Fudgy brownies ialah sejenis kek coklat yang mempunyai tekstur lembut dan basah di bahagian dalam, dengan permukaan yang sedikit rangup. Ia lebih pekat dan lembap berbanding jenis brownies biasa, dengan rasa coklat yang kaya dan mendalam.
Bahan-bahan utama termasuk coklat, mentega, gula, telur, tepung, dan serbuk koko. Proses penyediaannya melibatkan pencampuran bahan kering dan basah secara beransur-ansur, kemudian dipanggang dalam acuan yang telah digris minyak.
1. Resepi Fudgy Brownies Cik Cukelat
Bahan-bahan
- 400g dark chocolate (Beryl’s)
- 150g salted buttercup
- 4pcs telur
- 50g gula kastor
- 100g gula perang
- 1tbs perisa vanilla
- 100g tepung naik sendiri (tepung kek)
- 30g serbuk koko
Cara buat Fudgy Brownies Cik Cukelat
- Panaskan oven 180°
- Cairkan coklat. Masukkan butter. Kacau sebati. Ketepikan.
- Ambil bekas lain. Masukkan telur. Gula kastor. Brown sugar. Vanilla. Kacau sebati.
- Masukkan tepung kek dan serbuk koko. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan coklat yang telah dicampurkan dengan butter tadi.
- Griss acuan. Letakkan kertas minyak.
- Tuang adunan ke dalam loyang.
(Loyang ini 10″×10″) - Bakar 180° untuk 35-40 minit.
- Lepas siap, buka sedikit pintu oven dan biarkan brownies di dalam oven untuk 10minit. Kemudian, boleh dikeluarkan.
- Done!
Sumber: Siti Juhaiza Jere dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Fudgy brownies
Bahan-bahan
Bahagian A
- 1/2 cwn Gandum
- 1/4 cwn Serbuk Koko
- Secubit Garam
- Bahan di atas diayak terlebih dahulu. Ketepikan
Bahagian B
- 1/2 cwn Marjerin
- 1 cwn Gula Pasir
- 1 cwn Coklat Gelap Berryls
Bahagian C
- 2 biji Telor A
- 1 sdt Esen Vanilla
Cara buat Fudgy brownies
Bahagian B
- Cairkan marjerin di atas api perlahan kemudian masukkan Gula dan kacau selama 1 minit.
- Matikan api dan masukkan Coklat Berryls. Biarkan selama 1 minit kemudian kacau hingga kesemua coklat cair. Ketepikan
Bahagian C
- Pukul telur dan esen vanilla hingga sebati kuning dan putihnya.
- Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan di bahagian B dan gaul sebati.
- Akhir sekali kaup-balikkan bahan ayak dari Bahagian A ke dalam adunan coklat hingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang petak berukuran 7″ ×7 ” yang sudah dilapik baking paper. Bakar selama 40 minit pada suhu antara 165C-170C.
Sumber: Asma Mohamed dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Brownies Chewy & Fudge
Bahan-bahan
Bahan A
- 300 g dark chocolate
- 100 g mentega
- 100 g minyak masak
Bahan B
- 200 g tepung gandum
- 50 g serbuk koko
Bahan C
- 300 gm gula perang
- 4 biji telur (size A atau B)
- 1 tsp esen vanilla
- Walnut/ almond
Cara buat Brownies Chewy & Fudge
- Cairkan Bahan A secara double boiler sehingga cair dan biarkan suam.
- Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk kacau sekadar sebati dengan whisk.
- Tuang Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sekadar sebati.
- Ayak tepung gandum dan serbuk koko. Masukkan bahan kedalam bancuhan A & C.
- Tabur kacang walnut atau badam.
- Gris & lapik loyang 9×9 inci dengan kertas minyak.
- Panaskan oven selama 10 minit.
- Bakar selama 30-40 min pada suhu 160’c – 170’c.
Sumber: Aisyah My dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
4. Resepi Brownies Oreo
Bahan-bahan
Bahan A (double boiler)
- 200g coklat masakan
- 90g butter
- 30g serbuk koko
Bahan B (pukul sebati)
- 2biji telur Gred B
- 110g gula kastor
- 1 penutup esen vanilla
Bahan C
- 90g tepung gandum
- 50g biskut oreo buang krim(kisar halus)
- 1 sk baking powder
Cara buat Brownies Oreo
- Bahan A campur bersama Bahan B dan masukkan bahan C sekali.
- Tuang adunan dlm loyang 8″ x 8″ yang di alas baking paper.
- Bakar 40minit suhu 180, bergantung pada oven masing-masing.
Sumber: Nana Ereena dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Apa Lagi Variasi Brownies Yang Menarik?
Sebenarnya brownies ada banyak variasi. Fudgy brownies ini salah satunya. Ini kerana resipi original brownies hanya lah brownies biasa yang lembut dan lembab. Memandangkan brownies ada pelbagai variasi, ini 5 lagi variasi yang anda mungkin belum pernah tahu ianya ada:
1. Cream Cheese Brownies
Brownies yang digabungkan dengan lapisan krim keju, memberikan rasa asid yang lembut dan tekstur yang lebih kompleks.
2. Nutella Brownies
Brownies yang diperkaya dengan sos coklat hazelnut Nutella, menghasilkan rasa yang lebih kaya dan manis.
3. Walnut Brownies
Brownies yang ditambah dengan kekacang walnut, memberikan tektur rangup dan perisa tambahan.
4. Salted Caramel Brownies
Brownies yang disalut dengan sos karamel masin, menghasilkan keseimbangan antara manis dan masin.
5. Rocky Road Brownies
Brownies yang dihiasi dengan marshmallow, kekacang, dan coklat tambahan, mewujudkan variasi rasa dan tekstur.