Kailan ikan masin adalah hidangan sayur-sayuran Cina yang popular di Malaysia, menggabungkan sayur kailan yang dimasak bersama ikan masin sebagai perasa utama. Hidangan ini biasanya dihidangkan sebagai lauk sampingan dan merupakan masakan yang mudah disediakan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah kailan, ikan masin, bawang putih, minyak masak dan sedikit air. Cara memasaknya: Potong kailan kepada saiz sederhana dan cincang ikan masin serta bawang putih. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan ikan masin sehingga wangi. Masukkan kailan, kacau sebentar dan tambah sedikit air. Masak sehingga kailan lembut mengikut citarasa.

1. Resepi Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Kailan secukupnya (potong asingkan sayur & batang)
  • 1 potong ikan tenggiri jeruk
  • 3sb sos tiram
  • 2 btg cili merah besar*
  • 4 ulas bwg putih* (bahan bertanda * ditumbuk kasar)
  • 5 ulas bwg merah (dihiris2)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Kailan Ikan Masin

  1. Panaskan minyak.
  2. Goreng ikan tenggiri jeruk terlebih dahulu (dah masak keluarkan asingkn isi dengan tulang)
  3. Tumis bahan tumbuk.
  4. Masukkan bawang hiris.
  5. Masukkan isi ikan masin tadi.
  6. Masukkan batang kailan terlebih dahulu.
  7. Masukkan sos tiram.
  8. Last masukkan sayur kailan.
  9. Jangan masak terlalu layu.
  10. Siap untuk dihidangkan.
  11. Tak perlu letak garam ikan dan sos tiram dah masin.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kailan Ikan Masin Talang

 Bahan-bahan

  • 300 gm kailan
  • 1 ketul ikan masin talang atau tenggiri masin
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji cili api
  • Sedikit sos tiram
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng
  • Sedikit air

Cara buat Kailan Ikan Masin Talang

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. Kecilkan api dan masukkan ikan masin talang/tenggiri masin.
  4. Masukkan sos tiram,sedikit air.
  5. Kemudian, besarkan api, masukkan kailan.
  6. Goreng seketika jangan sampai kailan jadi kecut.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Sani Stapha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Mudah

Bahan – bahan

  • Sayur Kailan
  • Cili padi (ketuk)
  • Bawang putih (ketuk)
  • Bawang besar (mayang)
  • Perasa/gula
  • Ikan masin

Cara buat Sayur Kailan Ikan Masin Mudah

  1. Goreng ikan masin. Pastu lenyek-lenyekkan sahaja. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api.
  3. Masukkan sayur kailan dan perasa/gula.
  4. Garam dah tak payah letak dah sebab ikan dah cukup masin. Goreng sampai masak.

Sumber: Wan Nooraihan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Sayur kailan – 1 ikat
  • Sos seafood atau sos tiram – 1 sudu
  • Sos ikan – 2 sudu @ sesedap rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang merah & bawang putih
  • Cili api

Cara nak buat Kailan Ikan Masin

  1. Panaskan minyak, pastu tumis bawang merah & bawang putih.
  2. Masukkan sos seafood & sos tiram. Kacau-kacau sikit bagi sebati.
  3. Campak pula batang kailan yang dihiris nipis. Kemudian baru masukkan daun kailan. Masukkan air sikit nak bagi kailan cepat layu.
  4. Campak cili api. Kacau-kacau dan siap.

Sumber: Yun Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi menu Sayur Setanding Kailan Ikan Masin?

Bagi penggemar sayur, tidak sah setiap hidangan jika tanpa lauk sayur. Selain Kailan Ikan Masin, ini ada 5 lagi menu sayur ringkas yang tidak kurang hebatnya jika dihidang dengan nasi panas.

1. Baby Kailan Sos Tiram

Hidangan ini menggunakan baby kailan yang lebih kecil dan lembut, dimasak dengan sos tiram yang memberi rasa manis dan masin yang seimbang. Ia popular di kedai makan Cina dan restoran dim sum.

2. Sawi Putih Stim

Sawi putih yang distim dengan bawang putih dan halia, kemudian disiram dengan sos yang dibuat daripada stok ayam dan sos tiram. Hidangan ini sangat popular di restoran dan mudah disediakan di rumah.

3. Kangkung Belacan

Sayur kangkung yang ditumis dengan belacan, bawang merah dan bawang putih. Hidangan ini merupakan salah satu sayur tumis yang paling digemari di Malaysia.

4. Bayam Goreng

Sayur bayam yang ditumis ringkas dengan bawang putih dan sedikit garam. Ia merupakan hidangan sayur yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan.

5. Pak Choy Sos Cendawan

Sayur pak choy yang dimasak dengan sos cendawan yang pekat dan sedap. Hidangan ini popular di restoran Chinese seafood dan kedai makan Cina.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply