Kerabu Maggi adalah hidangan yang menggabungkan mi segera Maggi yang dimasak dan dihiris halus dengan sayur-sayuran segar. Bahan-bahan yang diperlukan ialah mi Maggi (2 peket), timun, daun bawang, daun ketumbar, bawang merah, cili padi, limau nipis, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

Cara penyediaan dimulakan dengan merebus mi Maggi sehingga lembut, kemudian toskan dan sejukkan. Hiris halus semua sayur-sayuran dan bahan-bahan lain. Campurkan mi yang telah sejuk dengan sayur-sayuran yang dihiris, perahkan air limau nipis, tambah garam dan serbuk perasa, kemudian gaul sebati.

1. Resepi Kerabu Maggi Thai

Bahan-bahan

  • Maggi thai (rebus dan toskan)
  • Seafood (udang dan sotong) (rebus dan toskan) (simpan sedikit air rebusan gaul dgn maggi)
  • Jejari ketam
  • Daun ketumbar (potong)
  • Daun bawang (potong)
  • Cili padi (potong)
  • Sedikit gula (jika perlu)
  • Sos ikan (2 sudu besar)
  • Bawang besar( mayang)
  • Tomato (potong dadu)
  • Limau nipis

Cara buat Kerabu Maggi Thai

  1. Gaul semua bahan serta rempahnya dan rasa.
  2. Kalau dah sedap tak perlu tambah apa-apa lagi.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kerabu Maggi

Bahan-bahan

  • Maggi Serda 3 bungkus
  • Udang / sotong / isi ketam – dicelur
  • Bawang besar 2biji – dihiris nipis
  • Daun ketumbar 3tangkai-dihiris
  • Tomato 2 bj
  • Limau nipis -2biji diperah ambil airnya
  • Cili merah/cili padi dihiris -ikut suka nak pedas letak lebih
  • Sos ikan/sos sotong – 2 sudu besar
  • Lobak merah parut/potong panjang
  • Cendawan jelly – direndam dan dicelur sekejap
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Kerabu Maggi

  1. Celurkan maggi hingga lembut.
  2. Celurkan udang /sotong/isi ketam sekejap.
  3. Cendawan jelly direndam kemudian celur sekejap saja.
  4. Dah boleh gaulkan maggi bersama semua bahan celur tadi beserta bahan hirisan.
  5. Serbuk maggi tadi jangan dibuang ya dijadikan bahan perasa beserta dgn sos ikan/sotong.
  6. Masukkan air limau nipis sedikit garam dan gula.
  7. Gaul sebati semua dah siap.
  8. Selamat mencuba.

Sumber: Nora Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kerabu Maggi (Tanpa Maggi Siam)

Bahan-bahan

  • 2 pkt maggi(perisa kari dan asam laksa)
    *celur jangan lembik sangat
  • 2 ekor sotong (potong bulat dan celur)
  • 2 btng kacang panjang-potong pendek
  • 2 biji bwng besar-belah dua dan hiris
  • 3 tangkai cili padi-hiris
  • 2 sudu daun bwng hiris
  • 1 biji tomato-belah 2 dan hiris
  • 1 sudu cuka
  • 1 biji limau nipis-ambil airnya
  • Sedikit gula unuk seimbangkan rasa

Cara buat Kerabu Maggi (Tanpa Maggi Siam)

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masukkan perencah maggi kari dan asam laksa gaul sebati dan siap.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kerabu Maggi Ala Thailand Kaw

Bahan-bahan

  • 3 bungkus Maggie Serda
  • 1 biji buah tomato-hiris
  • 1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland
  • Sejengkal batang celery
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 sudu sos ikan-jika suka
  • 1 sudu air asam limau-jika suka
  • 2 peket rempah maggie serda

Bahan lauk

  • Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball

Cara buat Kerabu Maggi Ala Thailand Kaw

  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.
  2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  3. Masukkan seafood. Seafood dahulu diikuti dengan fish cake (sebentar sahaja, rebus secara berasingan).
  4. Keluarkan seafood.
  5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.
  6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

Sumber: Fiza Abd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Kerabu Yang Popular?

Thailand amat terkenal dengan sajian kerabu yang dihasilkan dari bahan-bahan yang segar seperti contoh makanan laut yang dicampurkan ke dalam kerabu maggi. Bahan segar yang digunakan dapat menjemput selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini ada 5 lagi menu kerabu yang tidak kurang hebatnya dengan kerabu maggi.

1. Som Tam

Som Tam merupakan salah satu hidangan kerabu yang berasal dari Thailand yang menggunakan buah betik muda sebagai bahan utama. Ia dicampur dengan kacang panjang, tomato ceri, limau nipis dan sos yang manis pedas.

2. Glass Noodle Salad

Hidangan ini menggunakan bihun tanghun sebagai asas dan dicampur dengan sayur-sayuran segar seperti lobak merah, timun dan daun bawang. Ia merupakan hidangan yang popular di Asia Timur dan Asia Tenggara.

3. Kerabu Bihun

Kerabu Bihun adalah hidangan yang menggunakan bihun sebagai bahan asas dan dicampur dengan sayur-sayuran segar seperti timun, daun pudina, dan bawang merah. Ia adalah variasi tempatan yang popular di Malaysia.

4. Kerabu Taugeh

Kerabu Taugeh menggabungkan taugeh segar dengan pelbagai herba dan rempah tempatan. Ia merupakan hidangan yang mudah disediakan dan popular dalam masakan Melayu.

5. Kerabu Perut

Kerabu Perut adalah hidangan yang menggunakan perut lembu yang direbus dan dihiris halus, dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran segar dan perasa. Ia merupakan hidangan tradisional dalam masakan Melayu.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply