Kubis goreng adalah hidangan sayur kubis yang dimasakk dengan cara menggoreng dan juga menumis. Hidangan resepi kobis goreng ini juga merupakan hidangan sayur yang paling mudah nak buat. Biasanya, sayur kobis akan digoreng bersama bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah dan juga ditambah dengan cili merah dan hijau untuk menaikkan rasa pedas.

Hidangan kobis goreng ini cukup mudah, tumis hingga layu sedikit untuk mengekalkan tekstur rangup dan kemudiannya diperasakan sedikit garam dan atau serbuk perasa. Sering dihidangkan menjadi lauk sampingan kerana cepat disediakan dan sesuai dimakan bersama nasi putih.

1. Resepi Kubis Goreng Kunyit

Bahan-bahan Kobis Goreng Kunyit

  • 600 gm Kubis potong halus
  • 50 gm Kelapa parut,kalau suka
  • 30 gm Ikan billis tumbuk kasar kalau suka
  • 1 st Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis

  • 2 sb Minyak
  • 1 st Biji sawi
  • 1 st Urad dhal
  • 1 biji Bawang besar dimayang
  • 2 biji Lada merah potong 4
  • 2 tg Daun kari

Cara nak buat Kubis Goreng Kunyit

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi dan bawang garing.
  2. Masukkan kubis, serbuk kunyit dan ikan billis (kalau guna) dan goreng hingga kubis layu. JANGAN MASUKKAN AIR!
  3. Campurkan kelapa (kalau guna) kacau rata. Goreng sebentar. Hidangkan.

Sumber: Kesavan Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kubis Goreng Campak

Bahan-bahan Kubis Goreng Campak

  • 1 biji kobis saiz sederhana dipotong nipis
  • 1 biji bawang merah dimayang
  • 7 ulas bawang putih dimayang
  • 2 tangkai cili besar dimayang
  • 3 petak tempe dipotong 10
  • Segenggam ikan bilis.

Cara nak buat Kubis Goreng Campak

  1. Panaskan minyak. Goreng dulu tempe tu. Dah garing, angkat dan toskan minyaknya.
  2. Dalam periuk, panaskan 5 sudu minyak.
  3. Tumiskan bawang, cili besar dan ikan bilis. Tunggu sampai sedikit layu.
  4. Dah naik bau, masukkan 2 sudu kecil garam.
  5. Dah boleh masukkan kobis tadi. Gaul sekata.
  6. Saya tak masukkan air sebab suka yang kering-kering sikit. Jadi api sederhana, dan kerap gaul sampai kobis sedikit layu.
  7. Bila kobis dah sedikit layu, masukkan tempe tadi. Gaul sikit dah boleh tutup api. Kita nak kobis tu rangup-rangup sikit.

Sumber: Aminuddin Amzar Amran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Kubis Goreng, Apa Hidangan Sayur Yang Mudah Nak Buat?

Kalau anda mencari resepi sayur yang mudah selain kobis goreng, terdapat beberapa hidangan sayur lain yang mudah dan cepat untuk disediakan. Berikut adalah beberapa cadangan dari kami:

1. Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan adalah hidangan sayur yang popular di Malaysia dan terkenal dengan rasa pedas serta aroma belacan yang kuat. Tumis bawang, bawang putih, dan cili padi. Masukkan belacan dan kacau hingga wangi, kemudian tambah kangkung dan tumis hingga layu.

2. Sawi Goreng Sos Tiram

Sawi Goreng Sos Tiram ialah hidangan sayur yang ringkas dan cepat dimasak dengan rasa yang sedikit manis dan masin daripada sos tiram. Penyediaannya cukuo mudah, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan sawi dan sedikit air, tambah sos tiram, kacau hingga layu.

3. Kacang Panjang Goreng Telur

Kacang Panjang Goreng Telur ialah hidangan sayur yang ringkas tetapi sangat sedap. Kombinasi kacang panjang dengan telur yang lembut memberikan hidangan ini tekstur yang sedap dinikmati. Cara nak masak adalah tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan kacang panjang dan telur, kacau hingga masak.

4. Peria Goreng Telur

Peria Goreng Telur adalah hidangan sayur yang sedap dengan rasa pahit peria yang seimbang dengan kelembutan telur. Cara penyediaannya dengan menumis bawang merah, masukkan peria dan goreng sebentar. Pecahkan telur, kacau, dan goreng hingga sebati.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply