Kangkung adalah sejenis sayuran berdaun hijau yang mudah didapati di Asia Tenggara, dengan batang yang berongga dan daun berbentuk mata panah. Sayur ini sangat berkhasiat kerana mengandungi vitamin A, C, zat besi dan antioksidan.
Untuk memasaknya, sediakan kangkung yang telah dibersihkan, bawang putih, bawang merah, cili padi, belacan, garam dan minyak masak. Panaskan minyak, tumis bawang dan belacan sehingga wangi, masukkan kangkung dan perasa, kacau sebentar sehingga layu dan hidangkan.
1. Resepi Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan
- Kangkung seikat
- 5 biji cili merah
- 4 biji cili hijau kecil
- 4 biji bawang putih
- 3 biji bawang merah
- Sedikit belacan
- Sedikit ikan bilis
*tumbuk semua bahan di atas sampai agak2 lumat
Cara buat Kangkung Goreng Belacan
- Panaskan minyak dalam kuali, masuk bahan tumbuk tadi.
- Tambah dua sudu besar sos tiram.
- Kacau dan tambah air sikit.
- Masukkan kangkung.
- Kacau dan perasakan dengan garam sikit, aji sikit.
Sumber: Sharina Bidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sotong Kangkung
Bahan-bahan
- 2-3 ekor sotong kembang
(Cuci & potong kecil, rebus dalam 10-15 minit , toskan) - 1 kilo kangkung
(Siang kangkung, cuci bersih tapis, celur 7-8 minit dalam air panas, toskan) - 1botol kecil sos plum / tak kiralah jenama apapun
- 5-6 sudu makan petis
- 1 biji limau kasturi
- 5-6 sudu makan kacang tumbuk halus
- 1 sudu gula
- 2 sudu kecil cili tumbuk / lebih pun boleh
Cara buat Sotong Kangkung
- Campurkan sos plum, petis , gula, cili tumbuk dalam sebuah mangkuk.
- Kacau hingga sebati dan perahkan sikit asam limau.
- Letakkan kangkung dan sotong dalam bekas lain, tuangkan sos campur tadi.
- Taburkan serbuk kacang di atasnya dah siap.
Sumber: Rosilawati Masri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kangkung Goreng Taucu
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi
- Taucu 1camca besar
- Kangkung
Cara buat Kangkung Goreng Taucu
- Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi.
- Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Tambahkan 1 camca besar taucu masin, kacau rata.
- Kemudian masukkan kangkung. Kacau sebati, masukkan sedikit air dan perasakan garam gula.
- Tak perlu tambah garam jika dah sesedap rasa sebab taucu dah masin. Ikut selera memasing.
Sumber: CikPuan SitiMasitah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Cucur Kangkung
Bahan-bahan
- Kangkung potong
- Bawang besar*
- Bawang putih*
- Cili kering dalam 2 senduk
- 1/2 kg udang kering*
- 5 biji telur
- 3kg tepung gandum
- Garam, gula, perasa
Cara buat Cucur Kangkung
- Semua bahan-bahan yang bertanda** blender dengan 1 cawan air.
- Selepas itu, letak tepung bancuh sekali dengan semua bahan yang lain.
- Agak-agak jangan cair sangt biar senang nak mengoreng.
Sumber: Siti Mariam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Sayur Yang Popular?
Selain sayur kangkung, ada lagi sayur lain yang seangkatan dan boleh menghasilkan hidangan yang sedap. 5 diantaranya adalah:
1. Bayam Goreng
Bayam goreng merupakan salah satu hidangan sayur yang mudah dan berkhasiat. Sayur ini dimasak dengan cara yang hampir sama seperti kangkung goreng dengan menambah bawang putih, bawang merah dan perasa secukupnya.
2. Sawi Putih Goreng
Sawi putih goreng adalah masakan yang ringkas tetapi penuh dengan khasiat. Sayur ini biasanya dimasak bersama bawang putih, sos tiram dan lada hitam untuk menambah rasa.
3. Kailan Ikan Masin
Kailan adalah sayuran hijau yang lazat apabila dimasak bersama ikan masin. Masakan ini memerlukan bawang putih, ikan masin yang telah digoreng rangup, dan minyak panas untuk menumis.
4. Pak Choy dengan Bawang Putih
Pak choy adalah sayuran hijau yang popular dalam masakan Cina. Sayur ini biasanya dimasak dengan cara ringkas bersama bawang putih yang dihiris halus dan sos tiram.
5. Sayur Manis Goreng
Sayur manis atau pucuk manis adalah sayuran yang mempunyai rasa yang unik dan manis semulajadi. Cara memasaknya adalah mudah dengan menumis bawang merah, bawang putih dan cili padi, kemudian masukkan sayur dan perasa mengikut citarasa.