Kek coklat moist ialah sejenis kek yang terkenal dengan teksturnya yang lembap dan berair, diperbuat daripada adunan tepung, mentega, telur, serbuk koko, gula, dan susu. Bahan-bahan tambahan termasuk esen vanila, soda bikarbonat dan serbuk penaik untuk mendapatkan tekstur yang sempurna.
Cara penyediaan bermula dengan mengacau mentega dan gula sehingga krim, kemudian masukkan telur satu persatu. Campurkan bahan-bahan kering yang telah diayak dan tambah susu secara berselang-seli. Tuang dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 180°C selama 35-40 minit.
1. Resepi Kek Coklat Moist Kukus
Bahan-bahan
- *1 setengah cawan tepung gandum
- *1 sk baking powder
- * 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- *1/2 cawan serbuk koko
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 7 sudu besar gula
- 1 sk garam
- 1 sb ovalette
- 2 biji telur gred A
Cara buat Kek Coklat Moist Kukus
1. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda * dan ketepikan
2. Blender bahan lain sampai sebati dan tuang dalam bekas yang diayak tadi
3. Kacau dengan handwisk sampai sebati. Masukkan sedikit coklat emulco untuk pekatkan warna adunan
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu sedikit marjerin
5. Kukus kek selama 1 jam api sederhana. Pastikan panaskan dulu pengukus tu sebelum masukkan kek & balut penutup periuk dengan kain untuk elakkan air wap menitik atas kek
Bahan-bahan topping
- susu cair
- susu pekat
- coklat masakan (dark coin Beryls)
- sedikit shortening
Cara buat topping (guna kaedah double boil)
- Panaskan susu cair dan susu pekat
- Masukkan coklat masakan
- Apabila coklat sudah larut bersama susu, masukkan sedikit shortening
Cara topping atas kek
- Biar kek & topping agak suam baru tuang topping atas kek (guna separuh dulu dari topping)
- Masukkan kek dalam peti ais dalam 30 minit
- Keluarkan dan tuang lebihan topping tadi supaya nampak lebih shining
Tips: untuk bagi lagi moist kek, masukkan sedikit coklat rice ke dalam adunan sebelum kukus
Sumber: Ana Mariana Ismail dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Kek Coklat Moist Blender
Bahan-bahan
*Bahan untuk di blend: (dalam masa kurang 5 minit)
- 1 cawan susu cair/air biasa
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak/minyak jagung
- 3 biji telur
- Secubit garam
*Sementara itu panaskan kukusan hingga mendidih
*Bahan untuk diayak:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil bikabonat soda
- 1 sudu kecil baking powder
Cara buat Kek Coklat Moist Kukus Blender
- Satukan kesemua bahan di blend bersama bahan yang telah diayak
- Kacau rata kesemuanya dan rata tapis adunan untuk elakkan ketulan
- Masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tak melekat
- Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit dan balut tudung pengukus untuk elak air jatuh atas kek
Bahan topping
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan sebuk koko
- 3 sudu susu cair/air biasa
- 2 sudu butter/majerin/minyak
Cara buat topping
- Masak bahan-bahan dengan kaedah double boil sampi sebati dan agak pekat.
- Boleh siram atas kek selepas kek sejuk
Sumber: Ibu Rabbani dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Mug
Bahan-bahan
- 1 mug minyak masak
- 1 mug susu cair
- 1 mug susu pekat
- 1 mug serbuk koko
- 1/2 mug gula pasir (diblend halus dulu)
- 4 biji telor gred A/B
- 1 1/2 sk baking powder
- 1 1/2 sk soda bicarbonate
- 1 sk esen vanila
- 1 1/2 mug tepung gandum (diayak)
Cara buat Kek Coklat Moist Sukatan Mug
- Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung dalam 5 minit
- Jika pakai mixer, mix sampai sebati dalam 3,4 minit
- Kemudian tuang dalam bekas, masukkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis
- Kacau sebati. Sapu acuan atau loyang dengan butter atau minyak
- Tutup loyang dengan plastik wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek
- Panaskan air dalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai masak
Bahan topping
- 4 sb serbuk koko
- 5 sb susu pekat
- 3 sb minyak masak
- 2 sb susu cair (jika pekat tambah lagi)
Cara buat topping
- Campur kesemua bahan dalam periuk
- Kacau dengan api perlahan hingga sebati
- Tuang terus atas kek
Tips:
- Cara cek kek sudah masak atau belum – cucuk dengn lidi. Kalau lidi bersih bererti sudah masak
- Masa tengah blender, boleh panaskn air kukusan kerana prosesnya sekejap sahaja
Sumber: Rashidah Kamaruddin dari Masak Apa Hari Ni
Apa Alternatif Bagi Kek Coklat Moist?
Terdapat pelbagai jenis kek jika mahu disenaraikan. Kek yang tersenarai dibawah pasti tidak asing lagi bagi para penggemar kek.
1. Red Velvet Cake
Kek merah yang popular ini mempunyai rasa vanilla yang halus dengan sedikit rasa koko, biasanya dihiasi dengan krim keju putih. Kek ini menjadi pilihan utama untuk majlis-majlis istimewa dan sambutan hari jadi.
2. Coffee Walnut Cake
Kek yang menggabungkan rasa kopi yang harum dengan kacang walnut yang rangup. Dilapisi dengan buttercream kopi, kek ini menjadi pilihan popular di kedai-kedai kek premium.
3. Carrot Cake
Kek lobak merah adalah pilihan sihat yang diperbuat daripada lobak merah parut, rempah-rempah, dan kacang. Kek ini biasanya dihiasi dengan lapisan krim keju yang gebu.
4. Victoria Sponge Cake
Kek span klasik British ini terdiri daripada dua lapisan kek vanilla yang diisi dengan jem strawberi dan krim putar. Ia merupakan pilihan popular untuk minum petang.
5. Blueberry Cheesecake
Kek keju dengan lapisan atas blueberry ini diperbuat daripada campuran krim keju, telur, dan gula, di atas lapisan biskut yang dikisar. Ia adalah pencuci mulut yang popular di seluruh dunia.