Kek marble ialah sejenis kek yang mempunyai corak berjalur atau bergaris yang menyerupai corak marmar. Ia merupakan gabungan dua jenis adunan iaitu adunan vanila dan coklat yang digabungkan untuk menghasilkan corak yang unik dan menarik.

Bahan-bahan asas yang diperlukan ialah tepung gandum, telur, gula halus, mentega, susu, serbuk penaik, esen vanila dan serbuk koko. Cara membuatnya adalah dengan mengasingkan adunan kepada dua bahagian, kemudian mencampurkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan. Kedua-dua adunan ini kemudiannya dicurahkan ke dalam acuan secara berselang-seli dan diaduk perlahan-lahan menggunakan garpu untuk menghasilkan corak marmar.

1. Resepi Kek Marble Sukatan Cawan

Resepi kek marble sukatan cawan

Bahan-bahan kek marble

  • 1 cawan gula kastor
  • 250g butter (pakai pure butter untuk rasa yang wangi dan lebih sedap)
  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • Esen vanila
  • Serbuk koko

Cara buat kek marble sukatan cawan

  1. Mix butter dan gula sampai menjadi putih gebu. Masukkan esen vanila.
  2. Masukkan telur sebiji dan mix. Masukkan tepung sedikit dan mix.
  3. Ulang langkah 2 sehingga telur dan tepung habis.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Tuangkan serbuk koko pada 1 bahagian.
  6. Sendukkan adunan berselang-seli secara bertindih.
  7. Lorekkan bahagian atas dan hentakkan sedikit loyang.
  8. Gunakan loyang 7×7 inci dan bakar pada suhu 150 selama 50 minit.
  9. Tunggu sejuk baru terbalikkan kek dan potong. Siap!

Sumber: Erma Nur Shadila dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kek Marble Red Velvet

Resepi kek marble red velvet

Bahan-bahan kek marble

  • 5 biji telur gred A
  • 200g tepung gandum
  • 170g tepung kastor
  • 1 sk baking powder
  • 40ml susu segar
  • 1 sb ovelette
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sb emulco red velvet
  • 130g marjerin (cairkan dahulu)

Cara buat kek marble Red Velvet

  1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin.
  2. Mix sampai gebu putih.
  3. Masukkan marjerin dan mix sehingga sebati.
  4. Bahagikan pada 2 adunan, letakkan emulco red velvet pada satu adunan.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci.
  6. Bakar pada suhu 160 selama 90 minit api atas dan bawah.

Nota: suhu bergantung pada oven masing-masing. Resepi di atas menggunakan oven Khind 25 liter.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Marble Moist dan Gebu

Resepi kek marble moist

Bahan-bahan kek marble

  • 5 biji telur Gred A*
  • 1 cawan gula halus*
  • 1 sk ovellet*
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung sponge cake (ada jual di bakery)
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1  sdk esen vanila/perisa pandan
  • 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan jika tak suka manis)
  • 1 cawan butter yang dicairkan (boleh digantikan dengan minyak)

Cara buat kek marble moist & gebu

  1. Mix bahan bertanda * sehingga kembang. Masukkan susu dan mix sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak (mix dengan betul, perlahankan kelajuan sekejap dan kaup supaya rata)
  3. Masukkan minyak, mix secara perlahan dalam 3 pusingan kemudian berhentikan, hanya kaup sahaja. Jangan terlalu lama takut adunan menjadi cair.
  4. Tuangkan ke loyang 8 inci, bakar pada suhu 150 ke 180 dalam 40 minit sehingga masak.

Sumber: Aliah Rose dari Masak Apa Hari Ni

 

Selain Kek Marble, Apa Lagi Kek Yang Popular?

Selain Kek Marble, terdapat 5 jenis kek yang juga popular. Maklumat lanjut mengenai kek tersebut seperti dibawah:

1. Kek Butter

Kek butter merupakan kek klasik yang diperbuat daripada mentega berkualiti tinggi sebagai bahan utama. Ia mempunyai rasa yang lebih kaya dan tekstur yang lembut.

2. Kek Red Velvet

Kek red velvet ialah kek yang mempunyai warna merah yang menarik dengan lapisan krim keju. Kek ini mempunyai rasa unik hasil gabungan koko dan buttermilk.

3. Kek Coklat

Kek coklat ialah pilihan yang popular dalam kalangan pencinta coklat. Ia diperbuat menggunakan serbuk koko berkualiti tinggi dan kebiasaannya dihias dengan ganache coklat.

4. Kek Keju

Kek keju merupakan sejenis kek yang diperbuat daripada campuran krim keju, telur, dan gula. Ia boleh dihidangkan dengan pelbagai sos berperisa.

5. Kek Pandan

Kek pandan ialah kek tradisional yang menggunakan ekstrak daun pandan untuk memberikan rasa dan aroma yang khas. Ia merupakan pilihan popular dalam masakan tempatan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply