jagung+garam (gaul sebati).
  3. Dalam mangkuk kecik, ambil  sedikit kue tiaw dan masukkan satu senduk kecik bancuhan telur.
  4. Sapu minyak dalam kuali kemudian goreng sehingga garing.

Cara penyediaan kuah

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan cili padi yang di ketuk.
  2. Bahan tumis dah layu boleh masukkan ayam atau udang atau sotong.
  3. Kemudian masukkan air (kalau nak kuah yang banyak, boleh lebihkan air).
  4. Masukkan fishball goreng.
  5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, kiub ayam dan sos tiram.
  6. Pecahkan telur dan masukkan sayuran.
  7.  Bancuhkan tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam kuah yang mendidih hingga pekat. Kemudian perah sedikit asam limau.
  8. Siap.

Sumber: Rohayu Dollah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuey Teow Hong Kong

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kuey teow
  • 4 biji telur
  • 1 sudu  tepung jagung
  • Udang dan sotong
  • Sayur (carrot, bunga kobis, sawi)
  • Fishball (optional)
  • 1 Kiub pati ayam
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sos tiram
  • Sos golden mountain
  • Sos ikan
  • 2 biji telur
  • Serbuk lada sulah
  • Ajinomoto
  • Tepung jagung
  • Minyak bijan (optional)

 

Cara masak kuey teow hong kong

Cara buat mee kuey teow

  1. Pukul telur bersama tepung jagung dan gaulkan bersama kuey teow.
  2. Gorengkan mcm kita goreng telur dadar. Kalau nak rangup rasa dia, minyak letak banyak sikit selepas itu toskan atas penapis.

Cara buat kuah kuey teow

  1. Ketuk bawang putih dan tumis hingga keperangan.
  2. Masukkan udang dan sotong.
  3. Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih masukkan kiub pati ayam, sos tiram, sos golden mountain, sos ikan, serbuk lada sulah dan ajinomoto.
  4. Kemudian masukkan sayuran.
  5. Pecahkan telur dan terus kacau untuk dptkan tekstur yang cantik.
  6. Selepas kacau, masukkan tepung jagung yangg dah dibancuh dengan sedikit air, teruskan kacausehingga kuah bertambah pekat.
  7. Akhir sekali renjiskan sedikit minyak bijan.

Sumber: Norazura Basir dari Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN)

 

Apa Lagi Sajian Mee Yang Popular?

Sajian kuey tiaw kungfu sering kali dimakan pada waktu malam atau dijadikan hidangan makan malam. Namun, terdapat juga sajian mee lain yang sesuai dimakan waktu pagi dan ada juga yang sering menjadi pilihan dikala tengahari. Ini 5 lagi cadangan sajian mee yang popular:

1. Char Kway Teow

Char Kway Teow adalah hidangan mee yang popular di Malaysia, diperbuat daripada kuey teow yang digoreng dengan kicap, telur, taugeh, dan biasanya disertakan dengan udang atau sosej. Ia mempunyai rasa yang kaya dan mendalam, sering dianggap sebagai salah satu hidangan jalanan yang paling diminati.

2. Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak ialah hidangan mee kuning yang digoreng dengan rempah perencah, sayur, telur, dan kadangkala disertakan dengan protein seperti ayam atau udang. Ia mempunyai cita rasa pedas dan manis yang unik, popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

3. Mee Hoon Goreng

Mee Hoon Goreng adalah hidangan yang dibuat daripada mee hoon (mee beras) yang digoreng dengan pelbagai bahan seperti telur, sayur-sayuran, dan protein. Ia mempunyai rasa ringan dan sesuai untuk sarapan atau makanan ringan.

4. Bihun Goreng

Bihun Goreng serupa dengan Mee Hoon Goreng, tetapi menggunakan mee hoon yang lebih nipis. Ia dimasak dengan cara yang sama, menggunakan bahan-bahan seperti telur, sayur, dan protein untuk menghasilkan hidangan yang lazat.

5. Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah ialah versi berkuah hidangan mee goreng, dengan sos yang lebih banyak dan pekat. Ia biasanya menggunakan mee kuning atau mee telur, dimasak dengan rempah dan bahan-bahan tambahan untuk menghasilkan rasa yang kaya.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply