Keledek atau ubi keledek adalah sejenis ubi manis yang popular di Malaysia dan merupakan sumber karbohidrat yang berkhasiat. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna seperti ungu, oren, dan putih, dengan kandungan vitamin A, C dan serat yang tinggi.
Untuk masak keledek goreng yang ringkas, bahan-bahannya ialah keledek, garam, dan minyak masak. Cara masaknya mudah – kupas dan potong keledek mengikut saiz yang diingini, kemudian goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan dan garing. Taburkan sedikit garam mengikut citarasa.
1. Resepi Mee Rebus Guna Keledek
Bahan-bahan
Bahan untuk kuah
- 1 senduk minyak masak
keledek merah, anggaran 3 ketul besar penumbuk - 5 ulas bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 2 cm halia*
- 1 sudu besar udang kering yang direndam*
- 1sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 6 cawan air (lagi sedap pakai air rebusan daging /ketam letak seekor je bagi yang tak makan daging untuk maniskan rasa kuah)
- 2 cm lengkuas, dititik
- Garam, perasa dan gula secukup rasa
Cara buat Mee Rebus Guna Keledek
- Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
- Kisar halus bahan bertanda (*)
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
- Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi.
- Masak hingga mendidih.
- Kemudian masukkan lengkuas.
- Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
- Perasakan dengan gula, perasa dan garam secukupnya.
Sumber: Ida Royani dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Talam Keledek Oren
Bahan-bahan
Lapisan bawah
- keledek rebus/kukus potong dadu
- 2 cwn santan1 cwn tepung beras
- 3 sdb tepung ubi
- Garam
Lapisan atas
- 1 cwn keledek
- 1/2 cwn gula
- 3/4 cwn tepung gandum
- 1 sdb tepung beras
- 2 cwn santan
- Telur Gred B 1 biji
- Pewarna oren
Cara buat Talam Keledek Oren
Lapisan bawah
- Bancuh semua kecuali keledek.
- Masak bancuhan kejap atas api.
- Masuk keledek.
- Kukus 25min.
Lapisan atas
- Campur semua, blend halus.
- Nak masak dulu kejap atas api boleh.
- Cakarkan permukaan lapisan bawah, baru tuang lapisan atas.
- Kukus 25min.
Sumber: Dayana Yana dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Keledek Balls
Bahan-bahan
- 1/2 kilo/ 500 gm keledek Oren
- Kupas dan rebus dengsn 1 sk garam tapis dan lenyek, ketepikan
- 4 sb gula pasir
- 1 cwn tpg beras
- 1/2 cwn tepung pulut
- 1 sk baking powder
Cara buat Keledek Balls
- Bila keledek dah suam, masukkan gula, gaul sebati, ayak tepung tadi bersama baking powder, masukkan dalam keledek tadi dan gaul sebati uli kejap.
- Cubit dan gentel bulat hingga habis. Panaskan minyak, kena banyak, goreng hingga keemasan.
- Kalau suka boleh gelek dengan bijan sebelum goreng.
Sumber: Mahani Hussain dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)
4.Resepi Koci Keledek Ungu
Bahan-bahan
- Keledek
- Tepung Pulut 500g
- Santan
- Minyak 1sdm
- Kelapa muda
- Gula merah
- Garam
- Daun pandan
- Tepung gandum
Cara buat Koci Keledek Ungu
- Keledek direbus dilenyek anggaran 2 cawan.
- Tepung pulut dan santan cair. Agak untuk uli. Minyak 1 sdm.
- Santan panaskan bubuh daun pandan bubuh garam sikit.
- Uli hingga tak lekat pada tangan.
- Untuk inti, kelapa muda, gula merah sikit, gula pasir. Sedikit garam daun pandan sampai kering. Tabur sikit tepung gandum. Supaya senang dikepal.
- Daun pisang dilayur dilap.
- Daun disapu minyak supaya tak melekat atau adunan dah bubuh inti sapu minyak.
- Bungkus seperti yang kita suka. Kukus 10 mnt atau15 mnt.
Sumber: Badariah Abd Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)
Apa Lagi Menu Lain Yang Menggunakan Keledek?
Keledek anatara bahan yang senang diolah menjadi pelbagai jenis makanan. Selain daripada ressepi yang dikongsikan diatas, keledek boleh lagi menjadi pelbagai variasi. Antara menu lain yang menggunakan keledek adalah:
1. Keledek Bakar
Keledek bakar adalah hidangan yang sangat mudah tetapi lazat. Bahan-bahannya hanya keledek dan sedikit garam. Cara penyediaannya ialah dengan membasuh keledek, kemudian bakar terus di atas api sederhana sambil diputar-putarkan sehingga masak. Setelah masak, kupas kulitnya dan taburkan sedikit garam.
2. Bubur Keledek
Bubur keledek adalah hidangan yang berkhasiat dan mudah dihadam. Bahan-bahannya termasuk keledek, santan, garam, dan daun pandan. Cara memasaknya ialah dengan memasak keledek yang telah dipotong dadu bersama santan dan daun pandan sehingga keledek lembut dan pecah, kemudian masukkan garam secukup rasa.
3. Sweet Potato Wedges
Sweet potato wedges adalah alternatif sihat kepada kentang goreng biasa. Bahan-bahannya termasuk keledek, minyak zaitun, garam, dan rempah pilihan. Cara membuatnya ialah dengan memotong keledek memanjang seperti kentang wedges, perap dengan minyak zaitun dan rempah, kemudian bakar dalam ketuhar sehingga garing.
4. Sweet Potato Muffins
Sweet potato muffins adalah sejenis kuih yang lazat dan berkhasiat. Bahan-bahannya termasuk keledek yang telah dilenyek, tepung gandum, telur, mentega, susu, dan soda penaik. Cara membuatnya ialah dengan mencampurkan semua bahan mengikut sukatan yang betul, kemudian bakar dalam acuan muffin sehingga masak.