Jagung manis ialah sejenis jagung yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan rasanya lebih manis berbanding jagung biasa. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak dan merupakan sumber vitamin C, magnesium dan serat yang baik untuk kesihatan.
Untuk menyediakan jagung manis, bahan-bahan yang diperlukan ialah jagung manis segar, garam dan air untuk merebus. Cara masaknya mudah – bersihkan jagung, rebus dalam air mendidih selama 10-15 minit dengan sedikit garam, kemudian toskan dan hidangkan panas-panas.
1. Resepi Jagung Manis Dalam Tin
Kalau ada buah jagung yang fresh, anda boleh gunakan. Namun, jika tak ada boleh sahaja gunakan jagung dalam tin.
Bahan-bahan
- 500 gram jagung frozen
- 4 sudu buttercup/ marjerin
- 3 sudu susu pekat manis
- Sedikit garam
Cara buat Jagung Manis Dalam Tin
- Kukus jagung selama 20- 30 minit.
- Gaulkan bersama majerin, susu pekat dan garam.
Sumber: Zaky Mat Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Jagung Cawan Lemak Manis Tanpa Kukus
Bahan-bahan
- 1 paket jagung frozen jenama Dailly Fresh
- 1 tin krimer pekat manis SAJI
- 3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
- Sedikit air dan garam secukup rasa
Cara buat Jagung Cawan Lemak Manis Tanpa Kukus
- Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung.
- Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
- Akhir sekali masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai. Garam dan marjerin secukup rasa. Suka cheese boleh parut cheddar cheese atasnya. Siap.
Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Jagung Manis Berkrim
Bahan-bahan
- 250g @ 2 cawan jagung
- 2 sudu besar majerin
- 1 1/2 sudu besar susu pekat manis
- Sedikit garam
Cara buat Jagung Manis Berkrim
- Kukus jagung (forzen) @ rebus jagung (tongkol) sekurang-kurangnya 20 minit. Ada yang cakap lebih lama lebih sedap.
- Gaulkan jagung bersama majerin, susu pekat dan garam sehingga sebati.
- Siap.
Sumber: Farhana Garni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Jagung Susu Cheese Viral
Bahan-bahan
- 1 sudu besar mentega @ butter
- 1 tin susu cair
- 1 cawan susu pekat manis (kurangkan jika ingin kurang manis)
- 1 cawan air
- 1 sudu kecil @ sudu teh garam
- 3 ~ 5 tongkol jagung (dipatah dua)
- Cheddar cheese secukupnya (sesuai selera)
Cara buat Jagung Susu Cheese Viral
- Cairkan mentega. Masukkan susu cair, susu pekat manis, air dan garam. Kacau sebati.
- Masukkan jagung. Masak sehingga jagung empuk dan kuah memekat.
- Setelah jagung empuk, masukkan cheese @ keju. Sedia untuk dihidang.
Nota : Boleh juga taburkan keju parut, mix herbs atau lada sulah sesuai selera. Enak dimakan ketika masih panas.
Sumber: Nur Nilam Sari dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Apa Menu Popular Lain Bagi jagung Manis?
Selain hanya merebus, jagung manis juga boleh dipelbagaikan cara masakan. 5 menu lain yang tidak sedikit pun menganggu rasa jagung yang manis adalah:
1. Sup Jagung Manis
Sup jagung yang lazat ini disediakan menggunakan jagung manis yang dikisar halus dan dimasak dengan stok ayam, telur dan sedikit tepung jagung. Sup ini menjadi pilihan popular di kebanyakan restoran dan boleh dinikmati sebagai hidangan pembuka selera.
2. Krim Jagung Manis
Sup berkrim yang dibuat daripada jagung manis yang dikisar dengan susu dan krim. Masakan ini biasanya ditambah dengan bawang, lada hitam dan herbs untuk menambah rasa.
3. Bebola Jagung
Bebola jagung manis yang digoreng rangup, dibuat dengan campuran jagung kisar, tepung, telur dan rempah ratus. Hidangan ini sangat popular sebagai snek atau hidangan sampingan.
4. Ais Krim Jagung
Aiskrim berasaskan jagung manis yang mempunyai rasa unik dan manis semulajadi. Ia disediakan dengan mencampurkan pes jagung manis dengan krim dan susu, kemudian dibekukan sehingga mendapat tekstur yang sempurna.
5. Puding Jagung
Puding yang dibuat dengan jagung manis, susu, telur dan gula. Hidangan pencuci mulut ini mempunyai tekstur yang lembut dan rasa yang sedap, sering dihidangkan sejuk atau suam.