Hati lembu adalah organ dalaman lembu yang kaya dengan zat besi dan protein. Ia merupakan makanan yang popular dalam masakan tradisional Malaysia dan sering dimasak dengan pelbagai cara seperti goreng, gulai atau masak kicap.
Bahan utama ialah hati lembu, bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun kari, serbuk kari, garam dan minyak masak. Cara masak: Pertama, rebus hati lembu hingga empuk. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, masukkan hati lembu yang telah dipotong dan masak dengan api sederhana. Tambah air secukupnya dan perasakan mengikut citarasa.
1. Resepi Hati Lembu Masak Pengantin
Bahan-bahan
- 500 gram hati lembu
(basuh 3 or 4 kali, selawat, masuk tepung biar sekejap dan basuh balik) - 3 biji bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1 inci halia (blend)
- 4 sekawan
- 1 sudu cili kisar (optional)
- 1 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap manis
- 1 sudu garam masala (optional)
- Garam/serbuk perasa
- Sedikit air
- Kcg buncis (optional)
- Bahan hiasan
- Cili merah & daun bwg
- Bawang besar potong bulat
Cara buat Hati Lembu Masak Pengantin
- Garam kunyitkan hati lembu yang telah dibasuh. Panaskan minyak & goreng sekejap, angkat toskan.
- Tumis bahan blend bersama 4 sekawan, masuk cili kisar, masak sekejap smpai pecah minyak, masuk sos tiram, kicap, serbuk lada hitam & garam masala.
- Masak sekejap masukkan air & hati lembu, masuk kacang buncis dengan bawang potong bulat.
- Tunggu masak angkat & tabur bahan hiasan.
Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas
Bahan-bahan
- Hati lembu (dibasuh dan lumur dengan tepung biarkan dalam 5 minit basuh bersih dan rebus kejap potong sederhana tebal dan lumur garam kunyit)
- 1 biji bawang besar potong
- Kacang panjang secukupnya
- 7-8 biji cili api hiris
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar kicap manis
Cara buat Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas
- Panaskan minyak dan goreng hati lembu hingga agak garing.
- Masukkan kacang panjang, cili api, bawang hiris, serbuk lada putih dan kicap.
- Kacau sebati 7,8 minit, tutup api dan sedia dihidang.
Sumber: Reen Sofee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Hati Lembu Kari Kering
Bahan-bahan
- Hati lembu – dihiris dan rebus
- 4 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1/2 in halia*
- 1 sudu besar ketumbar*
- 1/2 sudu besar jintan manis* – semua bahan*dikisar
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 pelepah daun kari
- 1 batang serai – diketuk
- 1 keping asam gelugur
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukupnya
Cara buat Hati Lembu Kari Kering
- Tumis bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi .
- Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, rempah kari dan serai. Kacau hingga sebati.
- Masukkan hati dan asam gelugur. Tuang sedikit air. Gaul hingga hati masak.
- Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sedikit kering.
Sumber: Anna Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Hati Lembu Masak Jintan
Bahan-bahan
- 1kg hati lembu
- 5biji bwg besar*
- 2inci halia*
- 6ulas bawang putih*
- 1 btg kayu manis
- 2 sdm serbuk jintan manis
- 2 sdm serbuk jintan putih
- 1 sdm serbuk ketumbar
- 1 sdm serbuk kunyit
- 1 sdm lada hitam yg ditumbuk
- 2keping asam keping
- Garam,gula pak aji secukup rasa
- Bawang holland dan cili padi
Cara buat Hati Lembu Masak Jintan
- Blend bahan bertanda*, tumis sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk jintan manis, putih, ketumbar dan kunyit tambah 1/2 cawan air masak hingga mengelegak.
- Masukkan hati, gaul sebati, kemudian masukkan asam keping, kalau nak berkuah tambah sedikit air.
- Kemudian masukkan lada hitam dn balancekn rasa.
- Akhir sekali masukkan bawang holland dan cili padi masak sampai pecah minyak.
Sumber: Ain Ariffin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Masakan Hati Lembu, Apa 5 Masakan Lain yang Boleh Dicuba?
Selain Menu Hati Lembu, terdapat pelbagai organ dalaman lain yang boleh dijadikan bahan utama dalam masakan. Hasilnya pula lazat! Antara 5 menu yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:
1. Paru Goreng
Paru goreng adalah hidangan yang diperbuat daripada paru-paru lembu yang digoreng dengan campuran tepung dan rempah ratus. Ia sering dijadikan lauk makan nasi atau dimakan sebagai snek.
2. Perut Masak Lemak
Perut lembu yang dimasak dengan santan kelapa dan rempah ratus tempatan. Hidangan ini popular di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
3. Limpa Masak Kicap
Limpa lembu yang dimasak dengan kicap manis dan pelbagai rempah. Hidangan ini mempunyai rasa yang manis dan pedas.
4. Usus Goreng Berlada
Usus lembu yang dibersihkan dan digoreng dengan campuran lada hitam dan rempah ratus. Ia sering dihidangkan di warung-warung tradisional.
5. Babat Masak Kunyit
Babat lembu yang dimasak dengan kunyit dan rempah ratus. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia dan sering dihidangkan di restoran-restoran Melayu.