Jantung pisang merupakan bahagian dalam pokok pisang yang berwarna ungu kemerahan dan berada di antara tandan buah pisang. Ia mempunyai rasa yang sedikit masam dan mempunyai tekstur yang keras serta lembut apabila dimasak dengan betul.
Untuk memasak jantung pisang, pertama sekali anda perlu membersihkan dan memotong jantung pisang kepada hirisan nipis. Kemudian reneh atau goreng dengan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili, dan rempah perencah tradisional Malaysia.
1. Resepi Jantung Pisang Goreng Belacan
Bahan-bahan
- 1/2 biji jantung pisang
- 1 sb sos tiram
- Sedikit serbuk cukup rasa
Bahan-bahan tumbuk
- 5-10 biji cili padi merah dan hijau
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1/2 inci belacan
Cara buat Jantung Pisang Goreng Belacan
- Hiris jantung pisang dan celur sehingga empuk. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram dan serbuk cukup rasa (opt.) Kacau.
- Akhir sekali, masukkan jantung pisang tadi. Sebelum masukkan, ramas jantung pisang celur tadi buang airnya. Gaul rata dengan rencah tadi. Siap!
NOTA
- Tak letak garam sebab sos tiram dan belacan dah masin.
- Jika suka boleh masukkan udang segar.
Sumber: Tiesha Abdul Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Teresek Jantung Pisang
Bahan-bahan
- Ayam dipotong kecil -ambil bahagian kaki, leher, hati, pedal
- 1 biji jantung pisang dipotong nipis dan direndam air garam sekejap
- Santan pekat
- *3 biji cili besar
- *5 biji bawang merah
- *3 biji bawang putih
- *5 biji cili kering
- *Sedikit halia
- *Sedikit lengkuas
- Kisar semua bahan *
- Serbuk kari
- Kerisik
- 1 keping nise/gula melaka
- Garam/gula secukup rasa
Cara buat Teresek Jantung Pisang
- Tumis semua bahan kisar dan serbuk kari hingga pecah minyak,
- Masukkan ayam, bila ayam dah masak masukan santan, jantung pisang dan cili besar serta kerisik.
- Renehkan sehingga masak dan pekat. Perasakan, biar manis sikit baru sedap.
Sumber: Abby Razzy dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan
- 2 biji jantung pisang (buang kulit keras dan tinggalkan yang lembut saja).
- Saya belah 2 dan rebus sampai lembut. Saya masukkan sedikit garam dalam air rebusan. Dah lembut, angkat, bilas sikit untuk buangkan rasa kelat.
- Ketepikan.
Sediakan bahan lain
- Ikan rebus ( saya guna 2 ekor ikan kembung, ambil isinya saja) Tak perlu tumbuk.
- Kelapa parut
- Cili ikut pedas
Cara buat Kerabu Jantung Pisang
- Saya tambah sikit lada hitam.
- Tumbuk cili dulu. Saya guna 2 biji cili besar merah dan 2 biji cili kecik warna merah. Tumbuk dulu, dah hancur, masukkan 1/2 cwn kelapa parut . Masukkan 1sdm lada hitam ikut banyak mana kita nak.
- Tumbuk hingga halus. Selepas itu, masukkan dalam satu bekas besar untuk menggaul kerabu nanti. Masukkan isi ikan sekali.
- Masukkan 2sdm kerisik dalam bekas yang sama. Hiris bawang besar. Saya guna sebiji bawang besar size sederhana. Gaul semua sekali. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Tambah sedikit air untuk memberi kesan lembap pada kerabu nanti. Saya tak guna santan dah sebab saya dah tumbuk kelapa parut tadi.
- Ambik jantung pisang, hiris halus-halus, buang lebihan air (saya ramas sedikit) dan masukkan semua sekali dan gaul sebati. Rasa asam garam gulanya sesedap mulut kita, dah siap boleh makan.
Sumber: Nor Hayati Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Jantung Pisang Goreng Cili Pedas
Bahan-bahan
- 2 biji jantung pisang direbus
- Dihiris kecik dan diperah sampai tiada air
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili padi
- Ikan bilis
- Belacan
- Blend kasar
Cara buat Jantung Pisang Goreng Cili Pedas
- Tumis sampai garing.
- Selepas itu gaul rata.
- Makan dengan nasi panas-panas.
Sumber: Syazlin Mansor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Jantung Pisang Yang Popular?
Tak sangka, jantung pisang boleh dimasak pelbagai menu dan hasilnya sangat tidak mengecewakan. Selain menu yang telah dikongsikan diatas, terdapat 4 lagi menu jantung pisang yang popular.
1. Gulai Jantung Pisang
Gulai jantung pisang diperbuat daripada jantung pisang yang dimasak dalam kuah santan yang pekat bersama rempah-ratus seperti lengkuas, kunyit, dan daun kari. Hidangan ini mempunyai rasa yang kaya dan menyelerakan.
2. Sambal Jantung Pisang
Sambal jantung pisang ialah hidangan pedas yang menggunakan jantung pisang yang digoreng dan dicampurkan dengan sambal yang dibuat daripada cili kering, bawang merah, dan belacan. Ia merupakan lauk yang popular dalam masakan Melayu.
3. Jeruk Jantung Pisang
Jeruk jantung pisang ialah sejenis pencekak yang dibuat daripada jantung pisang yang diasinkan dan dipernis dengan cuka, garam, dan rempah-ratus. Ia biasa dimakan sebagai lauk atau pencuci mulut.
4. Celup Goreng Jantung Pisang
Celup goreng jantung pisang ialah hidangan ringan di mana jantung pisang dicelup ke dalam adunan tepung dan kemudian digoreng sehingga kekuningan. Ia biasa dihidangkan sebagai kudapan atau pendamping hidangan utama.